Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata performance


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Minta jasa baik anda untuk mengubah perkataan ini kepada istilah Bahasa Melayu: 1. "Learning Goal" 2. "Mastery Goal" 3. "Performance Approach Goal" 4. "Performance Avoidance Goal"

Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah:

1. Learning Goal - Matlamat Pembelajaran
2. Mastery Goal -  Matlamat Penguasaan
3. Performance Approach Goal - Matlamat Pendekatan Prestasi
4. Performance Avoidance Goal - Matlamat Pengelakan Prestasi

Istilah12.12.2015
Corporate Performance (nama jabatan)Tidak ada padanan bagi frasa Corporate Performance dalam pangkalan data kami. Kata performance paling banyak diterjemahkan sebagai prestasi dan cadangan kami untuk frasa tersebut ialah "Prestasi Korporat".Istilah06.06.2011
Apakah translasi "performance" yang sesuai dalam BM?Ada pelbagai terjemahan melalui perkataan "performance" mengikut konteks.  Sila kemukakan keseluruhan ayat menggunakan perkataan tersebut atau berikan konteks yang hendak disampaikan.

Terima kasih.
Makna27.10.2019
Istilah tepat bagi Performance Index Paper (PIP) dalam bidang perbankan. Terima KasihIstilah dalam bahasa Melayu bagi perkataan Performance Index Paper (PIP) ialah Kertas Indeks Prestasi.Istilah06.10.2020
Apakah cadangan terjemahan yang tepat untuk ayat di bawah? Performance that you have come to expect. Terima kasihTerjemahan yang betul bagi ayat Performance that you have come to expect ialah Prestasi  yang anda jangkakanMakna06.03.2017
Mengapakah bahagian tesaurus PRPM menyatakan prestasi berasal daripada bahasa Inggeris iaitu performance? Bukankah prestasi berasal daripada perkataan bahasa Belanda iaitu prestatie?Untuk makluman, prestasi dipinjamkan daripada perkataan performance dan bukannya daripada prestatie. Sehubungan dengan itu, bahasa Inggeris dinyatakan sebagai sumber pinjaman dalam PRPM.Lain-lain18.01.2018
Apakah pilihan perkataan yang lebih baik untuk 'anggota kerja bermasalah" dan terjemahan kepada 'Performance Recovery'Salam sejahtera,

Perkataan yang dicadangkan ialah pekerja bermasalah.

Padanan performance recovery: pemulihan prestasi


Sekian, terima kasih.
Lain-lain03.04.2019
Adakah penggunaan terma prestasi kerja adaptif atau prestasi kerja ubah suai yang lebih sesuai untuk merujuk kepada istilah "adaptive performance" dalam konteks prestasi kerja?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah adaptive performance ialah prestasi adaptif/prestasi mudah suai. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.Istilah17.11.2025
Sime Darby Auto Performance dengan bangganya mengalu-alukan kedatangan anda ke Porsche Centre 3S yang terbesar di Malaysia. Lokasi strategik yang terletak berhampiran dengan pusat perdagangan Kuala Lumpur, Porsche Centre Sungai Besi terbaru mudah dihubungi melalui rangkaian lebuhraya utama. Bangunan ikonik ini tersergam megah di pusat Kuala Lumpur, dilengkapi dengan peralatan yang terkini, kemewahan Porsche Centre Sungai Besi jelas mencerminkan gaya Porsche. Porsche Centre Sungai Besi terbaru mengalukan anda dipersonakan di dalam dunia Porsche. Kunjungi kami hari ini untuk mengalami 911 Targa 4S dan rangkaian Cayenne baharu di Porsche Centre Sungai Besi.Sime Darby Auto Performance dengan bangganya mengalu-alukan kedatangan anda ke Porsche Centre 3S yang terbesar di Malaysia. Lokasi strategik yang terletak berhampiran dengan pusat perdagangan Kuala Lumpur. Porsche Centre Sungai Besi terbaru mudah dihubungi melalui rangkaian lebuh raya utama. Bangunan ikonik ini tersergam megah di bnandar raya Kuala Lumpur dan dilengkapi dengan peralatan yang terkini. Kemewahan Porsche Centre Sungai Besi jelas mencerminkan gaya Porsche. Porsche Centre Sungai Besi terbaru mengalu-alukan kedatangan anda ke dunia Porsche. Kunjungi kami hari ini untuk mengalami 911 Targa 4S dan rangkaian Cayenne baharu di Porsche Centre Sungai Besi.Tatabahasa01.06.2015
Saya ingin mendapatkan terjemahan untuk yang berikut. 1) Key Performance Indicators 2) Soft skills Terima kasih.1.Penunjuk prestasi utama 2. Kemahiran asas (berdasarkan konteks)Makna26.07.2007
123

Kembali ke atas