Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
individu
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :orang, perseorangan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan perkataan KAMI dan KITA? bila melibatkan semua org termasuk individu yg bercakap dan individu yg mendengar org yg bercakap itu td..perkataan mana yg patut digunakan..?boleh berikan saya contoh ayat untuk membezakan penggunaan dua perkataan tersebut..?

“Kami“ dan “kita“ ialah kata ganti nama diri pertama. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan makna antara kedua-duanya. “Kami” merujuk penutur jamak tetapi tidak termasuk pendengar manakala “kita” merujuk penutur (tunggal atau jamak) dan termasuk juga pendengar.

Contoh ayat:

1. Kita harus membantu orang yang susah. (mengajak pendengar itu ikut serta)

2. Kami tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. (hanya melibatkan kumpulan/kelompok itu sahaja, bukan pendengar yang lain)  

 

Istilah12.03.2009
Mohon bertanya. Adakah perkataan Staf sesuai digunakan bagi merujuk semua individu dalam sesebuah organisasi? Apakah perbezaan perkataan sungguhpun dan walaupun dari konteks penggunaan. Terima kasih.1. Perkataan staf boleh digunakan bagi merujuk:

a.  Kumpulan orang yang bekerja di tempat yang sama (di bawah ketua yang sama); kakitangan. 
b.  Pegawai kanan yang memimpin atau yang mengatur tentera.

Berdasarkan dua maksud tersebut, perkataan staf boleh digunakan untuk merujuk individu dalam sesebuah organisasi.

2. Sungguhpun dan walaupun mempunyai makna yang sinonim dan itu bermaksud boleh digunakan kedua-duanya.
Lain-lain03.07.2015
Apakah perbezaan antara perilaku negatif dalam peribahasa melayu dengan konotasi negatif dalam peribahasa melayu? Adakah mempunyai persamaan atau semata perbezaan kepada kedua-dua pemaknaan frasa tersebut?Perilaku ialah segala perbuatan atau reaksi seseorang terhadap sesuatu rangsangan, tindakan dan sebagainya yang menggambarkan sikap individu tersebut, konotasi ialah idea yang dimaksud­kan oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yang tersurat dan negatif bermaksud sesuatu yang cenderung membawa kesan atau pengaruh yang tidak elok. Peribahasa Melayu pula telah dipraktikkan sebagai medium komunikasi untuk menyampaikan hasrat dan maksud tertentu. Untuk mendapatlan maklumat tentang perbezaan antara perilaku negatif dengan konotasi negatif dalam peribahasa Melayu, sila rujuk kajian dan makalah yang yang berkaitan. Tatabahasa27.08.2024
Apakah perbezaan antara “tindakan” dan “perbuatan”? Bolehkah tuan/puan memberikan beberapa contoh ayat dan menjelaskan perbezaan tersebut? Terima kasih.

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 2370, kata “tindakan” merujuk sesuatu yang dilakukan, dilaksanakan atau dijalankan. Contoh ayat ialah “Tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang menjadi punca kematian tiga beranak dalam kemalangan tersebut.”

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 329, kata “perbuatan” merujuk sesuatu yang dilakukan atau dikerjakan.  Contoh ayat ialah “Baik atau jahat perbuatan kita, kita sendiri yang menanggung akibatnya.”

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 2370 dan 329.

Tatabahasa17.11.2024
Apakah perbezaan askar dan tentera ? Terima kasih...Askar dan tentera merujuk individu yang sama (sinonim).  Istilah28.02.2009
Apakah perbezaan antara "disusun oleh", "pengarang" dan "penerbit" bagi sesuatu terbitan."Disusun oleh" merujuk kepada individu yang terlibat dalam penyusunan bahan penulisan atau makalah dalam penerbitan sesebuah buku. Penyusun ini boleh lebih daripada seorang. Kebiasaannya kertas-kertas kerja seminar yang dibukukan melibatkan penyusun buku. "Pengarang" merujuk kepada penulis sesebuah buku. "Penerbit" merujuk kepada pihak yang menerbitkan buku bermula daripada proses pemilihan manuskrip, penyuntingan, reka letak dan reka bentuk, percetakan dan pemasaran.Istilah19.03.2014
Apakah maksud dan perbezaan "kelulusan akademik" dan "kelulusan ikhtisas"? Terima kasih.Kelulusan akademi bermaksud kelulusan yang diperolehi oleh individu setelah memenuhi semua syarat-syarat pengajian di Pusat Pengajian Tinggi.

Manakala kelulusan ikhtisas pula bermaksud kelulusan yang memerlukan atau melibatkan kepandaian atau kemahiran khusus.
Makna31.03.2015
apakah perbezaan YBhg. dato' dengan YB Dato'YB ialah singkatan untuk Yang Berhormat dan YBhg. singkatan untuk Yang Berbahagia. Panggilan hormat untuk orang yang mendapat gelaran Dato' ialah Yang Berbahagia (YBhg.) tetapi sekiranya individu tersebut seorang wakil rakyat atau lain-lain boleh dipanggil sebagai YB Dato'Lain-lain08.02.2018
Argot merupakan bahasa rahsiA seperti bahasa terbalik. Bahasa INI digunakan supaya individu lain tidak dapat memahami perbualan pengguna bahasa rahsia. Benar atau tidal? Mengapakah argot dikaitkan dengan jargon? Apakah perbezaan argot dan jargon? Terdapat kekeliruan. Terima kasih maklum balas pihak tuan/puanMenurut Kamus Dewan edisi keempat, argot ialah bahasa yang khusus digunakan oleh kumpulan sosial tertentu, biasanya bersifat rahsia dan dikaitkan dengan kelas sosial rendah seperti pencuri atau penyeluk saku.

Manakala jargon bermaksud bahasa khusus yang digunakan dalam bidang tertentu.
Tatabahasa17.04.2014
Apakah perbezaan antara penggunaan kata tiada dengan tidak ada?

Saya jumpa perkataan tiada lebih banyak digunakan dalam bahasa bersurat, dan tidak ada lebih banyak digunakan untuk transkripsi bahasa lisan. Namun tidak kurang juga ada individu yang menggunakan kedua-dua tiada dan tidak ada dalam satu ayat.
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan tiada bermaksud tidak ada. Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat. Makna29.06.2022
12

Kembali ke atas