| Mana satu yang betul untuk diletakkan di poster: 1) Masuk adalah percuma 2) Masuk percuma 3) Kemasukan percuma Ini adalah bagi konteks, masuk menonton sesebuah persembahan. | Jawapan yang betul ialah "Masuk percuma". | Lain-lain | 03.07.2022 |
| GEMPAK BOLA PILIH & DAPATKAN TV PERCUMA DAPATKAN TV PERCUMA SEKIRANYA ANDA MEMILIH PASUKAN YANG MENANG TERTAKLUK PADA TERMA & SYARAT | Gempak Bola, Pilih dan Dapatkan TV Percuma Dapatkan TV percuma jika pasukan yang anda pilih menang. Tertakluk pada terma dan syarat. | Tatabahasa | 17.05.2014 |
| yang manakah betul? barang percuma atau barangan percuma? | Frasa yang betul ialah barangan percuma. | Tatabahasa | 25.07.2013 |
| 1. a) Masuk adalah percuma b) Masuk percuma c) Hukuman yang menanti adalah maut d) Hukuman yang menanti ialah maut Yang manakah ayat yang betul. 2. Di sesetengah jalan raya ada dibuat lorong khas untuk motosikal dan basikal. Perkataan yang digunakan ialah "lorong sikal". Adakah betul penggunaannya. 3. Tolong berikan ayat contoh penggunaan 'ia' | 1. a) Masuk adalah percuma b) Masuk percuma - kedua-dua ungkapan ini betul, perkataan adalah dalam ungkapan pertama menunjukkan unsur penegasan dalam ungkapan tersebut. Hukuman yang menanti ialah maut - ayat ini yang betul. 2. Istilah laluan sikal (bukan lorong sikal) ada digunakan sebagai padanan bikeway dalam bidang Kejuruteraan Automatif. 3. Ia - kata ganti nama diri ketiga; atau dia: contoh ayat, ia bercita-cita hendak menjadi doktor. | Tatabahasa | 28.05.2010 |
| Yang manakah betul? "ialah percuma" atau "adalah percuma". Minta penjelasan, terima kasih. | Kata pemeri “ialah” hadir di hadapan kata nama dan frasa nama. Kata pemeri “adalah” pula hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Manakala, perkataan “percuma” merupakan kata adjektif. Oleh itu, frasa yang betul merupakan “adalah percuma”. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 263 dan 264. | Tatabahasa | 22.09.2025 |
| Salam sejahtera, pilihan ayat yang mana satukah lebih tepat untuk digunakan? a) Langganan Percuma, e-Paper selama setahun; b) Percuma langganan e-Paper selama setahun Terima kasih. | Frasa yang betul, "Langganan e-Paper percuma selama setahun" atau "Percuma, Langganan e-Paper selama setahun". | Penyemakan dan penterjemahan | 18.09.2015 |
| Salam. Kalau nak tulis menghantar orang ke sesuatu tempat secara percuma - penghantaran atau pengangkutan percuma ? | Kedua-duanya betul, penghantaran dan pengangkutan seperti contoh "penghantaran pulang pelajar" dan "pengangkutan percuma disediakan kepada pelajar" bergantung pada konteks ayat yang digunakan. | Makna | 02.06.2021 |
| sehingga RM90 kredit percuma | kredit percuma sehingga RM90 | Lain-lain | 28.07.2008 |
| Salam sejahtera, Bolehkah "Free Shred Day" diterjemahkan sebagai "Hari Cincang Kertas Percuma"? Ini merupakan hari yang disambut oleh Amerika Syarikat supaya rakyatnya boleh mencincang kertas dengan percuma di sesebuah lokasi yang terpilih. Jika terjemahan tidak sesuai, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Sumber: https://www.westerndisposal.com/blog/shred-days-announced/ Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih. | "Free Shred Day" lebih sesuai diterjemahkan sebagai "Hari Mencincang Kertas". Walaupun perkataan "free" membawa maksud percuma, namun dalam konteks ini, perkataan percuma digugurkan kerana Hari Mencincang Kertas sudah cukup untuk membawa maksud hari mencincang kertas secara percuma. Sekian. Terima kasih. | Makna | 14.01.2018 |
| ternestnal (saluran percuma) | saluran/stesen tak berbayar | Istilah | 06.03.2012 |