Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ba.ha.nan] | ڤرباهنن

Definisi : kumpulan berbagai-bagai bahan atau data utk kajian (penyelidikan dsb): penyelidik itu sedang mengumpulkan ~ utk kajiannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ba.ha.nan] | ڤرباهنن

Definisi : pelbagai bahan atau data utk kajian, penyelidikan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perbahanan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya nak tanya macam mana saya nak meminjam atau memiliki bahan atau buku di dewan bahasa dan pustaka.

Terima kasih atas soalan anda.

Pusat Dokumentasi Melayu,DBP memainkan peranan sebagai sebuah pusat maklumat atau perpustakaan yang menawarkan perbahanan dalam bidang bahasa,sastera dan budaya. Jika  saudara berminat untuk mendapat bahan secara pinjaman di Pusat Dokumentasi Melayu,DBP saudara boleh mendaftar diri sebagai ahli RAKAN DEWAN. Yuran dikenakan sebanyak RM20 untuk keahlian setahun, RM30 yuran keahlian untuk 2 tahun dan RM35 yuran kehalian untuk 3 tahun. Dengan keahlian tersebut, saudara boleh meminjam buku dan menggunakan kemudahan di Pusat Dokumentasi Melayu. Sila datang ke Tingkat 3,Blok Podium, Menara DBP

Lain-lain20.07.2010
ADAKAH SAYA BOLEH MENDAPAT PELBAGAI MAKLUMAT BERKENAAN SEJARAH, ISU-ISU SEMASA BERKENAAN KAUM DI MALAYSIA DAN SEBAGAINYA UNTUK KAJIAN DI DALAM PELAJARAN SAYA?

Terima kasih atas soalan anda.

Saudara/i boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membuat rujukan perbahanan yang diperlukan. Koleksi seperti buku,majalah,kertas kerja,keratan akhbar boleh dirujuk. Malahan melalui laman web DBP saudara boleh merujuk bahan melalui KATALOG AWAM ATAS TALIAN. Selamat mencuba

Lain-lain20.07.2010

Kembali ke atas