Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. pertuturan: segala ~ dan tingkah lakunya telah menjadi beradat benar; 2. pembicaraan, perbualan, perundingĀ­an: kemudian drpd itu ~ antara kedua-duanya melarat kpd beberapa perkara yg lain; 3. apa-apa yg dicakapkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 perbuatan atau hal bercakap; perbualan: ~ dan tingkah lakunya sopan dan tertib sekali. 2 apa-apa yg dipercakapkan: ~ mereka melarat dr satu perkara ke satu perkara hingga larut malam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata percakapan

Peribahasa

Bagai puyuh laga.

Bermaksud :

Percakapan yang tak pernah habis.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Bolehkah bp (bahasa percakapan) digunakan dalam dialog? Adakah bahasa percakapan juga merujuk kepada bahasa pasar atau slanga? Terima kasih.

Bahasa lisan atau bahasa percakapan merupakan bahasa yang digunakan dalam percakapan dan lebih bersifat tidak formal. Lisan bermaksud sesuatu yang diucapkan (tidak bertulis). Menurut kamus Dewan, bahasa kolokial ialah bahasa bersifat bahasa percakapan atau bahasa basahan (bukan bahasa baku).

Dialog rasmi ialah perbincangan atau perundingan rasmi antara dua pihak  yang berkisar hal-hal rasmi. Dialog tidak rasmi ialah perbincangan atau perundingan  tidak rasmi yang berkisar pada perkara-perkara tidak rasmi seperti perbualan di warung, kedai kopi dll. Dialog baku pula merupakan perbualan atau percakapan yang menggunakan sebutan yang betul mengikut sistem tatabahasa yang betul. Dialog kolokial ialah perbualan/percakapan yang menggunakan laras bahasa basahan/bahasa pasar/slanga/bahasa daerah. 

Tatabahasa07.12.2017
Salam sejahtera! Seperti yang difahamkan, istilah "Indon" dianggap kurang elok di kalangan rakyat Indonesia. Walau bagaimanapun, adakah perkataan tersebut dikategorikan sebagain kata nama khas, atau tidak? Sekian, terima kasih!Perkataan "indon" digunakan dalam bahasa percakapan. Bahasa percakapan tidak mengkategorikan perkataan kepada khas atau am seperti dalam penggunaan standard. Lain-lain13.08.2020
1. adakah penggunaan perkataan BIKIN di benarkan dalam bahasa iklan contoh ayat " poket selamat, wangian hebat bikin orang terpikat" 2. mohon mendapatkan garispanduan penggunaan bahasa dalam iklanBikin ialah bahasa percakapan dan penggunaan bahasa percakapan dalam konteks rasmi (termasuk iklan) tidak dibenarkan. Iklan untuk paparan awam mesti menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul serta menggambarkan citra Malaysia. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Garis panduan menamai syarikat, bangunan, kawasan perumahan, tempat awam dan jalan, terbitan DBP.Tatabahasa15.11.2011
Apakah ciri atau fungsi bahasa lisan?Bahasa lisan atau bahasa percakapan merupakan bahasa yang digunakan dalam percakapan dan lebih bersifat tidak formal. Lisan bermaksud sesuatu yang diucapkan (tidak bertulis).Tatabahasa19.07.2007
Apakah ciri atau sifat bahasa lisan?Bahasa lisan atau bahasa percakapan merupakan bahasa yang digunakan dalam percakapan semasa berkomunikasi. Bahasa lisan lebih bersifat tidak formal. Lisan bermaksud sesuatu yang diucapkan(tidak ditulis).Tatabahasa19.07.2007
Boleh kah perkataan "kan" yang digunakan dalam percakapan di gunakan dalam penulisan sarikata/subtitile? Contoh, Awak mesti tahu di mana dia berada kan? Adakah pertakataan "kan" hanya boleh digunakan dalam percakapan? Terima kasihSalam sejahtera, Semua golongan kata utama iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja. Contonya: i. kata nama - bukukan, pasarkan, dirikan; ii. kata kerja transitif - bacakan, belikan, masakkan; iii. kata kerja tak transitif - lahirkan, tidurkan, terbangkan; iv. kata adjektif - panjangkan, besarkan; v. kata tugas - sudahkan, sertakan. Akhiran - kan boleh juga hadir dalam ayat dengan beberapa imbuhan lain iaitu meN-...-kan, beR-...-kan, mempeR-...-kan, di-...-kan, dan dipeR-...-kan. Sekian, terima kasih.Tatabahasa04.04.2020
Salam sejahtera, Di dalam ayat dialog yang berikut "kulitnya hitam-hitam ah"; adakah perkataan "hitam-hitam" ini diterima sebagai kata ganda? Sekian, terima kasih!

Untuk makluman, dialog merupakan bahasa percakapan dan bahasa percakapan tidak ada kawalan kerana manusia berkecenderungan bercakap apa-apa sahaja yang diinginkan. Walau bagaimanapun, kata ganda hitam-hitam boleh diterima sebagai kata ganda. Contoh dalam ayat, Hitam-hitam si tampuk manggis, putih-putih melati, merah-merah delima.

Tatabahasa06.07.2020
apakah perbezaan antara perkataan laman dengan halaman?Adakah kedua-dua perkataan itu terdiri daripada kata dasar yang sama iaitu halaman?Laman ialah bahasa percakapan kepada perkataan halaman. Bahasa percakapan tidak diterima dalam penulisan formal. Bagaimanapun, dalam istilah bahasa Melayu, laman diterima. Contohnya laman web.Makna15.10.2008
Dalam percakapan seharian, terdapat ungkapan " saya tak kesah" (e taring), yang bermaksud "saya tak ambil hati". tetapi saya tidak dapat mencari ejaan yang betul bagi "kesah" dalam kamus. Saya telah merujuk kepada entri "kisah" dan "kesah" tetapi kedua-dua entri tidak menunjukkan maksud berkenaan. Apakah ejaan sebenar bagi perkataan ini?Ejaan yang betul bagi bahasa percakapan tersebut ialah "saya tidak kisah" (tetapi disebut kesah). Walau bagaimanapun tidak ada data dalam sumber rujukan kami tentang ungkapan berkenaan.Tatabahasa01.09.2012
Apakah perbezaan bahasa kolokial dan bahasa slanga?Bahasa kolokial ialah bahasa yang bersifat bahasa percakapan atau bahasa basahan (bukan bahasa baku) manakala bahasa slanga ialah bahasa yang menggunakan kata-kata (ungkapan dsb) yg tidak tergolong dlm bahasa baku (biasa digunakan dlm percakapan tidak rasmi).Makna18.01.2007
12345678910...

Kembali ke atas