Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perdagangan an­tara­bangsa yg tidak dikenakan sebarang se­katan spt kuota atau tarif terhadap barang import dr sesebuah negara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perdagangan antarabangsa yg barangan import dr sesebuah negara tidak dikenakan sebarang sekatan, spt kuota atau tarif. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perdagangan bebas


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagi perjanjian perdagangan bebas, istilah bagi perolehan Kerajaan yang perlu dibuka dalam kalangan negara dalam perjanjian perdagangan bebas tersebut adalah çovered procurement. Istilah pada masa ini di dalam tatacara berkuat kuasa adalah perolehan tertakluk. Apa isitlah yang sesuai untuk digunakan bagi covered procurement dalam Bahasa Melayu, untuk dijadikan sebagai istilah di dalam Peraturan yang sedang dirangka bagi RUU Perolehan KerajaanCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah covered procurement ialah perolehan tertakluk. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.Istilah05.11.2025
Pertanyaan mengenai perjemahan perkataan 1) 'Prominence' dalam bahasa melayu. Ayat dalam B.Inggeris: " Globalisation and free free trade has gained prominence over the past decades" Ayat dalam B.Melayu : 2) Perjemahan 'Worst Case Scenario' dalam B.Melayu

 

     Terjemahan Prominence dalam bahasa Melayu bagi ayat yang dinyatakan ialah menyemarakkan
1. Globalisasi dan perdagangan bebas telah menyemarakkan keuntungan lebih dari sedekad.
2. Worst Case Scenario- kejadian paling buruk 
      

Istilah24.09.2018
maksud persatuan , pusat konvensyen , pusat persidangan , perancang mesyuarat korporat , perancang mesyuarat bebas , tour operator , pameran perdagangan dan eksposisi ,penaja pameran perdagangan dan kontarktor perkhidmatan dalam maksud pelanconganMaksud persatuan ialah 1. gabungan, ikatan, kumpulan: anggota jawatankuasa P~ Penulis Nasional ialah sepuluh orang; P~ Bola Sepak Malaysia; 2. perikatan, syarikat: setiausaha ~ kastam; 3. perihal bersatu: ~ urat pd tangan dgn urat pd mata. Konvensyen ialah 1. persidangan ahli-ahli pertubuhan politik (perniagaan dll) utk membincangkan sesuatu perkara: beberapa perkara mengenai rangka perlembagaan itu akan dibincangkan dlm ~ yg akan diadakan; 2. perjanjian antarabangsa (antara negara, pemerintah, dsb). Maklumat selanjutnya, Saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna11.02.2007

Kembali ke atas