Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ben.da.ha.ra.an] | ڤربنداهاراءن

Definisi : 1. khazanah (tempat simpanan harta benda negara): pejabat ~; 2. kekayaan (harta benda, barang-barang, dll): jika laksamana itu hidup, seumpama kita mendapat ~ di muka bumi; Imam Hanafi, Maliki, Shafii telah meninggalkan ~ hukum atau undang-undang yg amat banyak kpd kita; ~ kata-kata Melayu keseluruhan kata-kata Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perbendaharaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
selamat malam.boleh berikan contoh-contoh perbendaharaan kata?Perbendaharaan kata ialah khazanah kata dalam sesuatu bahasa atau sesuatu bidang (leksikon). Antara contohnya ialah nama tubuh badan seperti bahu, kepala, muka dan rupa; barang perdagagan seperti neraca, laba, dan kedai; alat perkakas seperti jala, bajan, dan pili; tumbuh-tumbuhan seperti cempaka, cendana dan delima.Makna06.03.2008
Salam Sejahtera. Di sini terdapat sedikit kekeliruan tentang perkataan "kosa kata" dan "perbendaharaan kata". Adakah maksud kedua-dua perkataan itu sama atau terdapat perbezaan di antaranya? Terima kasih.Salam sejahtera,

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi ke-4, kosa kata bermaksud keseluruhan kata dalam sesuatu bahasa, perbendaharaan kata.

Perbendaharaan kata pula bermaksud keseluruhan kata-kata Melayu.

Berdasarkan ini, kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama. Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4.

Sekian, terima kasih.
Istilah02.06.2017
apakah maksud perbendaharaan kataMenurut Kamus Dewan, Perbendaharaan Kata ialah keseluruhan kata Melayu.Makna29.07.2010
Saya ingin bertanya apakah perbezaan antara Surat Pekeliling Am dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan?1. Surat Pekeliling Am lebih memfokus kepada perkara-perkara umum seperti peraturan pejabat, penstrukturan semula dll., contoh: Penyeragaman Format Kepala Surat.
2.Surat Pekeliling Perbendaharaan lebih memfokus kepada hal-hal berkaitan perolehan dan kewangan, contoh: Langkah untuk Perbelanjaan Awam.
Lain-lain05.05.2015
Saya nama azmee bin abdurrahman sedang belajar dasar Universiti Fatoni ingin bertanya tentang tata bahasa apakah maksud pembedahara kata? terima kasihMenurut data kami maksud perbendaharaan kata ialah 1. Kumpulan kod dan suruhan dalam bahasa pengaturcaraan yang boleh digunakan untuk menulis atur cara. 2. Himpunan perkataan yang terdapat dalam bahasa yang boleh digunakan oleh pengguna bahasa tersebut. Untuk maklumat lanjut sila layari perbendaharaan">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=perbendaharaanMakna03.11.2015
Apa maksud perkataan matan dalam ayat di bawah? "Melaporkan kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan apa-apa luar aturan yang matan berhubung dengan akaun awam yang dibawa kepada perhatiannya."Makna bagi kata "matan" yang terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 1428) ialah:

matan1 kata nama
1 naskhah asli, teks pidato, syarahan dan lain-lain:
Manuskrip ini merupakan gabungan matan dan syarah tulisan tangan asli Syeikh Ahmad al-Fathani. Matan ilmu asing ini ditulis semula dalam bahasa ibunda.

2 nas yang terdapat pada akhir sanad;

3 erti atau maksud sesuatu ayat, ucapan dan sebagainya:
Kira-kira begitulah matan ucapannya. Hadis yang keliru dari segi sanad atau matan mewujudkan perselisihan dalam kalangan ulama dan menyebabkan terhasilnya perbezaan fatwa.

matan2 Kelantan kata adverba
kira-kira atau lebih kurang.

matan3 Minangkabau kata nama
bahagian tengah kayu yang paling keras.

Jadi, "matan" dalam ayat "... melaporkan kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan apa-apa luar aturan yang matan berhubung dengan akaun awam yang dibawa kepada perhatiannya" bermaksud mempunyai naskhah asli, mempunyai erti, nas atau maksud sesuatu ayat, ucapan dan sebagainya.
Makna14.05.2024
SAYA PERLUKAN PERKHIDMATAN PEMBETULAN PERBENDAHARAAN KATA DAN TATA BAHASA BAGI FAIL YANG SAYA LAMPIRKAN BERSAMA EMAIL INI. SILA BERITAHU SAYA CAJ BAYARAN YANG DI KENAKAN DAN PROSEDUR PROSEDUR YANG SELANJUTNYA. SEKIAN. TERIMA KASIH
Untuk makluman, DBP tidak mempunyai khidmat penterjemahan. DBP mempunyai khidmat penyemakan dokumen dalam bahasa Melayu sahaja. Sila terjemah dahulu kepada bahasa Melayu dan hantar semula untuk penyemakan dari segi ejaan, istilah dan tatabahasa bahasa Melayu. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 untuk mendapatkan khidmat penterjemahan.  
Penyemakan dan penterjemahan29.12.2020
Apakah bahasa istana bagi perbendaharaan kata 'bercadang'? Terima kasih.Tidak ada maklumat tentang perkara berkenaan, bagaimanapun dalam menzahirkan sesuatu lazimnya digunakan perkataan berhasrat yang kelihatan lebih santun.Tatabahasa01.06.2016
mohon kepastian ejaan dan perbendaharaan kata: 1. apakah ejaan yang betul untuk ibubapa atau ibu bapa? 2. mana ejaan yang sesuai "dikalangan remaja" atau "dalam kalangan remaja"?. contoh ayat: masalah jenaya dikalangan remaja atau dalam kalangan remaja masa kini semakin membimbangkan. 3. adakah penggunaan perkataan "kebagusan" dalam ayat berikut sesuai?. semakin ramai guru maka semakin baik tahap kebagusan perhatian terhadap pembelajaran pelajar. mohon cadangkan ayat yang lebih baik. terima kasih untuk bantuan tuan.1. Ejaan yang betul ialah ibu bapa.
2. Frasa yang betul ialah dalam kalangan remaja.
3. Pada pandangan kami, perkataan kebagusan perlu digugurkan dalam ayat tersebut menjadi "semakin ramai guru maka semakin baik tahap perhatian terhadap pembelajaran pelajar".
Tatabahasa11.04.2014
Para pelajar akan dapat ........... perbendaharaan kata dan meningkatkan kemahiran berbahasa jika rajin membaca. Mana jawapan yang betul? A. Luaskan B. Meluaskan C. Perluaskan D. Memperluas Diharap pihak tuan dapat memberi penjelasan.Terima kasih.Jawapan yang betul ialah: B. MeluaskanTatabahasa19.08.2013
12345678910

Kembali ke atas