"Kawasan pergunungan ini menjadi tarikan para pelancong pada setiap hujung minggu." atau "Kawasan pergunungan ini menjadi tumpuan para pelancong pada setiap hujung minggu." Perkataan manakah yang lebih sesuai, tumpuan atau tarikan? Mengapakah perkataan tersebut salah? | Ayat yang betul ialah "Kawasan pergunungan ini menjadi tumpuan para pelancong pada setiap hujung minggu." - tumpuan bermaksud pusat atau tempat bertumpu, manakala tarikan bermaksud daya (kekuatan untuk) menarik. | Tatabahasa | 26.03.2011 |
Bagi nama-nama gunung/pergunungan atau sepertinya, contohnya Blue Mountains, Green Mountains and Crazy Mountains di Amerika, perlukah diterjemah perkataan Blue, Green dan Crazy atau boleh saja diterjemah kepada Pergunungan Blue, Gunung Green dan Pergunungan Crazy? | Nama-nama bagi negara, negeri, daerah mahupun tempat adalah mengikut pengesahan yang telah diisytiharkan oleh badan-badan tertentu dalam satu-satu keadaan yang tertentu dalam masa-masa yang tertentu. Tidak ada panduan yang khusus untuk pengisytiharan satu-satu nama tersebut. Nama-nama ini hampir terkecuali daripada hukum-hukum dan pola bahasa dan penterjemahan. Nama tempat digolongkan dalam kata nama khas. Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada nama orang, tempat, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Justeru, kata nama khas yang merujuk nama tempat tersebut tidak perlu diterjemahkan kepada bahasa Inggeris. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.10.2019 |
penggunaan tatabahasa di dalam karya sastera terutamanya puisi, adakah pelanggaran tatabahasa dibenarkan? contohnya: Apa yang kau hidu-hidu, di ambang pintu itu? = 'kau' dan perbuatan 'hidu-hidu' sepatutnya rapat? Betapa kau di luar tadi, di jalan pergunungan, =penggunaan kata ganti nama kau (sepatutnya engkau) | Lecentia poetica, iaitu suatu keistemewaan bagi seorang penyair untuk menyimpang atau lari daripada aturan biasa penulisan. Tujuan lecentia poetica atau kebebasan penyair ini adalah untuk menghasilkan satu bentuk pengucapan yang baru daripada yang biasa dihasilkan oleh penyair lain. Walau bagaimanapun lecentia poetica lebih kepada gaya penulisan, manakala aspek tulisan masih perlu akur kepada pedoman ejaan yang ada. Oleh itu, ejaan yang betul ialah kauhidu ... dan kau di luar .... (kata sendi nama di tidak ditulis bersambung dengan huruf sebelum atau selepasnya). | Sastera | 13.09.2011 |
1) Apa maksud PENERAMA & PENEROMA? 2) Adakah perkataan- perkataan di atas wujud? sekia, terima kasih. | Kedua-dua istilah ini tidak terakam dalam mana-mana sumber rujukan kami ataupun Kamus Dewan. Yang ada ialah panorama yang ditakrif sebagai 1. pemandangan yg luas terbentang dan tidak terhalang atau terganggu: mata temannya merenungi ~ pergunungan Lompo Battang; 2. tinjauan yg menyeluruh atau komprehensif terhadap sesuatu perkara (keadaan, situasi dsb): ~ sejarah bahasa Arab selama 2000 tahun; 3. gambaran yg luas tentang suatu siri peristiwa yg sentiasa berubahubah: ~ perubahan manusia sejak beribu-ribu tahun. | Makna | 19.02.2009 |