Perbezaan penggunaan perkataan dipohon dan dimohon. | Kedua-dua perkataan tersebut terakam dalam Kamus Dewan Bahasa. Perkataan yang lebih tepat ialah dimohon yang merujuk kepada makna meminta. | Makna | 27.03.2019 |
perbezaan penggunaan kata hingga dan sehingga | Kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa , waktu atau tempat. Contoh : Pegawai itu berjaga hingga pagi. Anak-anaknya belajar hingga peringkat universiti. Manakala sehingga digunakan sama dengan hingga tetapi had masa tidak tentu/ditetapkan. Contoh : Kami akan bersama-sama sehingga akhir hayat. Pasangan itu berjanji akan setia sehingga hujung nyawa. | Tatabahasa | 21.05.2018 |
PERBEZAAN BARU DAN BAHARU? | Baru dan baharu kedua-duanya membawa makna yang sama. Baru dan baharu dianggap varian dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanpun buku Tatabahasa Dewan membezakan fungsi kedua-dua kata tersebut. Baru berfungsi sebagai kata bantu, contohnya dalam ayat "dia baru sampai dari kampung" dan baharu sebagai kata adjektif, contohnya "buku Tatabahasa Dewan, Edisi Baharu". | Tatabahasa | 10.03.2018 |
Perbezaan pen dan pena. | Merujuk data kami, pen ialah alat yang runcing dan berbelah matanya untuk menulis dengan dakwat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Pena membawa 2 makna iaitu sejenis alat tulis yang mempunyai mata yang runcing dan menggunakan dakwat. Makna lain bagi pena ialah sejenis tali yang diikat pada dada gajah. (Kamus Dewan Edisi Keempat) Secara umumnya, pen dan pena membawa maksud yang sama.
| Makna | 12.02.2018 |
Perbezaan penggunaan kata mampan dan lestari. | Salam sejahtera, Mampan bermaksud mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik. Contoh, pembangunan ekonomi yang mampan. Lestari bermaksud tidak berubah-ubah,kekal, tetap. Contoh, kelestarian hutan kita mesti diutamakan. Kesimpulannya, penggunaan perkataan mampan dan lestari bergantung kepada kesesuaian konteks ayat. Terima kasih.
| Makna | 07.02.2018 |
Perbezaan antara perebakan dan pemerebakan. | Menurut data kami, kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama. | Makna | 31.01.2018 |
Perbezaan penggunaan kekecualian dan pengecualian. | Menurut data kami, maksud kekecualian ialah sesuatu yang menyimpang (berlainan, terasing) daripada yang umum dan lain-lain, sesuatu yang dibebaskan (terkeluar, terasing) daripada sesuatu peraturan (ketentuan dan sebagainya) manakala pengecualian bermaksud 1. perihal mengasingkan atau mengeluarkan dari kebiasaan (sesuatu peraturan dan lain-lain); 2. perihal menjadikan tidak berpihak kepada atau menyebelahi (sesuatu pihak, blok, dan sebagainya): satu persidangan negara-negara untuk membincangkan ~ Indo-China telah diadakan. | Makna | 26.12.2017 |
Perbezaan penggunaan perkataan perhubungan dan penghubungan. | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, perhubungan ialah hal berhubung; perkaitan; pertalian: Contoh ayat, Tidak terdapat sebarang perhubungan antara kedua-dua kejadian itu, maksud kedua Alat untuk berhubung atau lalu lintas (jalan raya, kereta api, pos, telegram dll). Contoh ayat, Semua perhubungan di antara Pantai Timur dengan Pantai Barat telah terputus akibat banjir dan maksud ketiga cara orang, negara dan lain-lain berhubung antara satu dengan yang lain, contoh Perhubungan dagang pun bermula antara negeri China dengan Melaka. Berbeza pula dengan maksud penghubungan yang menerangkan perihal atau perbuatan (cara dsb) menghubungkan. Sebagai contoh ayat yang digunakan dalam istilah kesenian. Proses menyambungkan benang lungsin atau benang pakan yang putus sebelum atau semasa ditenun atau menyambungkan benang lungsin baru pada baki benang lungsin yang sudah ditenun untuk mengelakkan proses kerja awal menenun seperti menyampak atau mengarat untuk meneruskan helaian lain. | Lain-lain | 07.12.2017 |
Perbezaan antara pengulangan dan perulangan | Pengulangan bermaksud hal atau perbuatan mengulang atau mengulangi. Manakala, perulangan bermaksud hal berulang-ulang. | Makna | 22.09.2017 |
Perbezaan Kata sendi "di" dan "ke". 1. Menanam sayur di dalam pasu bunga. 2. Menyimpan wang di dalam bank. 3. Bercuti di kampung. | Merujuk data kami kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengukutinya. Kata sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu dan masa. Kata sendi nama 'ke' juga dieja sebagai satu katan yang terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Kesemua contoh yang diberikan betul kecuali 2. Menyimpan wang di bank. | Lain-lain | 03.06.2017 |