| Penggunaan perkataan perekodan: ... diserahkan kepadanya untuk tujuan perekodan data. | Perekodan bermaksud perbuatan atau hal merekodkan sesuatu, data dan sebagainya. Oleh itu frasa tersebut di atas, iaitu "untuk tujuan perekodan data" boleh digunakan. | Tatabahasa | 22.03.2010 |
| Adakah perkataan "perekodan" boleh digunakan dalam penulisan rasmi/buku? | Terdapat perkataan "perekodan" dalam bahasa Melayu dan perkataan tersebut boleh digunakan untuk tujuan rasmi. | Ejaan | 14.07.2022 |
| Salam..saya mohon sedikit maklumat. Saya ingin tahu sama ada wujud atau tidak "pengaksesan ", pengrokodan" & " perekodan " dalam bM. jika ada mohon dberi contoh penggunaan perkataan tersebut & bagaima perkataan tersebut dibentuk. Tqvm | Perkataan pengaksesan ada ditemukan dalam data korpus dan lazimnya digunakan dalam bidang Teknologi Maklumat, perkataan perekodan banyak ditemukan dalam kamus dan buku istilah, namun tidak ada maklumat untuk kata pengrokodan. | Tatabahasa | 09.03.2015 |
| adakah alamat saya penting untuk sebarang penggunaan laman web ini | Alamat tidak wajib diisi kecuali nama dan e-mel tuan untuk tujuan perekodan dan pengesahan diri serta memudahkan pihak kami untuk menghubungi pihak tuan sekiranya ada sebarang persoalan. | Lain-lain | 05.01.2011 |
| Pihak DBP ada bahan bentuk PDF untuk kami unit PSS letak dalam Rak Maya sekolah tak? Kalau ada bahan dalam bentuk PDF, saya nak. Untuk urusan perekodan bacaan Nilam | Salam, Bahan Penerbitan DBP dalam bentuk PDF Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk Dimaklumkan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka telah melancarkan pelantar digital yang mengandungi Sohor Kini, Majalah (e-majalah DBP), E-Buku (PDF Koleksi Nadir, E-PUB dan i-Buku DBP), Pemasaran (medium jualan buku DBP secara maya) dan TV/Radio Digital DBP. Sehubungan dengan itu, untuk maklumat lanjut sila layari: https://jendeladbp.my/ Sekian, Terima kasih. | Lain-lain | 10.12.2021 |
| Pelan bangunan yang disediakan oleh pihak kami masih belum mendapat kelulusan. | Ayat yang betul ialah Pelan bangunan yang kami sediakan masih belum mendapat kelulusan. Saudara dikehendaki menjelaskan soalan untuk tujuan perekodan kami. | Lain-lain | 20.11.2011 |
| Calon yang dilantik kedalam perkhidmatan awan perlu pengeluaran surat pengesahan dalam lantikan setelah berjaya. Adakah boleh Surat Pengesahan Pelantikan tidak perlu di tandatangani oleh mana-mana pegawai hanya sekadar perkataan cetakan berkomputer. Adakah istilah Pengesahan tersebut valid. | Lazimnya sebarang surat rasmi apatah lagi yang melibatkan pelantikan atau pengesahan jawatan memerlukan surat pelantikan khusus yang ditandatangani oleh pegawai yang bertanggungjawab untuk tujuan perekodan. Walau bagaimanapun sila rujuk pihak pentadbiran dalam hal ehwal perjawatan di organisasi puan untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 29.01.2010 |
| 1) Setiap hari perkataan pinjaman dari pelbagai bahasa (terutamanya B.Inggeris) masuk ke dalam kosa kata B.Melayu melalui media. Adakah DBP mempunyai perancangan untuk mengutip dan merekod perkataan-perkataan tersebut untuk kegunaan ramai contohnya spt Kamus Oxford (http://www.oed.com/news/updates/newwords0806.html) yang mempunyai kemaskini perkataan baru setiap bulan. 2) Sekiranya tiada perancangan spt (1), kenapa dan apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh DBP untuk mengadakan laman web perkataan TERKINI dlm B.Melayu seperti yang dilakukan oleh Oxford Dictionary? 3) Bahasa merupakan sesuatu yang hidup dan bergerak dengan sendirinya, terutamanya bidang kosa kata. Apakah polisi DBP berkenaan perkataan2 pinjaman yang baru yang wujud secara spontan terutamanya di media massa? | Kerja-kerja perekodan perkataan sama ada perkataan pinjaman ataupun perkataan bahasa Melayu jati dilaksanakan melalui pengumpulan data melalui data korpus oleh Bahagian Perkamusan. Perkataan-perkataan yang terkumpul dalam data korpus tersebut akan dikaji dan dinilai kesesuaiannya sebelum dirakamkan di dalam kamus. Hal ini sama juga dengan perkataan pinjaman yang baharu yang wujud secara spontan di media massa. Lazimnya perkataan pinjaman yang terdapat padanan kata dalam bahasa Melayu bagi perkataan tersebut dan sudah mantap penggunaannya maka kata dalam bahasa Melayu disyorkan digunakan. | Lain-lain | 14.07.2008 |