Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.gi.gian] | ڤرݢيݢين

Definisi : perihal gigi: formula ~ binatang mengerip; Penolong Pengarah Perkhidmatan Perubatan Bahagian P~; Fakulti P~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.gi.gian] | ڤرݢيݢين

Definisi : hal-hal mengenai gigi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pergigian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Definisi bagi perkataan Jururawat PergigianJrurawat pergigian ialah orang yang bertugas membantu doktor gigi/merawat pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan pergigian.Makna07.05.2009
Terapist - jururawat pergigianterapiLain-lain25.03.2008
salam sejahtera..mana perkataan yang betul digunakan...Klinik Gigi Aina atau Klinik Pergigian Aina? terima kasih tuan..

Ayat yang betul ialah Klinik Pergigian Aina

Tatabahasa09.07.2011
Soalan ke-55,"Klinik Gigi" yang ditunjukkan pada 07/07/2007 Arkib Pantau Regur bahasa, diterangkan salah dan perkataan yang betul ialah "Klinik Pergigian". Namun, bahagian Arkib soalan (soalan 62) pengguna Web ini menjelaskan Klinik Gigi ialah perkataan yang betul. Ini telah menyebabkan kami keliru, kami amat menghargai penjelasan yang diterangkan oleh pihak DBP,tetapi kami amat harap pihak DBP menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan teliti supaya tidak menjadikan sebarang keliruan. Terima Kasih!Pergigian bermaksud hal-hal berkaitan gigi. Dalam penamaan premis biasanya menggunakan frasa yang ringkas dan mudah. Contohnya, Klinik Gigi, Klinik Mata, Klinik Kulit. Manakala pergigian biasanya digunakan sebagai contoh Fakulti Pergigian. Oleh itu, kedua-duanya boleh digunakan.Lain-lain20.06.2010
Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan "Adjung"? Adakah ianya satu perkataan di dalam bahasa Melayu ataupun frasa dalam bahasa English.. mohon bantuanPerkataan 'adjung' berasal daripada perkataan bahasa Inggeris 'adjunct'. walau bagaimanapun perkataan ini telah diterima dalam istilah bahasa Melayu mengikut bidang. Misalnya, dalam bidang farmasi, linguistik dan pergigian maksud bagi 'adjunct' ialah tambahan, adjung. Harap maklum.Istilah27.12.2006
Salam sejahtera. Apakah terjemahan bagi perkataan "beanbag" yang merupakan tempat duduk empuk yang seperti guni dan berbiji-biji di dalamnya? Terima kasihUntuk maklum, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk beanbag. Walau bagaimanapun, dalam pangkalan data DBP, terdapat istilah bean-bag dental chair yang padanan bahasa Melayunya ialah kerusi pergigian beg kekacang. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah kerusi beg kekacang atau tempat duduk beg kekacang.Istilah12.10.2012

Kembali ke atas