Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perginya

Peribahasa

Jika berpuluh-puluh kali batang beralih (= bertindih),
     cacing di bawah juga.

Bermaksud :

Walaupun orang besar-besar silih berganti datang dan perginya, namun rakyat tetap seperti itu juga.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Tuan, Kemanakah perginya rekod pertanyaan yang boleh kita rujuk dahulu? Sekarang saya dapati saya tidak dapat melihat rekod soalan-soalan yg pernah ditanya melalui ruang ini. Atau, bagaimanakah boleh saya merujuk kpd soalan-soalan lama yg dipernah ditanya seperti dahulu? SiblyUntuk makluman saudara, medan Arkib Soalan ditutup untuk paparan awam buat sementara waktu. Medan ini akan dibuka semula setelah kerja mengemas kini jawapan selesai dilaksanakan.Lain-lain16.08.2011
contoh ayat transformasi " ke pasar," Entah ke mana perginya Zilalah "macam mana dia nampaknya?" adakah ini ayat transformasi?

Ayat Transformasi yang telah mengalami perubahan aturannya sama ada melalui pengguguran, penyusunan semula atau peluasan unsur-unsur struktur dalaman ayat tersebut. Ayat ini dibincangkan dalam buku Tatabahasa Dewan, Bab 19: Proses Penerbitan Ayat. Sila rujuk halaman 531, buku Tatabahasa Dewan.

Tatabahasa26.05.2010
Dalam satu majlis yang melibatkan sultan atau istana. saya mendengar pengacara majlis menyebut ' kesudian tuanku bercemar duli ke majlis ni' Soalannya, manakah yang betul bercemar duli atau mencemar duli dalam konteks ayat di atas?Bercemar duli banyak digunakan dalam teks sastera lama yang sama maknanya dengan mencemar duli, iaitu sudi datang (perginya) - digunakan pada sultan atau raja. Kedua-dua frasa tersebut betul dan yang lazim digunakan kini ialah mencemar duli.Tatabahasa14.05.2010
adakah redha sama maksud dengan rela?

reda: (réda) bersedia dgn ikhlas hati (utk membuat sesuatu), rela: ada di dalamnya orang-orang yg ~ bersekutu bersama-sama sbg manusia;

rela: (réla) 1. dgn hati yg ikhlas (menerima dll), berkenan, bersedia, sudi: maka ~lah aku pergi mengikut dia ke mana perginya; 2. izin, persetujuan, perkenanan: anakanda datang kerana hendak meminta ~ ayahanda dan bonda; 3. memberikan (dgn ikhlas hati), melepaskan (menyerahkan dll) dgn senang hati: ia sudah ~ akan perbuatan isterinya itu; dgn ~ hati dgn senang atau suka hati: keizinan hendaklah diberikan dgn ~ hati, bukan dgn paksaan atau ugutan;
Makna03.11.2009

Kembali ke atas