Assalamualaikum, Saya ingin mendapatkan khidmat nasihat berkaitan cadangan perkataan bagi dua istilah yang perlu digunakan dalam abstrak tesis saya. Pada masa ini terjemahan dua istilah tersebut adalah seperti berikut: 1. Self-perceived/Perceived multicultural counselling competence -Kompetensi kendiri kaunseling pelbagai budaya. 2. Observed multicultural counselling competence. - Kompetensi diperhati kaunseling pelbagai budaya. Saya berharap pihak Tuan dapat memberi pandangan atau mungkin cadangan yang lebih bersesuaian bagi kedua-dua istilah ini. Segala jasa baik pihak Tuan amat saya hargai. Sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan padanan terjemahan seperti berikut: 1. Self-perceived/Perceived multicultural counselling competence - Kecekapan kaunseling terhadap pelbagai budaya secara anggapan kendiri 2. Observed multicultural counselling competence - Kecekapan kaunseling terhadap pemerhatian pelbagai budaya | Istilah | 18.03.2020 |
Salam sejahtera, Saya mohon dapatkan perkataan dalam bahasa melayu bagi perkataan inggeris berikut: 1) animosity, 2) perceived egregiousness, 3) perceived efficacy, 4) religiosity, 5) susceptibility to interpersonal influence. Kesemua perkataan tersebut digunakan dalam konteks penyelidikan berkaitan boikot. Terima kasih. | 1) animosity - kemarahan 2) perceived egregiousness - memperbesarkan anggapan 3) perceived efficacy - keberkesanan anggapan 4) religiosity - kewarakan 5) susceptibility to interpersonal influence - perasaan sensitif terhadap pengaruh hubungan sesame manusia Untuk makna yang lebih tepat, mohon tuan untuk merujuk kamus atau agensi penterjemahan seperti Persatuan Penterjemahan Malaysia dan ITBM berkaitan perkara ini. | Makna | 21.11.2018 |
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Saya ingin membuat pengesahan berkenaan perkataan berikut; 1) persepsi kebolehgunaan - perceived usefulness 2) perceived ease of use - persepsi kemudahgunaan 3) behavioral intention - hasrat perlakuan Terima kasih | Cadangan terjemehan bagi frasa yang diberikan ialah: 1) perceived usefulness - kebergunaan anggapan 2) perceived ease of use - kemudahan penggunaan yang diamati 3) behavioral intention - niat perlakuan | Makna | 16.02.2022 |
Sila terjemahkan beberapa istilah berkaitan dengan teori dan model kesihatan 1. Self determination theory 2. cues to action 3. perceived susceptibility 4. perceived severity Terima kasih di atas bantuan yang diberikan | Untuk makluman, tiada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk perkataan yang diberikan. Walau bagaimanapun, kami akan berikan istilah bahasa Melayu untuk istilah bahasa Inggeris seperti yang berikut: 1. self determination - penentuan diri/penentuan nasib diri/penentuan masa depan 2. cues - isyarat/tanda 3. perceived - anggapan/tanggapan 4. susceptibility - kerentanan 5. severity - keamatan/keparahan/keterukan/ketenatan | Istilah | 21.08.2014 |
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Saya ingin bertanya dan membuat pengesahan berkenaan terjemahan perkataan berikut; 1) perceived usefulness - persepsi kebolehgunaan 2) perceived ease of use - persepsi kemudahgunaan 3) behavioral intention - hasrat perlakuan Terima kasih | Cadangan terjemehan bagi frasa yang diberikan ialah: 1) perceived usefulness - kebergunaan anggapan 2) perceived ease of use - kemudahan penggunaan yang diamati 3) behavioral intention - niat perlakuan | Makna | 22.10.2021 |
Assalamualaikum, Mohon bantuan pihak DBP untuk mencari istilah yang sesuai bagi Perceived Behavioural Control. Sekian Terima Kasih | Assalamualaikum, Mohon bantuan pihak DBP untuk mencari istilah yang sesuai bagi Perceived Behavioural Control. Tiada padanan istilah ini dalam pangkalan data DBP. DBP mencadangkan padanan "Kawalan Perilaku Anggapan" berdasarkan Ajzen (1988) mendefinisikan Perceived Behavioral Control (PBC) sebagai berikut : “this factor refresh to the perceived ease or difficulty peforming the behavior and it assume to reflect past experience as well as anticipates impediment and obstacles”. Amat perlu untuk puan menyatakan bidang yang menggunakan frasa ini agar padanan yang diberikan oleh DBP menepati konsep bidang yang puan perlukan. | Lain-lain | 02.01.2014 |
Mohon bantuan untuk terjemahkan ayat seperti berikut:- Perceived Behavioral Control (PBC) refers to the perceived ease or difficulty of performing the behavior and it is assumed to reflect past experience as well as anticipated impediments and obstacles. | Pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan bahasa, pihak kami hanya menyemak dari segi bahasa yang betul atau tidak. Jika tuan/puan memerlukan perkhidmatan ini boleh hubungi pihak Persatuan Terjemah Malaysia. Sekian terima kasih | Lain-lain | 20.07.2017 |
Apakah istilah yang paling tepat untuk "Perceived Physical Literacy Instrument"? Adakah "Instrumen Tanggapan Literasi Fizikal" atau "Instrumen Anggapan Literasi Fizikal" atau "Instrumen Pengamatan Literasi Fizikal?". Contoh instrumen dilampirkan dalam fail di bawah. | Padanan bahasa Melayu untuk "Perceived Physical literacy Instrument" ialah Instrumen Anggapan Literasi Fizikal. | Makna | 24.10.2022 |
Apakah terjemahan yang sesuai bagi subjective memory complaint dan self-perceived memory problems dalam ayat ini? "The term memory complaint (MC), usually called a subjective memory complaint, is generally used to refer to a report of self-perceived memory problems..." | Untuk makluman tuan/puan, DBP tidak menyediakan khidmat penterjemahan. Bagi mendapatkan khidmat penterjemahan, tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel: terjemah1@gmail.com dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-41451942 atau e-mel: info@itbm.com.my. | Lain-lain | 28.05.2025 |
Saya mohon pencerahan untuk terjemah "rating of perceived exertion" yang membawa maksud "a subjective measure used to assess an individual perception of how hard they feel they are working during physical activity or exercise", adakah sesuai jika saya terjemah kepada "penilaian upaya yang dirasai"? | Padanan perkataan “rating of perceived exertion” ialah penilaian kekuatan kendiri atau penilaian tenaga kendiri bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Makna | 18.07.2023 |