Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
perempuan (kata nama)
1. Bersinonim dengan wanita: kaum Hawa, kaum ibu, nisa, empuan, awewe, wadon, betina,
Berantonim dengan lelaki

2. Bersinonim dengan isteri: bini, orang rumah, suri rumah, paduri,
Berantonim dengan suami

Kata Terbitan : keperempuanan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa perbezaan antara perkataan pelacur dengan perempuan sundal? Sila jelaskan. Terima Kasih.Pelacur sama maksudnya dengan perempuan sundal, iaitu perempuan yang melacurkan diri.Makna07.03.2014
Wujudkah perkataan 'perleceh' yang bermaksud merendah-rendahkan atau mempersia-siakan? Terima kasih.Dalam Kamus Dewan Edsisi Keempat, leceh (lécéh)  ialah; 1. meleleh dan melekat pada tempat yang dilaluinya (seperti lilin yangg cair dll); 2. ki kurang nilai (harga, mutu, dsb), tidak berguna, hina: memang engkau ~, apa yang engkau hendak, engkau sendiri tidak tahu; ~ budi tidak berbudi; perempuan ~ perempuan sundal; 3. ki cerewet lagi remeh (pekerjaan dll), lambat, lengah, rumit: pekerjaan yang ~; meleceh mengampu (ketua, majikan), bermuka­-muka (dengan ketua dll); melecehkan tidak menghiraukan, meman­dang rendah (hina dll); perlecehan perihal hina; peleceh orang yang suka mengampu atau bermuka-muka (dengan ketua dll).Tatabahasa10.09.2013
Perkataan "lacur" dalam tafsiran/terjemahan DBP banyak dikhususkan kepada perbuatan kurang bermoral iaitu menjual maruah bagi seorang perempuan. Bolehkah perkataan "lacur" itu digunakan kepada penjualanbarang2 lain selain maruah, seperti saya katakan, "seorang penjual bunga telah melacurkan bunganya di tepi jalan"?Mengikut Kamus DEwan Edisi Keempat, halaman 864, perkataan lacur bermaksud 1. tidak jadi, gagal, malang,sial.2. buruk laku, sundal. Oleh yang demikian perkataan ini tidak sesuai digunakan dalam konteks melacurkan bunga. Makna02.05.2008

Kembali ke atas