Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.hen.tian] | ڤرهنتين

Definisi : tempat berhenti (bas, teksi, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.hen.tian] | ڤرهنتين

Definisi : 1 tempat (bas, teksi dll) berhenti: Dia pergi ke ~ bas utk menghantar bapanya pulang ke kampung. 2 hal berhenti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
henti
Kata Terbitan : berhenti, memberhentikan, menghentikan, pemberhentian, perhentian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Manakah yang sesuai digunakan bagi terjemahan "Fuel stop"? a) Perhentian minyak b) Perhentian bahan api c) Lain-lain (cadangan anda). Mohon bantuan DBP. Terima kasih.

Terjemahan untuk ‘fuel stop’ boleh ‘hentian/perhentian/stesen bahan api’ atau ‘ ‘hentian/perhentian/stesen bahan api’ bergantung pada tempat yang puan maksudkan. Di Malaysia, ‘petrol station’ ialah ‘stesen minyak’  manakala kebanyakan ‘fuel’ merujuk pada bahan api.

Makna26.01.2015
perhentian bas atau hentian bas? apa bezanya? tqMenurut Kamus Dewan, perhentian dan hentian membawa maksud yang sama. Jadi, tidak ada perbezaan antara perhentian bas dan hentian bas.Istilah20.11.2012
Pohon penjelasan maksud PERHENTIAN BAS,TEMPAT MENUNGGU BAS,STESEN BASBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perhentian bermaksud tempat berhenti (bas, teksi, dll). Oleh itu, perhentian bas bermaksud tempat bas berhenti. Sama maksud dengan tempat menunggu bas. Stesen bas pula bermaksud sebuah tempat di mana pengguna bas dapat perkhidmatan asas, tentang pembelian dan penempahan tiket, jadual ketibaan dan berlepas, dan sebagainya yang berkaitan dengan sistem angkut bas awam.Makna28.09.2010
Salam tuan, Adakah ayat di bawah ini betul : a1) Kami akan bercuti di Pulau Perhentian pada minggu hadapan. atau a2) Kami akan bercuti ke Pulau Perhentian pada minggu hadapan. b) Dia telah mengetahui rahsia kejayaan Amalina. c) Terima kasih atas ucapan yang disampaikan. Terima kasih, tuan.

Ayat yang betul ialah:

a. Kami akan bercuti ke Pulau Perhentian pada minggu hadapan.

b. Dia telah mengetahui rahsia kejayaan Amalina.

c. Terima kasih atas ucapan yang disampaikan.

Tatabahasa21.04.2011
Salam sejahtera. 1. check email dalam bahasa Melayu : semak emel atau periksa emel ? 2. Tempat bas berhenti di tepi jalan ialah perhentian bas ? Terima kasih.

Jawapan yang betul ialah:

1. semak e-mel

2. perhentian bas

Istilah20.04.2011
Antara berikut, istilah manakah yang paling sesuai untuk merujuk kepada stesen pengangkutan awam ? A. Stesen Bas Ulu Tiram B. Terminal Bas Ulu Tiram C. Perhentian Bas Ulu Tiram D. Hentian Bas Ulu Tiram E. Ulu Tiram Sentral Terima kasih. :)Mengikut Kamus Dewan, (1) stesen ialah bangunan perhentian kereta api atau bas; (2) terminal ialah stesen atau bahagian bangunan di lapangan terbang dll tempat penumpang tiba (pada akhir perjalanan) atau berlepas (memulakan perjalanan); (3) perhentian/ (4) hentian ialah tempat berhenti (bas, teksi, dll). Keempat-empat perkataan tersebut boleh merujuk stesen pengangkutan awam, tetapi kelima-lima nama yang tuan berikan tidak boleh merujuk pengangkutan awam kerana bas bukan satu-satunya pengangkutan awam di negara kita.Istilah28.08.2014
Pilih ayat yang betul i) Bas yang kerosakan itu berhenti di perhentian bas. ii)Jangan menerima pelawaan orang yang tidak dikenali. iii)Mereka bekerja untuk tingkatkan pendapatan keluarga. iv)Padang itu menjadi tempat menandingi bola sepak. Tolong beri penjelasan setiap ayat.

Sdr. Thian,

Ayat yang betul ialah 1. Bas yang rosak itu berhenti di perhentian bas. 2. Jangan terima pelawaan orang yang tidak dikenali. iii)Mereka bekerja untuk meningkatkan pendapatan keluarga. iv)Padang itu menjadi tempat pertandingan  bola sepak. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk mendapatkan penjelasan dalam penggunaan imbuhan.

 

Tatabahasa27.09.2010
Salam...tuan..saya ingin bertanya. 1. Bas yang kerosakan itu berhenti di perhentian bas. 2. Jangan menerima pelawaan orang yang tidak dikenali. Ayat manakah yang betul? Jika dirujuk dalam tatabahasa dewan, selepas kata perintah boleh juga diikuti kata berimbuhan jika ayat itu sesuai.jadi, adakah ayat kedua itu betul?Ayat yang betul:
1. Bas yang rosak itu berhenti di perhentian bas. 
2. Jangan terima pelawaan orang yang tidak dikenali. 
Tatabahasa20.09.2014
Yang paling tepat bagi ayat di bawah 1Orang ramai________di perhentian bas untuk pulang ke kampung. A.BERASAK-ASAK B.BEPUSU-PUSU C.BERDUYUN DUYUNKetiga-tiga perkataan tersebut boleh menjadi kata kerja dalam ayat tersebut. Berpusu-pusu sama maksudnya dengan berduyun-duyun, iaitu berkerumun atau bergerak beramai-ramai. Berasak-asak bermaksud  berhimpit-himpit dan bertolak-tola­kan. Jika perkataan berpusu-pusu dan berduyun-duyun setara maknanya, maka pilihan jawapan yang tepat untuk ayat tersebut ialah berasak-asak.Tatabahasa03.03.2014
Adakah ayat berikut betul? 1. Ali sedang duduk sambil membaca buku di atas sofa. 2. Ali sedang membaca buku sambil duduk di atas sofa. 3. Ali sedang menunggu di perhentian bas sambil membaca buku cerita. Terima kasih. 1. Ali sedang duduk sambil membaca buku di atas sofa. 2. Ali sedang membaca buku sambil duduk di atas sofa. 3. Ali sedang menunggu di perhentian bas sambil membaca buku cerita. Ketiga-tiga ayat tersebut betul - sedang ialah kata bantu aspek yang menimbulkan suasana perbezaan masa dan tidak menekankan perbuatan mana yang hendak didahulukan.Tatabahasa07.05.2010
123

Kembali ke atas