Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.bu.ru] | ڤربورو

Definisi : orang yg berburu (binatang): adapun Seri Teri Buana dgn segala laki-laki ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.bu.ru] | ڤربورو

Definisi : orang yg kerjanya berburu binatang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perburu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
perburu atau pemburu yang betul. Mengapa? cth ayat : Perburu itu ditemui mati di tengah hutan apakah perbezaan antara frasa dan klausaPerburu ialah orang yang berburu, manakala pemburu ialah orang yang memburu. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, halaman 115 untuk mendapatkan keterangan lanjut.Tatabahasa27.09.2009
1. Adakah 'perburu' merupakah pekerjaan? 2. Adakah'pemburu' merupakan aktiviti?Perburu ialah orang yang berburu, manakala pemburu ialah orang yang memburu. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, halaman 115 untuk mendapatkan keterangan lanjut.Istilah01.10.2015
1. Sila jelaskan perbezaan untuk kosa kata di bawah ini kerana sukar mendapatkan satu kepastian~'kewajiban' dengan 'kewajipan' DAN 'perburu' dengan 'pemburu'. 2. Yang manakah betul~ a. Dengan ini, adalah dimaklumkan bahawa b. Dengan ini dimaklumkan c. Adalah dimaklumkan dengan ini d. Dengan ini dimaklum bahawaPenggunaan yang betul:

1. Kewajipan dan kewajiban membawa maksud yang sama iaitu:
 a) Sesuatu yg diwajib­kan, kemestian, keharusan. b) Tugas (tanggungjawab) yang harus dilakukan atas perintah.

2. Perburu ialah orang yang berburu, manakala pemburu ialah orang yang memburu. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, halaman 115 untuk mendapatkan keterangan lanjut.

3.  Ayat yang betul ialah Dengan ini dimaklumkan bahawa…  Adalah ialah kata pemeri. Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan kata kerja atau frasa kerja. Adalah dimaklumkan (salah). Bahawa ialah kata hubung pancangan komplemen, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Contohnya: Dengan ini dimaklumkan (sesuatu).  Esok Hari Raya Aidiladha. => Dengan ini dimaklumkan bahawa esok Hari Raya Aidiladha.
Tatabahasa28.09.2015
Jelaskan perbezaan imbuhan per- bagi perkataan perburu dan imbuhan pem- bagi perkataan pemburu.Berburu ialah orang yang mengejar untuk menangkap (membunuh) binatang liar, manakala pemburu ialah orang yang mengejar atau menyusul untuk menangkap sesuatu sama ada orang, binatang, dan sebagainya.Tatabahasa04.10.2009
apakah beza penggunaan 'per' dan 'pe'?

Perbezaan penggunaan awalan peR- dan pe- seperti yang dinyatakan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 114-115 adalah seperti yang berikut:

Awalan peR- sebagai penanda alat atau tempat : perasap(tempat membakar kemenyan); perbara(tempat bara api untuk membakar kemenyan). Awalan peR- sebagai penanda makna orang yang melakukan kerja(dengan awalan ber-): perburu(orang yang berburu);pertapa(orang yang bertapa).

Awalan pe- sebagai penanda makna orang atau benda yang mengalami perbuatan dalam kata dasar atau keadaan: petinju(orang yang bertinju)petaruh(benda yang dipertaruhkan). Awalan pe-sebagai penanda makna orang yang melakukan kerja yang terkandung dalam maksud kata dasar:pekebun(orang yang berkebun);pekedai(orang yang berkedai).

 

Tatabahasa16.03.2009
Apakah perbezaan di antara perlantikan dan pelantikan. Bilakah kita perlu menggunakan imbuhan "per" dan "pe" bagi perkataan lantik.Ejaan yang betul ialah pelantikan yang merujuk perihal melantik. Awalan pe- mempunyai dua penanda makna, iaitu penanda makna orang atau benda yang mengalami perbuatan kata dasar atau keadaan. Contoh, petinju. Yang kedua ialah penanda makna orang yang melakukan kerja yang terkandung dalam maksud kata dasar seperti pekebun. Manakala awalan per- berfungsi sebagai penanda makna alat atau tempat. Contohnya, perasap. Kedua, penanda makna orang yang melakukan kerja. Contohnya, perburu -orang yang berburu.Tatabahasa19.03.2007

Kembali ke atas