Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ha.ti] | ڤرهاتي

Definisi : ; memerhatikan 1. mempedulikan, mengendahkan, menaruh minat (pd): ia tidak ~ sedikit pun kata-kata suaminya itu; 2. melihat (memandang, menengok) dgn teliti, mengamat-amati: ibunya sangat-sangat ~ kelakuannya; 3. mengawasi, men­jaga, memeriksai: tugas saya dlm Dewan ini adalah utk ~ bahawa setiap orang mendapat layanan yg sama; tuan tidak ~ segala saudagar yg tinggal dlm daerah tuan; perhatian hasil memerhatikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perhati


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera Tuan/Puan, Bolehkah Tuan/Puan nyatakan ayat manakah yang gramatis? A1) Perhati dan lakarkan bagaimana alur cahaya itu difokuskan. A2) Perhatikan dan lakarkan bagaimana alur cahaya itu difokuskan. A3) Perhati dan lakarkan alur cahaya yang difokuskan itu. A4) Perhati dan lakar alur cahaya yang difokuskan itu. A5) Perhati dan lakar bagaimana alur cahaya itu difokuskan. Soalan: Adakah tanggapan saya betul bahawa sebarang kata kerja transitif seperti "lakarkan" harus diikuti dengan penyambut dalam bentuk kata nama atau kata ganti nama diri pertama, kedua atau ketiga? Sekian, terima kasih CKAyat yang betul Perhati dan lakar bagaimana alur cahaya itu difokuskan. Pendapat saudara betul, kata kerja transitif mesti diikuti objek yang menjadi penyambutnya. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 183.Tatabahasa02.02.2012
saya ingin bertanya sekai lagi tentang memerhatikan dan memperhatikan... ap yang saya dapat memerhatikan berasal dari kata dasar perhati...apabila mendapat imbuhan meN-...-kan menjadi memerhatikan.saya sudah faham... tetapi, memperhatikan daripada pembacaan saya berasal dari kata dasar hati seterusnya memdapat imbuhan memper-...-kan untuk jadi memperhatikan. oleh itu, saya berpendapat perkataan memperhatikan tidak salah. apa yang berbeza adalah penggunaan perkataan tersebut dalam bentuk ayat yang berbeza. adakah betul hasil dapatan saya ini?memperhatikan ialah kata terbitan daripada kata dasar hati dan ditambah apitan memper_kan, manakala memerhati ialah kata terbitan daripada kata dasar perhati dan ditambah awalan me_kan,dan kedua-duanya membawa makna yang sama iaitu mengendahkan.Tatabahasa18.03.2008
Mohon pencerahan berhubung : 1. Perbezaan kata 'memerhatikan' dengan 'memperhatikan' dan cth penggunaan yang tepat. 2. penggunaan kata 'memakan', 'memakankan', dan 'makan'. Terima kasih

Jawapan 1

Mengikut takrifan Kamus Dewan Edisi Keempat memperhatikan sama maksud dengan memerhatikan.

Memperhatikan ialah kata terbitan daripada kata dasar hati dan ditambah apitan memper_kan, manakala memerhati ialah kata terbitan daripada kata dasar perhati dan ditambah awalan me_kan,dan kedua-duanya membawa makna yang sama, iaitu mengendahkan.

Penggunaan yang betul ialah “memerhatikan” yang bermaksud mempedulikan, mengendahkan, menaruh minat, mengawasi, atau menjaga. Kata “memperhatikan” tidak digunakan kerana awalan 'Memper -'  lazimnya digabungkan dengan kata nama (memper + alat = memperalat), kata adjektif (memper + besar = memperbesar), dan kata sendi (memper + oleh = memperoleh).

Contoh ayat ialah Pegawai polis sedang memerhatikan setiap pergerakan penjenayah itu semenjak minggu lepas.

 

Jawapan 2

Memakan

Perkataan memakan biasanya digunakan dalam menyampaikan maksud mengambil (contoh ayat, Proses baik pulih rumah itu memakan masa enam bulan), merosakkan, membinasakan, memusnahkan (contoh ayat, Anai-anai telah memakan tiang rumah usang itu), dan mematikan (contoph ayat, Dalam permainan dam aji, pemain yang dapat memakan lawannya yang paling banyak dinobatkan sebagai pemenang)

Memakankan

Perkataan memakankan mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat mempunyai dua maksud. Pertama, memasukkan benang pakan pada kain yang ditenun. Kedua, mengusahakan supaya sesuatu dimakan atau memakan untuk seseorang.

Makan

Perkataan makan digunakan untuk menyampaikan pelbagai maksud. Pertama, bermaksud memamah serta menelan makanan atau mengunyah sesuatu. Kedua, merujuk kepada rezeki (contoh ayat, Dia tidak dapat mencari makan hari ini kerana teksinya rosak). Ketiga, bermaksud menggunakan, menghabiskan atau memerlukan (contoh ayat, Projek membina jambatan itu makan belanja yang besar). Keempat, makan merujuk kepada melukai atau menembusi (contoh ayat, Tikaman kerisnya tidak makan). Kelima, bermaksud bekerja seperti yang dijangkakan (contoh ayat, Brek basikal itu tidak lagi makan). Keenam, bermaksud dapat masuk (contoh ayat, Paku itu hanya setengah inci masuk ke dalam papan. Ketujuh, bermaksud mengikut atau menerima (contoh ayat, Inilah jadinya kalau orang yang tidak makan nasihat). Kelapan, bermaksud menggelapi atau mengambil secara haram (contoh ayat, Pegawai perumahan itu kuat makan duit).

Makna25.02.2014

Kembali ke atas