Saya keliru dengan bandaran dan perbandaran. Maksud kedua-duanya sama iaitu berkaitan dengan bandar. Tapi macam mana nak bezakan penggunaannya sebab ada Majlis Bandaran dan ada Majlis Perbandaran. | Kedua-duanya boleh digunakan jika merujuk pada municipal, municipality atau town bergantung pada konteks istilah tersebut, contohnya municipal board (lembaga bandaran/perbandaran) dan town council (majlis bandaran/perbandaran). Walau bagaimanapun, istilah yang lebih tepat dan persisi dari segi bahasa ialah perbandaran. | Tatabahasa | 13.07.2010 |
Antara tiga nama bagi kerajaan tempatan berikut, yang manakah tepat (1) Majlis Perbandaran Bandar Raya Pelancongan Langkawi; (2) Majlis Bandar Raya Melaka Bersejarah; dan (3) Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam? Yang mana satu yang betul? | Yang betul ialah Majlis Bandar Raya Melaka Bersejarah dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam. | Lain-lain | 26.06.2006 |
NOTA: Peralatan di taman ini adalah terhad kepada kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah sahaja. Segala risiko di atas penggunaan peralatan disini adalah tanggungjawab pengguna. Ingatan mesra dari YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG 1. TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK ADALAH DI BAWAH UNDANG-UNDANG KECIL MAJLIS PERBANDARAN SEPANG. 2. MEROSAKKAN HARTA BENDA DI TAMAN PERMAINAN INI ADALAH MERUPAKAN SATU PERBUATAN YANG TIDAK BERETIKA DAN BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG- UNDANG. 3. IBU BAPA ATAU PENJAGA PERLU SENTIASA MENGAWASI ANAK-ANAK MEREKA SEMASA BERADA DI TAMAN PERMAINAN INI. 4. PIHAK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KEMALANGAN ATAU KECEDERAAN YANG BERLAKU SEMASA MENGGUNAKAN ALATAN-ALATAN DI TAMAN PERMAINAN INI. ADUAN KEROSAKAN SILA HUBUNGI: BAHAGIAN LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TEL NO: 03-87782000 | NOTA: Peralatan di taman ini terhad kepada kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah sahaja. Segala risiko menggunakan peralatan di sini ialah tanggungjawab pengguna. Ingatan mesra daripada YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG 1. TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK ADALAH DI BAWAH UNDANG-UNDANG KECIL MAJLIS PERBANDARAN SEPANG. 2. MEROSAKKAN HARTA BENDA DI TAMAN PERMAINAN INI MERUPAKAN SATU PERBUATAN YANG TIDAK BERETIKA DAN BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG. 3. IBU BAPA ATAU PENJAGA PERLU SENTIASA MENGAWASI ANAK-ANAK MEREKA SEMASA BERADA DI TAMAN PERMAINAN INI. 4. PIHAK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEMALANGAN ATAU KECEDERAAN YANG BERLAKU SEMASA MENGGUNAKAN ALATAN DI TAMAN PERMAINAN INI. ADUAN KEROSAKAN, SILA HUBUNGI: BAHAGIAN LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN SEPANG NO. TEL.: 03-87782000 | Tatabahasa | 22.11.2013 |
1. Pekerja-pekerja Majlis Perbandaran sedang __________ dahan pokok di tepi jalan untuk mengelakkannya daripada mengenai tiang elektrik. A.memangkas B.Mencantas. 2. Apa perbezaan memangkas dan mencantas | Pekerja-pekerja Majlis Perbandaran sedang memangkas/mencantas dahan pokok di tepi jalan untuk mengelakkannya daripada mengenai tiang elektrik. Memangkas dan mencantas mempunyai makna yang sama, iaitu memancung hujung dahan. | Tatabahasa | 17.04.2012 |
salam saya ingin memohon lesen Majlis Perbandaran untuk signboard kedai. Pihak Majlis nasihatkan sy untuk dapatkan khidmat dewan bahasa. disini saya sertakan iklan tersebut | Untuk pengesahan bahasa dalam iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa' (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk makluman awal, perkataan dalam bahasa Inggeris perlu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan jika teks bahasa Inggeris tersebut ingin dikekalkan sediakan dalam dwibahasa (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris). | Lain-lain | 02.04.2012 |
Tolong menterjemahkan dalam Jawi "RESTORAN" untuk papan iklan Majlis Perbandaran. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah ريستورن | Ejaan | 18.08.2012 |
Mohon menterjemahkan dalam Jawi "PEJABAT URUSAN" untuk papan iklan Majlis Perbandaran. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah: ڤجابت اوروسن | Ejaan | 14.11.2012 |
Mohon menterjemahkan dalam Jawi "PUSAT SERVIS" untuk papan iklan Majlis Perbandaran. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah ڤوست سرۆيس | Ejaan | 08.11.2012 |
Mohon menterjemahkan dalam Jawi "ZUMOCOND ENTERPRISE" untuk papan iklan Majlis Perbandaran. Terima kasih. | Perkataan asing dieja mengikut bunyi, iaitu: زوموكون اينترفراءيس | Ejaan | 27.09.2012 |
Mohon menterjemahkan dalam Jawi "KEDAI GAMBAR" untuk papan iklan Majlis Perbandaran. Terima kasih. | كداي كمبر- kaf dal alif ya ga mim ba ro | Ejaan | 28.08.2012 |