perbezaan "Perbarisan Kehormatan" dengan "perbarisan kehormat" | Untuk makluman, kehormatan bermaksud untuk menghormati kedatangan orang besar. Manakala, kehormat pula bermaksud orang yang dihormati dalam majlis dan sebagainya. Penggunaan frasa yang tepat ialah Perbarisan Kehormatan. Sungguhpun begitu, frasa Perbarisan Kehormat juga banyak digunakan terutamanya oleh media-media masa hari ini. | Makna | 17.08.2016 |
para peserta perbarisan dikehendaki beratur mengikut barisan rumah sukan masing-masing. adakah penggunaan para dan masing-masing dalam ayat di atas unsur lewah? atau ayat tersebut adalah betul? kalau salah, apa kesalahannya? | Ayat tersebut betul dari segi tatabahasa. | Tatabahasa | 12.03.2009 |
APAKAH EJAAN TERKINI BAGI ISTILAH PERBARISAN. ADAKAH KAWAT ATAUPUN KAWAD? TERIMA KASIH | Ejaan dan istilah yang betul bagi merujuk perbarisan ialah kawad. | Ejaan | 04.12.2008 |
Assalamualaikum wbrt. Mohon tanya ejaan yang betul sama ada 'kawat' atau 'kawad' untuk merujuk kepada tentera yang sedang mengadakan perbarisan. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah kawad bagi maksud tentera yang sedang melakukan perbarisan, pergerakan kaki dan tangan. | Ejaan | 23.08.2014 |
Salam sejahtera. Adakah 'berkawad' dan 'berkawat' mempunyai maksud yang sama? Bolehkah saya menggunakan berkawat untuk merujuk kepada perbarisan? Sekian, terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, kawad bermakna perbarisan oleh anggota pasukan seragam, terutamanya tentera dan polis yg melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan serentak. Kawat pula ialah tali yang dibuat daripada logam seperti tembaga. | Ejaan | 23.06.2014 |
Tuan, apakah istilah yang tepat bagi papan tanda yang dibawa ketika perbarisan kontijen sukan dll. Adakah penggunaan 'papan pelekat' betul? | Benda yang tuan maksudkan ialah sepanduk, iaitu kain atau sebagainya yang dibawa sewaktu berarak. | Istilah | 26.01.2014 |
apa perbezaan kawad dan kawat | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, kawad bermakna perbarisan oleh anggota pasukan seragam, terutamanya tentera dan polis yg melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan serentak. Kawat pula ialah tali yg dibuat drpd logam (spt tembaga dll). Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 12.05.2009 |
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Golongan berpendapatan rendah selalunya (berdaya) hidup dalam kesengsaraan. (b) Beribu-ribu rakyat Malaysia (terdedah) menyaksikan perbarisan pada Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka. (c) Bulan (mengambang) pada hari ke-15 mengikut calendar Cina setiap bulan. (d) Setiap hari, ibu menggunakan (bulan) untuk menanak nasi. (e) Markah peperiksaannya telah (timbul) kerana dia rajin belajar. (f) Sampah-sarap (ditimbul) sebelum dibuang. (g) Sudahlah saya (terbilang) apa yang akan dilakukan oleh Kok Leong. (h) Hidup Man Chong sekeluarga (longgar) sejak kakaknya berkahwin dengan seorang jutawan. (i) Pembalakan yang (longgar) itu telah mengakibatkan pencemaran alam sekitar. | Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula. | Lain-lain | 08.12.2015 |
Apa perbezaan maksud 'kawat' dan 'kawad'? | Puan Azeelia, Maksud 'kawat' ialah i. tali yang dibuat daripada logam ii. berita, manakala 'kawad' bermaksud perbarisan oleh anggota pasukan seragam. | Makna | 16.04.2010 |
Antara perkataan "kawat" dengan "kawad" yang mana sebenarnya betul bagi penggunaan yang merujuk kepada Pertandingan Kawat/Kawad kaki? Kebanyakan orang menggunakan perkataan "kawad" walaupun ada pendapat mengatakan perkataan "kawat" lebih tepat. TQ | Kawad ialah perbariasan. Manakala kawat pula boleh membawa dua maksud, pertama kawat (dawai) dan keduanya kawat (perbarisan). | Makna | 21.11.2014 |