Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ci/] | ڤرچيق

Definisi : titik-titik air dll yg berserak-serak ke sana sini (setelah air terhempas ke batu dll), recik, renjis; berpercikan berhamburan, bersemburan, bertaburan ke sana sini (bkn benda cair spt air dll): air hujan dr bumbung rumah mencurah jatuh menimpa batu dan ~; memercik menghambur ke sana sini (utk titik air dll): kereta itu berjalan dgn laju menempuh air menyebabkan air itu ~ ke kaki lima; ombak menghempas ke batu dan air laut ~ ke udara; memerciki menaburkan titik-titik air kpd, merenjisi: baju yg hendak diseterikanya itu dipercikinya dgn air; memercikkan menyebabkan berpercikan (air dll), merenjiskan: seorang lepas seorang ~ air mawar pd kedua-dua pengantin yg sedang bersanding; kain yg dipercikkan dgn air emas kain yg disulam dgn air emas; terpercik 1. kena percik (air dll): tepuk air di dulang ~ muka sendiri juga; 2. memercik, keluar menghambur: air di dlm bekas itu ~ bajunya; percikan 1. sesuatu yg memercik (air dll), renjisan: sudah nampak ~ air dan budak-budak berenang dan menyelam; luka matanya kerana termasuk ~ karat; 2. fikiran (perasaan, sinar, dll) yg tiba-tiba timbul atau memancar: beberapa ~ telah terbit dlm fikirannya; kelihatan ~ cahaya matahari menyuluh langit berpinar-pinar; pemercik alat yg digunakan utk memercik­kan air dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ci/] | ڤرچيق

Definisi : titik-titik air yg berhamburan ke sana ke mari; recik. memercik berhamburan merata-rata (bkn air dll): Apabila kereta lalu, air di jalan itu ~ pd pakaian kami. memerciki memercik pd: Bajunya basah kerana diperciki air. memercikkan menyebabkan sesuatu memercik; merenjiskan (sesuatu): Dia ~ air mawar ke bajunya. terpercik terkena air dll yg memercik: Menepuk air di dulang, ~ ke muka sendiri. percikan 1 sesuatu yg memercik (air dll): ~ air itu membasahi bajunya. 2 ki sesuatu yg dihasilkan dgn berpandukan buah fikiran orang lain: Dikatakan bahawa fikiran-fikiran Al-Maturidi sebenarnya merupakan ~ buah fikiran Abu Hanifah. pemercik alat yg digunakan utk memercikkan air dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
percik
Kata Terbitan : berpercikan, memercik, memerciki, memercikkan, terpercik, percikan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Maaf tuan, sayapun fikir begitu, tapi ada soalan utk sekolah rendah mcm tu... pilihannya antara percik atau cebis.Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat dan Tatabahasa, perkataan tersebut sudah boleh memberi makna tanpa penjodoh bilangan. Jika hal ini berkaitan dengan peperiksaan, saudara perlu merujuk Majlis Peperiksaan Malaysia.Tatabahasa25.02.2013

Kembali ke atas