Yang mana paling tepat: 1. Percaya kepada Allah 2. Percaya pada Allah | Percaya kepada Allah. | Tatabahasa | 01.04.2013 |
Yang mana betul. percaya bahawa atau mempercayai bahawa.apakah alasannya | Kedua-dua "percaya bahawa" dan "mempercayai" adalah betul dan boleh digunakan. Contohnya; 1. Ramai orang percaya bahawa bahan itu boleh menyebabkan kematian. 2. Saya tidak akan mempercayai orang yang suka bercakap bohong. | Tatabahasa | 07.05.2014 |
bagaimanakah cara yang betul dalam penggunaan tanda baca titik bertindih dan penomboran selepas keterangan. contoh Rukun Islam ada lima: 1. Percaya kepada Allah. 2. Percaya kepada Malaikat. (adakah digunakan huruf besar pada awal dan diakhiri noktah?) | Kalau dalam ayat, Rukun Negara ada lima, iaitu Kepercaayaan kepada Tuhan, dan seterusnya. Jika menggunakan tanda dua titik bertindih dalam ayat , hendaklah ditulis Rukun Negara ada lima : Kepercayaan kepada Tuhan, dan seterusnya. Sekiranya ditulis dalam bentuk poin, hendaklah seperti contoh berikut : i. Kepercayaan kepada Tuhan ii. Kesetiaan kepada Raja dan Negara hingga akhir tanpa meletakkan tanda noktah selepas setiap poin. Setiap huruf awal hendaklah menggunakan huruf besar. | Lain-lain | 12.02.2008 |
Jangan percaya pada/kepada ramalan tok nujum. | Jangan percaya pada ramalan tok nujum. | Tatabahasa | 20.12.2011 |
Yang mana betul: a) Disney Co. mempunyai falsafah, iaitu Impi, Percaya, Berani, Buat. b) Disney Co. mempunyai falsafah, iaitu impi, percaya, berani, buat. | Yang betul ialah (a) kerana bagi falsafah awalan katanya hendaklah ditulis dengan huruf besar. | Lain-lain | 01.11.2011 |
salam, adakah "Please believe me" dalam Bahasa Malaysia, sesuai dikatakan sebagai: 1. sila percayailah saya. 2. sila percaya kepada saya. 3. percayalah kepada saya. 4. sila percaya kepada saya. ataupun apakah penggunaan yang lebih sesuai? | Frasa tersebut boleh diterjemahkan kepada "percayalah kepada saya", sepertimana yang banyak ditemukan dalam wacana bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.11.2014 |
Mohon semakan terjemahan Oh no, I can’t believe that it is raining here again! Oh tidak, saya tak percaya hujan turun lagi di sini! | Kami hanya menyemak penggunaan kata dan ayat dalam Bahasa Melayu. Oh tidak, saya tidak percaya hujan turun lagi di sini! | Penyemakan dan penterjemahan | 07.11.2017 |
Saya benar-benar percaya kebenaran kata-kata mutiara "semua yang berlaku itu ada sebabnya". [Betulkah begini?] | Sila jelaskan soalan saudara. | Lain-lain | 17.11.2011 |
Tuan, bagaimana tanda baca dalam teks yang ada mutiara kata seperti berikut? Adakah menggunakan tanda petik dua atau tanda petik tunggal? Bagaimana kedudukan tanda petik itu, adakah sebelum noktah atau selepas noktah: Saya benar-benar percaya kebenaran kata-kata mutiara "semua yang berlaku itu ada sebabnya". | Penggunaan tanda baca yang betul - Saya benar-benar percaya kebenaran kata-kata mutiara "semua yang berlaku itu ada sebabnya". | Ejaan | 17.11.2011 |
apakah maksud paranoid? | Paranoid bermaksud terlalu takut, curiga atau tidak percaya terhadap orang lain. | Makna | 04.02.2010 |