mana satu penggunaan yang betul: Dasar percukaian negara atau dasar cukai negara | Frasa yang betul ialah Dasar Percukaian Negara. | Tatabahasa | 09.02.2012 |
Pohon terjemahan yang tepat bagi penggunaan perkataan "foreign leaver". Sekiranya perkataan ini hendak digunakan dalam konsep percukaian, apakah terjemahan bahasa melayu yang boleh digunakan. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "foreign leaver" dalam pangkalan data istilah DBP. Sila berikan konsep atau maksud istilah tersebut sekiranya puan memerlukan cadangan bahasa Melayu daripada pihak kami. | Istilah | 06.02.2015 |
terjemahan untuk "arm's length deal" | Untuk makluman, istilah "arm's length deal" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun terdapat istilah "arm's length" yang padanan bahasa Melayunya ialah selengan (bidang Ekonomi) dan tulus (bidang Percukaian). Contohnya: arm's length bargaining - rundingan selengan, arm's length transaction - urus niaga tulus). Istilah untuk "deal " pula ialah rundingan atau urus niaga. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah rundingan selengan atau rundingan tulus. | Istilah | 22.01.2013 |