Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perhatikan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cikgu Minah sedang perhatikan murid-muridnya bermain di padang. Adakah penggunaan perktaan " perhatikan" dalam ayat di atas boleh doterima?Penggunaan perkataan "perhatikan" dalam ayat "Cikgu Minah sedang perhatikan murid-muridnya bermain di padang", tidak boleh diterima kerana tidak tepat. Ayat yang betul ialah "Cikgu Minah sedang memerhatikan murid-muridnya bermain di padang".Lain-lain13.09.2015
Perhatikan ayat di bawah: "Tuhan, aku sungguh menuji-Mu!" Soalan: Bolehkah "sungguh" dipadankan dengan "menuji"? Jika tidak boleh, apakah jawapan yang sepatutnya... Terima Kasih.Dalam Kamus Dewan edisi keempat, sungguh  bererti 1. tidak bohong, benar, betul; 2. sungguh hati = sungguh-sungguh, tidak main-main, dengan segenap hati, dengan tekun; 3. amat sangat,  terlalu; 4. memang, sebenarnya, sebetulnya. Dalam buku Nahu Melayu Mutakhir, halaman 368, dinyatakan bahawa adverba kesungguhan “mempersungguhkan” sesuatu perbuatan atau peristiwa. Contoh ayat: Dia betul-betul menafikan hal itu. Berdasarkan keterangan di atas, ayat “Tuhanku, aku sungguh memuji-Mu.” tidak salah.  Namun, ayat “ Tuhanku, aku benar-benar memuji-Mu.” lebih sejadi.Tatabahasa28.04.2011
Sila perhatikan ayat di bawah: Pemberontakan yang dihasut oleh pihak musuh itu telah berjaya diberhentikan oleh pasukan keselamatan negara. Adakah penggunaan 'dihasut' betul dalam ayat ini? Jika tidak, sila betulkan ayat di atas. Terima Kasih.
Perkataan “dihasut” boleh digunakan dalam ayat tersebut.
Tatabahasa29.04.2019
Sila perhatikan ayat berikut: Amir meratap dengan amat sangat setelah ibunya mati. Betulkah penggunana adverba "dengan amat sangat" seperti di atas? Sekian terima kasihAdverba ialah unsur keterangan dalam frasa kerja yang menerangkan kata kerja itu dengan lebih lanjut. Unsur keterangan terdiri daripada frasa sendi nama, frasa adjektif, frasa nama dan kata adverb. Dalam contoh ayat yang diberikan unsur keterangan terdiri daripada frasa sendi nama, kerana adanya kata sendi nama "dengan". Walau bagaimanapun kata sendi nama perlu diikuti kata nama seperti "dengan kuatnya". Oleh itu, penggunaan frasa "dengan amat sangat" dalam ayat tersebut tidak gramatis.Tatabahasa22.01.2014
Saya perhatikan ada satu iklan papan tanda di Bangsar mengiklankan kereta jenama BMW yang didalamnya tertulis dengan huruf terang ayat seperti ini " Joy is BMW" dan diatasnya tertera terjemahan bahasa Melayu dengan huruh pudar dan tak kelihatan dari jauh seperti ini "Keriangan ialah BMW". Selain itu, ada juga iklan lain di Kampung Keramat tertulis ayat ini "life is beutiful" dan terjemahan bahasa Melayunya berbunyi begini "hidup ialah indah". Benarkah semua terjemahan ini pada pandangan DBP? Dalam bahasa Melayu, padanan yang sering kita ungkap untuk kalimat 'life is beutiful' ialah "hidup itu indah". Pada pandangan saya, mungkin terjemahan sesuai untuk ayat "joy is BMW" ialah 'riang itu BMW'. Jadi, apa yang boleh saya lakukan untuk membantu DBP menangani masalah ini?Terima kasih atas pandangan yang diberikan. Pihak kami akan menyemak padanan terjemahan pada papan iklan yang disebutkan  itu.  Sumbangan yang boleh tuan berikan ialah menghantar kepada kami gambar foto iklan berkenaan supaya pihak kami boleh mengambil tindakan susulan. Alamatkan kiriman tuan kepada Ketua Bahagian Dasar Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Tingkat 25, Jalan Dewan bahasa, 50460 Kuala Lumpur.  Tatabahasa09.02.2010
Salam, Kebelakangan ini saya perhatikan pihak media tidak lagi menggunakan imbuhan 'kan' dalam laporan mereka. Saya tertanya-tanya adakah penggunaan 'kan' sudah tidak diamalkan lagi. Contoh laporan: 1) Sebuah badan khas ditubuh. (Utusan Malaysia: 10/11/10) (Bukankah sepatutnya: sebuah badan khas ditubuhkan) 2) Penganggur dipenjara. (TV3) (Bukankan sepatutnya penganggur dipenjarakan) Harap pihak DBP dapat perjelaskan. Sekian, terima kasih.

Saudara,

Mengikut hukum tatabahasa bahasa Melayu yang baku dan rasmi, imbuhan meN...kan masih terpakai seperti dalam perkataan menubuhkan/ditubuhkan, memenjarakan/dipenjarakan. Walau bagaimanapun, adakalanya pihak pengguna bahasa tidak begitu teliti atau terlepas perhatian tentang perkara ini kerana terlalu biasa dengan apa yang diamalkan terutamanya dalam bahasa percakapan.

Lain-lain10.11.2010
Pertanyaan berkenaan kata sendi nama "di" dan "dalam". Perhatikan penggunaan 'di' dan 'dalam' pada ayat di bawah, mana satu yang betul? Dalam mata cikgu, Abu merupakan seorang budak yang degil. atau Di mata cikgu, Abu merupakan seorang budak yang nakal? Ali adalah berguna dalam tangan taukenya. atau Ali adalah berguna di tangan taukenya. Terima kasih.Ayat yang betul ialah: Pada mata cikgu, Abu merupakan seorang budak yang degil.
Contoh ayat yang kedua kurang tepat.  Ayat yang lebih baik ialah: Ali berguna kepada taukenya.
Tatabahasa03.11.2016
Assalamualaikum, Saya ingin tentang penggunaan bahasa yang saya perhatikan agak kerap digunakan di dalam iklan dewasa ini. Kebanyakan iklan gemar gunakan istilah 'baharu' seperti yang terdapat di dalam iklan nescafe dan talian telefon swasta yang lain. Adakah penggunaan istilah 'baharu' ini betul? Bagaimana pula dengan istilah 'baru'? TERIMA KASIH!

Kata baharu betul dan kata baru juga betul. kedua-dua kata tersebut merupakan variasi dan boleh digunakan.

Istilah17.12.2008
Salam, Harap berikan sedikit tip tentang penggunaan imbuhan "kan'. Saya perhatikan bahawa sama ada imbuhan itu ada ataupun tidak ada, perkataan masih berbentuk kata kerja. Jadi, saya sedikit keliru sama ada nak tambah "kan" ataupun tidak. Terima kasih.

Kata  kerja  tidak semestinya mempunyai imbuhan kerana kata kerja  terdiri daripada empat bentuk, iaitu kata kerja tunggal, kata kerja terbitan, kata kerja majmuk dan kata kerja ganda. Kata kerja tunggal ialah kata yang terbentuk tanpa imbuhan. Contohnya, terbang. Kata kerja terbitan ialah kata kerja yang terhasil daripada proses pengimbuhan, sama ada awalan, akhiran, apitan atau sisipan. Contohnya, memasak, bukukan, membesarkan dan menggeletar. Kata kerja majmuk terdiri daripada rangkaian dua morfem bebas atau lebih. Contohnya, kenal pasti. Kata kerja ganda pula merupakan proses yang hanya menggandakan kata dasar tanpa melibatkan sebarang imbuhan. Contohnya, geleng-geleng.

Berdasarkan bentuk kata kerja tersebut, akhiran -kan membentuk kata kerja terbitan. Golongan kata yang boleh bergabung dengan akhiran ini  ialah kata nama, kata kerja tak transitif, kata kerja transitif, kata adjektif dan kata tugas. Akhiran –kan membentuk kata kerja transitif yang biasanya menerima juga awalan meN- atau di- dan hadir dalam ayat aktif transitif atau pasif. Kata kerja yang menerima akhiran –kan tanpa awalan wujud dalam dua jenis ayat, iaitu dalam ayat pasif dan ayat suruhan. Akhiran –kan boleh juga hadir dalam beberapa imbuhan lain, iaitu meN-…-kan, beR-…-kan, mempeR-…-kan, di-…-kan dan dipeR-…-kan.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 143-223.

Tatabahasa28.06.2021
Saya ada dua soalan tentang kata sendi 'dari' dan 'daripada'. Perhatikan ayat yang berikut. Yang manakah betul? 1. Saya membeli rumah 'dari' atau 'daripada' Syarikat Perumahan Eon. 2. Saya berpengalaman bertugas di syarikat penerbitan lebih 'dari' atau 'daripada' 10 tahun. Saya mohon agar diberi penjelasannya sekali. Terima kasih. NuraSdr Nurazizan, bagi soalan satu, yang betul ialah saya membeli rumah daripada syarikat perumahan EON. Alasannya, satu daripada fungsi daripada ialah menunjukkan asal atau punca sesuatu itu. Bagi ayat kedua pula yang betul ialah 2. Saya berpengalaman bertugas di syarikat penerbitan lebih 'daripada' 10 tahun. daripada dalam ayat ini menunjukkan perbandingan. Terima kasih.Tatabahasa20.02.2009
12345

Kembali ke atas