Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.béng.ké.lan] | ڤربيڠکيلن

Definisi : urusan atau aktiviti berbengkel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.béng.ké.lan] | ڤربيڠکيلن

Definisi : hal atau urusan yg berkaitan dgn bengkel. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perbengkelan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon beri garis panduan penerbitan buku
GARIS PANDUAN PENERBITAN BUKU (UMUM/ILMIAH) DAN PROSES PENERBITAN
  1. Pembinaan dan perolehan manuskrip (perbengkelan dan kertas cadangan judul)
  2. Penerimaan manuskrip lengkap bersama surat iringan penulis:  
- bahan awalan hendaklah lengkap (judul, kandungan, prakata, senarai rajah/ilustrasi/foto), kata pengantar (sekiranya berkaitan), pendahuluan (bab dalam buku), penghargaan (sekiranya berkaitan)
- bahan teks hendaklah lengkap (surat izin terbit untuk petikan, gambar, ilustrasi dll)
- bahan akhiran lengkap (bibliografi, lampiran (jika ada), glosari (jika ada), biodata penulis (jika ada), dll)
- manuskrip lengkap akan didaftarkan dalam sistem penerbitan DBP.
  1. Penilaian manuskrip (penilaian dalam mesyuarat JKKB, penilalain pakar bidang, penilaian JKE)
  2. Penyuntingan (berdasarkan bidang/kategori/jenis teks)
  3. Penyediaan manuskrip bersih (sebelum dibuat reka letak, manuskrip bersih akan disemak oleh ketua Unit dan Ketua Editor)
  4. Penyemakan pruf dan penyediaan indeks (editor akan menyemak pruf 1, pruf akhir dan menyediakan indeks)
  5. Penyemakan Naskhah Sedia Kamera
  6. Penyediaan mock up
  7. Pengesahan sijil perakuan mutu bahan terbitan.
Lain-lain26.12.2024

Kembali ke atas