Assalamualaikum, Saya ingin bertanya untuk Kata Seru dimana kami mempunyai sedikit perbalahan pendapat: 4. “_______, rupa-rupanya kamulah yang merosakkan lukisanku selama ini!” kata Lim kepada Cheah. A. Ah B. Eh C. Oh D. Cis dimana jawapan yang kami persetujui ialah D.Cis, namun begitu terdapat beberapa sangkalan dimana mengatakan kata seru C.Oh juga boleh diterima kerana menggunakan perkataan (rupa-rupanya). Di harap pihak tuan dapat membantu kerana saya merupakan guru Matematik yang mengajar BM di SJKC dan berseorangan. Saya juga akan mendapatkan tunjuk ajar dari pensyarah BM di IPG berdekatan untuk masalah ini. Terima Kasih. | “_______, rupa-rupanya kamulah yang merosakkan lukisanku selama ini!” kata Lim kepada Cheah. A. Ah B. Eh C. Oh D. Cis dimana jawapan yang kami persetujui ialah D.Cis, namun begitu terdapat beberapa sangkalan dimana mengatakan kata seru C.Oh juga boleh diterima kerana menggunakan perkataan (rupa-rupanya). oh = sr kata utk menyatakan terkejut (hairan, kecewa, menjadi yakin, dll): ~, baru ini kau tahu!; ~! kata Ros terkejut; o II. cis = sr kata utk menyatakan perasaan marah (mencemuh, benci, dll); mengeciskan mencemuh, mengatakan cis (kpd): kerana perbuatan kau yg keji itu, nanti aku diciskan oleh orang di sini. Yang lebih tepat ialah kata seru 'cis'. | Tatabahasa | 13.10.2012 |
Bagaimanakah pula dengan ayat ini? Frasa "terhadap keadaan ibu" atau "kepada keadaan ibu" patut digunakan? Saya rasa bahawa di sini kata sendi nama "atas" tidak sesuai digunakan, walaupun kata sendi nama "atas" terletak di hadapan frasa nama yang tidak ada bentuk fizikal (abstrak). Kata sendi nama "tentang" pula jika digunakan, akan terbit maksud yang pelik, tetapi kata sendi nama "tentang" dapat menerangkan unsur mujarad atau abstrak. Frasa: Kesan perbalahan terhadap / keadaan / tentang keadaan ibu | Tiada rumus yang tepat untuk ayat "kesan perbalahan anak-anak terhadap/kepada/tentang keadaan ibu, kami mencadangkan ayat tersebut dipinda menjadi "kesan perbalahan anak-anak terhadap ibu". | Tatabahasa | 11.08.2014 |
*Tulis sekali, soalan yang saya kirimkan itu ada kesalahan. Bagaimanakah pula dengan ayat ini? Frasa "terhadap keadaan ibu" atau "kepada keadaan ibu" patut digunakan? Saya rasa bahawa di sini kata sendi nama "atas" tidak sesuai digunakan, walaupun kata sendi nama "atas" terletak di hadapan frasa nama yang tidak ada bentuk fizikal (abstrak). Kata sendi nama "tentang" pula jika digunakan, akan terbit maksud yang pelik, tetapi kata sendi nama "tentang" dapat menerangkan unsur mujarad atau abstrak. Frasa: Kesan perbalahan anak-anak terhadap / kepada / tentang keadaan ibu | Tiada rumus yang tepat untuk ayat "perbalahan anak-anak terhadap/kepada/tentang keadaan ibu, kami mencadangkan ayat tersebut dipinda menjadi "kesan perbalahan anak-anak terhadap ibu". | Tatabahasa | 11.08.2014 |
Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan i) tajdid ii) islah Apakah pula maksud gabungan antara perkataan tajdid dan islah dari sudut bahasa dan keagamaan? terima kasih.. | tajdid - pembaharuan (yg menurut ulama fiqah bererti menghidupkan kembali ajaran Rasulullah yg semakin ditinggalkan akibat amalan bidaah). islah - usaha utk mengembalikan sesuatu keadaan kpd suatu keadaan yg betul, tepat dan sesuai; 2. penyelesaian perbalahan dgn jalan baik atau dgn jalan damai. | Makna | 09.10.2008 |