maksud perkataan INSENTIF dan GANJARAN | Insentif bermaksud sesuatu (yang berupa kebendaan atau tidak) yang diberikan atau ditawarkan sebagai dorongan atau galakan, manakala ganjaran bermaksud hadiah untuk perbuatan baik dan balasan bagi perbuatan jahat. | Makna | 26.09.2012 |
ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA.. MOHON PENJELASAN PENGGUNAAN PERKATAAN "KOLABORASI". BOLEH ATAU TIDAK PERKATAAN INI DIGUNAKAN UNTUK MEMBERI TAKRIFAN KEPDA PERBUATAN BAIK. | Kamus Dewan menakrifkan kolaborasi sebagai subahat (kerjasama) dengan musuh atau orang jahat. Dalam beberapa bidang istilah, seperti sains Politik kolaborasi diberi maksud yang setara dengan kerjasama (sebagai varian). Kamus Inggeris Melayu-Dewan pula menakrifkan collaboration kepada dua, iaitu working together dan cooperation with enemy. Oleh sebab maksud kerjasama (working together) juga kini banyak digunakan dalam wacana, kami menerima penggunaan perkataan kolaborasi bagi maksud yang setara dengan kerjasama. | Tatabahasa | 24.06.2016 |
Tuan, harap dapat nyatakan bila berlakunya KESILAPAN BAHASA dan KESALAHAN BAHASA? Bagaimana pula KESILAPAN ATAU KESALAHAN TINGKAH LAKU? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Ketiga, makna kesilapan ialah salah yang tidak disengajakan ataupun khilaf. Contoh Ayat: Kalau saya tidak silap, umurnya baru 30 tahun. Kesalahan pula ditakrifkan sebagai perihal salah, iaitu tidak benar, tidak betul, tidak tepat, tidak baik, tidak layak atau perbuatan yang menyalahi hukum. Oleh itu, kesilapan bahasa bermaksud kesalahan yang tidak disengajakan, manakala kesalahan bahasa pula dimaksudkan sebagai tidak tepat atau tidak betul. Kesalahan tingkah laku, iaitu perbuatan yang menyalahi hukum. | Tatabahasa | 12.06.2010 |
apakah beza perkataan sesal dan kesal | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, sesal bermakna perasaan tidak senang kerana telah melakukan sesuatu yg tidak baik (dosa dll), keinsafan telah bersalah. Kesal pula ialah berasa kecewa atau tidak senang hati (di atas sesuatu perkara, perbuatan, dll), berasa sebal, berasa jengkel. Untuk ketarangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 11.05.2009 |
syirik, tahyul,khurafat | Menurut Kamus Dewan, syirik bermaksud perbuatan menyekutukan Allah, baik dgn keyakinan, ucapan atau perbuatan, misalnya percaya adanya kuasa ghaib selain Allah, memuja berhala dsb. Tahayul pula dimaksudkan sebagai hanya rekaan khayalan belaka (sebenarnya tidak ada), impian sahaja, hanya dlm angan-angan. Tahayul juga ditakrifkan sebagai kepercayaan yg karut-karut (kpd sesuatu yg sebenarnya tiada). Contoh ayat: Menurut tahayul orang tua-tua bilamana hari kiamat Kara Eng Data akan pulang kembali. Khurafat pula ditakrifkan sebagai kepercayaan yg karut, dongeng dan tahayul. | Makna | 02.10.2007 |
Tuan, 1) Berdasarkan contoh ayat di bawah, adakah betul penggunaan perkataan persubahatan, disubahatkan dan pensubahat? 2) Jika salah, apakah perkataan yang betul untuk digunakan dan kenapa? Contoh: Persubahatan apa-apa kesalahan, jika orang yang disubahatkan itu melakukan perbuatan itu dengan suatu niat yang berlainan daripada pensubahat itu. 3) Berdasarkan contoh ayat di bawah, adakah betul penggunaan perkataan menyubahati? Jika salah apakah perkataan yang betul untuk digunakan dan kenapa? Contoh: Menyubahati dahagi, atau cuba memujuk seorang pegawai, askar atau kelasi supaya tidak menjalankan tugas. Sekian, terima kasih. | Kata terbitan yang betul bagi perkataan “subahat” ialah “bersubahat” dan “persubahatan”. Bersubahat bermaksud perbuatan bekerjasama dengan orang atau pihak lain untuk melakukan sesuatu perbuatan yang tidak baik, manakala persubahatan pula merujuk perbuatan bersubahat. Dalam Kamus Dewan Perdana, tidak ada contoh penggunaan bagi perkataan “disubahatkan”, “pensubahat” dan “menyubahati”. | Tatabahasa | 24.06.2022 |
Apa perbezaan antara ayat berikut: "baik hati" dan "murah hati", "belas kasihan" dan "bertimbang rasa", "Berhemah Tinggi" dan "Kesopanan", "Kejujuran" dan "Amanah", "Kecekalan" dan "Kerajinan", "Persaudaraan" dan "Kemasyarakatan"?. Terima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dinyatakan takrifan perkataan yang berikut: "baik hati" = suka menolong, mudah simpati dan pengasih, "murah hati" = a) suka memberi, tidak kedekut; b) pengasih dan penyayang, "belas kasihan" = perasaan sungguh bertimbang rasa dan hiba terhadap seseorang dll yg malang, "bertimbang rasa" =menaruh (menunjukkan) timbang rasa (belas kasihan dll), bersimpati, berlaku adil. "Berhemah Tinggi" = mempunyai budi pekerti yg mulia, "Kesopanan" = 1. perihal sopan (tingkah laku, tutur kata, dll): gambar yg membayangkan ~ seorang gadis desa; 2. adat sopan santun, tatasusila, tingkah laku (tutur kata) yg baik: perbuatan kita sudah melanggar ~ timur; 3. keadaban, peradaban. "Kejujuran" = perihal jujur, kelurusan hati, keikhlasan: dia masih ragu-ragu tentang ~ anak muda yg baru dikenalinya itu. "Amanah" =1. = amanat sesuatu yg dipercayakan kpd orang (diserahkan utk disimpan dll): bungkusan-bungkusan ini ialah ~ orang; 2. kepercayaan yg diletakkan kpd seseorang; 3. = amanat keamanan, ketenteraman: bahagia dan ~; 4. kepercayaan, boleh dipercayai, jujur; orang ~ orang yg boleh dipercayai; pecah ~ perbuatan mensia-siakan amanah (kepercayaan) orang dll (dgn menipu dsb); 5. (Eko) hak yg boleh dikuatkuasakan oleh mahkamah utk mendapatkan faedah drpd sesuatu harta. "Kecekalan" = ketabahan (keteguhan, ketetapan) hati. "Kerajinan" = 1. perihal rajin, kegiatan, ketekunan: guru hendaklah mendatangkan kecenderungan dan ~ pd kanak-kanak; kerana ~ dan ketekunan semua pekerja di lombong itu, syarikat mengambil keputusan memberi mereka bonus; 2. perusahaan membuat (menghasilkan) sesuatu: mereka mesti pandai memajukan ~ rakyat; ~ rumah tangga perusahaan kecil yg dikerjakan di rumah; ~ tangan pekerjaan (perusahaan) dgn tangan (bukan dgn mesin). "Persaudaraan" = perihal bersaudara, perhubungan spt bersaudara, pertalian yg rapat sekali (seolah-olah bersaudara): merekalah yg menguatkan tali ~ antara berbagai-bagai kaum. "Kemasyarakatan" =keadaan masyarakat, yg berkaitan dgn masyarakat: penting juga kita mengetahui sejarah dan ~ tempat puisi itu dilahirkan; satu aliran kesusasteraan terlalu memberatkan soal ~; ilmu ~ sosiologi. | Istilah | 07.11.2010 |
Baju dicuci oleh emak. Jika belakang dicuci tidak menulis "oleh" , ayat ini betul atau tidak ? Bilakah hendak menulis "oleh" ? atau semua ayat pasif mesti diikuti di ... oleh ? | Bagi perbuatan yang dilakukan oleh manusia, adalah lebih baik dikekalkan penggunaan kata bantu oleh, manakala bagi kata kerja yang dikaitkan dengan bukan manusia, penggunaan kata oleh boleh digugurkan sebagai pilihan. Contoh: tulang itu digonggong oleh anjing. Jika digugurkan kata oleh - tulang itu digonggong anjing. Contoh lain: tulang itu dibawa oleh Ali. Jika kata oleh itu digugurkan, ayat tersebut kurang gramatis. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 24.08.2009 |
Salam, dalam kamus Dewan, kata ‘amal’ ditakrif sama dengan ‘perbuatan’, dari segi maksud. Namun begitu, tiada kata jamak untuk ‘amal’ dijumpai dalam daftar. Saya dapati ada kata ‘amal-amal’ dalam corpus penulisan di Malaysia dan di Indonesia. Saya ingin menggunakan ‘amal-amal’ dalam buku saya. Mungkin editor tidak bersetuju apabila manuskrip disemak. Terima kasih atas pandangan Munsyi. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud amal ialah 1. Apa sahaja yg dilakukan, perbuatan atau pekerjaan 2. Perbuatan baik 3. Melakukan sesuatu sebagai suatu kebiasaan Maka dengan ini, cukup sekadar amal sahaja kerana sudah menunjukkan sesuatu perbuatan. Data korpus hanya merakam penggunaan perkataan yang digunakan. Dalam sesuatu penulisan rasmi, setiap perkataan yang digunakan perlu merujuk kepada kamus. | Makna | 16.10.2021 |
1)mencolok mata atau menjolok mata? 2)serbaneka atau serba aneka? 3)sebaik sahaja atau sebaik-baik sahaja? | Merujuk Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada sesiapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala menjolok mata antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Lazimnya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa mencolok mata yang sering digunakan. Serbaneka atau serba aneka kedua-duanya boleh digunakan. Sebaik sahaja atau sebaik-baik sahaja kedua-duanya juga, boleh digunakan bergantung pada konteks ayat. | Tatabahasa | 29.09.2012 |