| adakah aib dan malu suatu perkara yang sama? | Aib bermaksud rasa hina atau malu akibat perbuatan keji dan sebagainya oleh seseorang anggota keluarga dan sebagainya, cela, nama buruk, penghinaan. Malu pula bermaksud berasa hina atau berasa aib kerana melakukan sesuatu yg tidak baik atau kerana kekurangan sesuatu. Berdasarkan maksud tersebut, aib dan malu mempunyai makna yang hampir sama. | Makna | 07.05.2021 |
| 1. Apa beza nista dengan celaan, terutamanya dari segi penggunaannya dalam konteks yg berlainan? Sila sertakan contoh. 2. Apa singkatan yang terkini bagi (sebelum Masehi) dan (Masehi), ada yg tulis SM dan M, dan ada pula yang tulis S.M. dan M. Mana yg terkini? | Kamus Pelajar Edisi Kedua mendefinisikan nista sebagai kata-kata yang bertujuan menghina; cercaan; makian: Segala macam nista dan umpat dihamburkan kepada pemuda itu. 2 hina sekali; keji: kata-kata ~ kata-kata yg keji; perbuatan ~ perbuatan yang keji. 3 rasa malu; aib. Manakala celaan bermaksud ejekan yang keras; kata-kata yg kesat; kecaman. Singkatan Sebelum Masihi ditulis sebagai SM | Tatabahasa | 11.08.2016 |