apa maksud 'persekutuan'? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud persekutuan ialah pergabungan (persatuan dll) utk kepentingan bersama ahli-ahli. Untuk keterangan lanjut dan untuk mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 30.03.2009 |
apakah maksud integrasi,transformasi,persepsi,stereotiep,survivor....saya perlukan sekarang juga tolong.............. | Integrasi bermaksud penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum (unsur,, bahagian,dll)menjadi satu kesatuan. Transformasi bermaksud perubahan bentuk(sifat,rupa, keadaan dll) Persepsi bermaksud gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran, tanggapan. Stereotaip bermaksud tidak mengandungi atau menunjukkan ciri-ciri yang baru atau asli. Survivor bermaksud yang terselamat. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Inggeris Melayu Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Makna | 28.01.2008 |
saya ingin bertanya tentang perkataan intergrasi. adakah perkataan tersebut wujud? yang saya tahu hanya integrasi. terima kasih | Ejaan yang betul ialah integrasi yang bermaksud penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian, dan lain-lain menjadi satu kesatuan. | Ejaan | 26.11.2014 |
Maaf, kerana masih tidak berapa faham tentang jawapan yang diberikan. Adakah contoh yang diberi, iaitu 'kaubacalah buku ini' merupakan ayat pasif atau ayat aktif? Apakah yang dimaksudkan dengan kata kerja pasif? Jika pergabungan 'kau' dan 'ku' di hadapan perkataan hanya dibenarkan dalam kata kerja pasif, adakah contoh-contoh berkenaan betul? Kaudatang dari mana? Masa kaukeluar, kau gembira dan tersenyum saja, tapi balik dalam keadaan begini! Kuberitahu dia. Kenapa kaubiarkan dia sendiri ke sana? Berkenaan dengan soalan tentang penggunaan tanda baca soal dan tanda seru, adakah kedua-duanya boleh digunakan sekali? Hal ini kerana penggunaannya seperti contoh (“Apa?! Seminggu?! Berapa hari dalam seminggu?!" Ayahnya meradang tanpa alasan.) kerap kali dijumpai dalam cerpen dan artikel Melayu. (penggunaan tentang tanda baca tidak dibincangkan dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.) Soalan ketiga, iaitu adakah 'disebabkan' perlu diikuti dengan 'oleh'? (tidak diberikan definisi dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga). Yang dijelaskan, hanyalah tentang penggunaan 'oleh sebab'. Terima kasih. | Sila susun soalan yang hendak dikemukakan supaya dapat dijawab satu per satu, terutama masalah yang ingin dibincangkan. Kebanyakan contoh ayat yang diberikan ialah ayat dalam novel yang merupakan cakap ajuk. Buku Tatabahasa Dewan hanyalah salah satu daripada rujukan buku tatabahasa, saudara perlu merujuk buku-buku tatabahasa yang lain atau pusat bahasa di IPTA/IPTS. | Lain-lain | 08.07.2010 |
Selamat sejahtera. Saya ada beberapa kemusykilan mengenai tatabahasa Melayu. Yang pertama: Bolehkah kata ganti nama diri 'kau' diletakkan di awal dan akhir perkataan seperti 'kaudengar', 'kaulihat', atau 'bukukau'? Bolehkah ia bergabung sekali dengan perkataan seperti contoh-contoh yang dinyatakan? Bagaimana pula dengan kata ganti nama diri 'ku'? Terdapatkah peraturan yang menetapkan pergabungan kata ganti nama diri 'kau' dan 'ku' dengan suatu perkataan, misalnya dalam ayat aktif atau pasif? Yang kedua, bolehkah tanda soal dan tanda seru digunakan sekali? Contohnya, “Apa?! Seminggu?! Berapa hari dalam seminggu?!" Ayahnya meradang tanpa alasan. Yang ketiga, mestikah perkataan 'disebabkan' diikuti dengan kata sendi nama 'oleh'? Hal ini kerana kata sendi nama 'oleh' perlu hadir sebelum 'sebab' untuk menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab. Diharapkan tuan/puan dapat membantu menjawab persoalan-persoalan ini. Terima kasih daun keladi. | Kata ganti nama diri kau ialah kependekan engkau, digunakan sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif maka itu ditulis bercantum contohnya: kaubacalah buku ini. Kata ganti nama diri ku ialah kependekan aku dan digunakan juga sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif atau kata yang mendahuluinya, contohnya kulihat, kudengar, rumahku, menemaniku dan lain-lain. Bagi kata ganti nama diri mu pula (kependekan kamu), digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata yang mendahuluinya, contohnya kepadamu, bukumu, menyayangimu dan lain-lain. Tanda seru dalam ayat ditulis pada akhir ayat, contohnya "Wah, cantiknya rumah itu!" Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk mengetahui masalah tatabahasa dengan lebih lanjut dan terperinci. | Tatabahasa | 28.06.2010 |
Salam tuan, Saya mohon pencerahan maksud istilah Technology Convergence dalam Bahasa Malaysia. Contoh ayat adalah seperti berikut: "Technology convergence refers to the process by which different technologies, previously separate and distinct, come together to perform similar or related functions." Terima kasih. | Padanan bagi istilah technology convergence dalam bahasa Melayu ialah pergabungan teknologi. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 18.03.2024 |
Adakah perkataan ' kongsi' di iktiraf olih DBP? Perkataan ini dipakai dengan luas. | Soalan yang dikemukakan tidak jelas. Sila nyatakan dalam konteks/bidang apakah kata ini digunakan bagi membolehkan pihak kami membuat rujukan. Untuk makluman saudara, mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat Definisi Kongsi: 1. persekutuan (pergabungan) yg mengandungi dua orang atau lebih yg bekerjasama (dlm sesuatu usaha dsb); rumah ~ rumah perkumpulan (pekerja-pekerja dll); 2. persekutuan pedagang-pedagang syarikat: baru-baru ini, satu ~ Cina telah membuka kedai di situ; ~ gelap perkumpulan sulit (utk maksud atau kegiatan jahat); ~ hidup teman hidup (suami atau isteri seseorang); berkongsi 1. bersekutu (bergabung) dlm sesuatu kegiatan (spt berniaga dll), bersama-sama (membayar, menggunakan, menduduki, dll): ketiga-tiganya ~ berniaga dgn sama-sama menanggung perbelanjaan dan membahagikan keuntungan; mereka ~ mendiami rumah itu; para dermawan yg sudi ~ derita dgn mereka yg memerlukan; 2. berkomplot, bersepakat: hamba menyangka tuan hamba ~ dgn lanun Panglima Tujuh; ~ hidup hidup bersama-sama (sbg suami isteri); mengongsi menggunakan (menduduki dll) bersama-sama: pelita yg sebuah itu dikongsi mereka ketika belajar; kongsian ark sj cukai yg dikenakan ke atas penduduk tanah persendirian; perkongsian 1. syarikat perniagaan yg dijalankan secara berkongsi oleh dua orang atau lebih sbg rakan niaga: sebahagian drpd perusahaan bijih timah dimiliki oleh ~; 2. = ~ hidup perihal hidup bersama-sama (sbg suami isteri): ada orang yg membuat fitnah supaya ~ hidup mereka menjadi porak-peranda; pekongsi individu atau kumpulan yg berkongsi. Perkataan kongsi boleh menerbitkan beberapa perkataan yang lain seperti berkongsi, mengongsi dan perkongsian. Mengongsi bermaksud menggunakan atau menduduki bersama-sama. Untuk keterangan lanjut, saudara boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Tatabahasa | 09.05.2018 |
Apa maksud perkataan amalgamasi? | Tiada kata amalgamasi dalam pangkalan data kamus dan istilah DBP. Terdapat kata amalgam dan kata terbitannya terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) seperti yang berikut: amalgam Kimia kata nama aloi merkuri dengan satu logam lain atau lebih yang digunakan untuk membuat cermin, menampal gigi dan lain-lain. amalgam zink amalgam dan zink yang digunakan dalam bateri elektrik. beramalgam kata kerja tak transitif 1 (berkenaan logam) bercampur atau bergabung dengan merkuri; 2 (berkenaan gigi) bertampal dengan amalgam. mengamalgamkan kata kerja transitif [psf: diamalgamkan, amalgamkan] mencampurkan atau menggabungkan (logam) dengan amalgam. Contoh penggunaan: Lembar zink dalam bateri diamalgamkan untuk mengurangkan kelarutan ketika bateri tidak digunakan. teramalgam kata kerja tak transitif diamalgamkan: Contoh penggunaan: Seperti aluminium, logam berilium agak tahan terhadap asid kecuali jika logam itu teramalgam. pengamalgaman kata nama hal atau proses mengaloikan merkuri dengan logam lain. Terdapat padanan bagi kata amalgamation (bahasa Inggeris) n 1. act of, a. (combining) penggabungan, penyatuan: the ~ of the two oil giants, penggabungan dua syarikat raksasa minyak; b. (combining with mercury) pengamalgaman; 2. result of blending metals, amalgam: bronze is an ~ of copper and tin, gangsa ialah amalgam kuprum dengan timah; 3. merger, pergabungan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan) Untuk mencari maklumat berkaitan kata bahasa Melayu, sila layari Pusat Rujukan Persuratan Melayu di https://prpm.dbp.gov.my. | Makna | 24.09.2023 |