Yang manakah betul? 1) Perbelanjaan yang besar 2) Perbelanjaan yang tinggi 3) Perbelanjaan yang banyak | Untuk makluman, perbelanjaan yang besar, perbelanjaan yang tinggi dan perbelanjaan yang banyak, ketiga-tiganya boleh digunakan. Akan tetapi, perlu disesuaikan dengan konteks ayat. | Tatabahasa | 02.09.2015 |
Assalamualaikum Tuan/Puan 1. Adakah perkataan KOS atau BAJET merupakan perkataan Bahasa Melayu? Contoh: i.Kos Perbelanjaan atau Bajet Perbelanjaan ii.Kos Tuntutan Perjalanan 2. Antara Kos dan Bajet yang mana lebih sesuai digunakan Terima Kasih | Perkataan kos telah diterima dalam bahasa Melayu dan digunakan dalam bidang peristilahan; manakala perkataan bajet hanya digunakan dalam konteks bahasa percakapan. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.12.2015 |
Adakah ayat di bawah gramatis? Perbelanjaan pulang ke kampung bukan sedikit. | Perbelanjaan pulang ke kampung bukan sedikit. Ayat ini betul. | Tokoh | 16.08.2015 |
sungguhpun gaji ali agak lumayan,namun perbelanjaan bulanannya tidak..........kerana dia banyak berhutang. . a.Berkecukupan atau mencukupi | Sungguhpun gaji ali agak lumayan, namun perbelanjaan bulanannya tidak mencukupi kerana dia banyak berhutang. | Tatabahasa | 19.05.2014 |
Mohon penjelasan yang lebih jelas. apakah sebenarnya konsep dan tujuan untuk membuat kertas cadangan dan kertas kerja. Justeru itu, apakah sebenarnya kaitan antara kertas kerja dan kertas cadangan. Jika ingin membuat satu laporan kos yang ingin dibelanjakan dan ingin dihantar kepada majikan, apakah format atau bentuk makalah yang lebih sesuai yang harus digunakan, atau adakah format nberbentuk kertas cadangan yang lebih sesuai. Hal ini kerana kos tersebut bukanlah termaktub dalam apa-apa projek ,majlis atau sebarang aktiviti. Apa yang ingin dilakukan hanyalah sebuah laporan kos-kos dan perbelanjaan-perbelanjaan tambahan yang akan dibelanjakan bagi sesebuah projek tanaman kelapa sawit. Mohon penjelasan. Terima kasih | Kertas cadangan ialah makalah yang ditulis yang mengandungi maklumat perancangan bagi pelaksanaan sesuatu projek, manakala kertas kerja ialah makalah bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu isu atau persoalan. Umumnya dalam kertas cadangan, laporan kos ini diletakkan di bawah perkara Anggaran Perbelanjaan dan perinciannya dijelaskan dalam Lampiran. Tidak ada format yang seragam bagi lampiran laporan kos ini. Penulisannya berdasarkan ketetapan dan keperluan sesebuah organisasi. | Makna | 27.02.2014 |
Saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai maksud ayat dan penggunaan dua koma dalam ayat di bawah. Pegawai Jabtan ini boleh menjalankan, atas perbelanjaan pengilang, semua pemeriksaan dan ujian yang difikirkan perlu bagi memastikan pematuhan kepada peruntukan Akta ini. Adakah ayat di atas bermaksud seperti dua ayat di bawah : 1. Pegawai JAS boleh menjalankan atas perbelanjaan pengilang, semua pemeriksaan dan ujian yang difikirkan perlu bagi memastikan pematuhan kepada peruntukan Akta ini. (tanpa koma selepas menjalankan) dan 2. Pegawai JAS boleh menjalankan semua pemeriksaan dan ujian yang difikirkan perlu bagi memastikan pematuhan kepada peruntukan Akta ini ( tanpa atas perbelanjaan pengilang ) Maklum balas tuan berhubung perkara ini adalah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. | Maksud ayat tersebut sama dengan yang pertama, iaitu Pegawai JAS boleh menjalankan atas perbelanjaan pengilang, semua pemeriksaan dan ujian yang difikirkan perlu bagi memastikan pematuhan kepada peruntukan Akta ini. Ayat tersebut juga boleh dibuat seperti ini: Pegawai JAS boleh menjalankan semua pemeriksaan dan ujian yang difikirkan perlu bagi memastikan pematuhan kepada peruntukan Akta ini dengan perbelanjaan pengilang. | Makna | 19.02.2010 |
Salam sejahtera Saya mohon pencerahan untuk penyelesaian masalah ini. Contoh ayat : 1.Jika dia tidak berbuat demikian maka dia tidak mempunyai wang untuk perbelanjaan keluarganya. 2.Jika dia tidak berbuat demikian , maka dia tidak mempunyai wang untuk perbelanjaan keluarganya. Soalan saya, adakah perlu atau tidak untuk meletakkan tanda baca koma selepas perkataan demikian seperti dua contoh ayat di atas. Terima kasih... | Salam sejahtera, Ayat yang betul ialah "Jika dia tidak berbuat demikian, maka dia tidak mempunyai wang untuk perbelanjaan keluarganya." | Tatabahasa | 17.08.2015 |
apakah perkataan bahasa Melayu yang sesuai untuk "keep track" dalam konteks "keep track of perbelanjaan". Terima kasih. | Cadangan terjemahan yang boleh digunakan bagi perkataan keep track ialah mengawasi, mengawasi perbelanjaan. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.04.2019 |
salam sejahtera tuan, setelah merujuk Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, Saya masih keliru dengan penggunaan kata pemeri untuk yang terdapat soalan peperiksaan SPM 2012 ini, Ayat (a) Perbelanjaan untuk sewaan adalah ¾ daripada perbelanjaan pengangkutan (SPM Matematik kertas 1 soalan 28). Ayat (b) Diberi kebarangkalian memilih guli ialah 1/6, cara kebarangkalian memilih sebiji guli yang bukan putih (SPM Matematik kertas 1. Maklumat untuk calon, Muka surat 32). Ketidaktekalan penggunaan kata pemeri di atas mengelirukan. Adakah 'ialah' sepatutnya diletakkan di hadapan kata bilangan pecahan bagi kedua-dua ayat tersebut'? Harap mendapat tunjuk ajar dan penjelasan daripada tuan. Sekian, terima kasih. | Kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama. Contoh: Antara perkara yang dibincangkan ialah masalah kemiskinan. kata pemeri adalah digunakan secara huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh: Sumbangan besar beliau adalah dari segi bantuan kewangan.
Ayat yang betul ialah ayat (b).Diberi kebarangkalianmemilih guli ialah 1/6 ,... | Tatabahasa | 30.08.2013 |
Catatan dalam minit mesyuarat. Betulkah penggunaan ayat. "Mengambil Maklum'. Contoh 1: Mesyuarat mengambil maklum laporan oleh Akauntan Jabatan mengenai status keseluruhan perbelanjaan mengurus untuk setengah tahun 2018. |Contoh 2: Pengerusi mengambil maklum aduan Pegawai Tadbir mengenai kelewatan pegawai mengemukakan tuntutan perbelanjaan bulanan. | Penggunaan kata "mengambil maklum" dalam kedua-dua ayat tersebut betul. Lazimnya minit mesyurat mencatatkan mengambil maklum atau memutuskan.
| Tatabahasa | 25.07.2018 |