Pertanyaan saya...perkataan pegawai perhubungan pelanggan. Adakah perlu menggunakan huruf besar bagi permulaan setiap perkataan atau huruf kecik sahaja jika perkataan tersebut berada di tengah-tengah ayat. Contohnya : Kursus ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan pegawai perhubungan awam cawangan. @ Kursus ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan Pegawai Perhubungan Awam Pelanggan cawangan. | Pegawai perhubungan pelanggan dianggap sebagai kata umum dan dieja dengan huruf kecil, kecuali jika jawatan tersebut dikhususkan seperti Pegawai Perhubungan Pelanggan Syarikat Mutiara. | Tatabahasa | 19.08.2010 |
Apakah perbezaan di antara "hubungan" dengan "perhubungan"? Misalnya, ayat :" Dia mempunyai hubungan / perhubungan yang baik dengan majikannya". Adakah ia digunakan secara bertukar ganti (maksud sama )? | Kata hubungan dan perhubungan mempunyai makna yang sama. | Tatabahasa | 12.08.2013 |
Selamat Pagi, Saya ingin mengetahui berkenaan nama unit di jabatan saya. Adakah nama unit "Unit Pengurusan Perhubungan Pelanggan" atau "Unit Pengurusan Hubungan Pelanggan" yang betul menurut untuk penggunaan dalam Bahasa Melayu. Semoga pihak tuan/puan dapat menjelaskan berkenaan perkara ini. Sekian, terima kasih. | Kata hubungan dan perhubungan mempunyai makna yang sama, walau bagaimanapun dalam bidang perjawatan ungkapan yang lazim digunakan ialah perhubungan seperti Pegawai Perhubungan Awam dan Pengurusan Perhubungan Pelanggan. | Tatabahasa | 09.09.2011 |
Istilah yang sesuai bagi pegawai yang dilantik sebagai perantara bagi Kementerian Pelajaran dan pihak sekolah: adakah Pegawai Perhubungan Sekolah atau Pegawai Penghubung Sekolah | Istilah yang sesuai ialah Pegawai Perhubungan Sekolah. | Tatabahasa | 09.04.2013 |
interaksi | Menurut Kamus Dewan perkataan interaksi ialah tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain, tindak balas antara dua atau beberapa pihak: kaunseling ialah satu proses yg melibatkan ~ antara seorang kaunselor dgn kliennya; komunikasi massa sering diertikan sbg proses perhubungan atau ~ antara individu dlm sesuatu kelompok masyarakat; | Lain-lain | 05.08.2007 |
Dalam bahasa Inggeris - contact details adalah senarai yang mengandungi nama, nombor telefon, alamat emel, dan mungkin nombor faks. Bolehkah 'contact details' diterjemah sebagai 'maklumat perhubungan' ? | Untuk makluman, tidak ada istilah yang khusus untuk contact details. Oleh itu, maklumat perhubungan adalah betul dan boleh digunakan. | Istilah | 29.10.2012 |
Jalanraya merupakan salah satu bentuk perhubungan yang amat penting dalam sistem pengangkutan di Malaysia. Dengan peningkatan kenderaan di Malaysia, sistem lampu isyarat sering ditingkatkan operasinya bagi member kelancaran pada aliran trafik. Terdapat dua system yang sering diaplikasikan di Malaysia iaitu sistem digerakkan kenderaan ( ‘ Vehicle Actuated ‘ ) dan sistem had masa (‘ Fix Time ‘ ). Dalam penggunaan system Digerakkan Kenderaaan aliran trafik dijalan dengan lancar dengan kitaran fasa yang berkesan dan selamat. Manakala sistem had masa adalah mengikut kitaran jadual yang telah ditetapkan masanya dan sukar untuk menjalankan pengubahsuaian dalam jadual mengikut keadaaan lalulintas. Berdasarkan kajian pergerakan di persimpangan Jalan Sungai Pari pergerakan kenderaan ini mempengaruhi perjalanan system lampu isyarat. Dimana kelancaran trafik dapat dilihat dari kelewatan data yang diambil manakala system had masa pula mempengaruhi alian lalulintasn, secara tidak langsung mengakibatkan kelewatan yang amat ketara daripada Sistem Digerakan Kenderaaan. | Sila jelaskan soalan saudara. Bagi padanan istilah vehicle actuated ialah digerak kenderaan dan fix time ialah masa ditetapkan atau had masa mengikut konteks dan situasi. | Lain-lain | 09.04.2010 |
Apakah contoh-contoh penanda wacana bagi menunjukkan 1)perhubungan antara dua ayat 2) perbandingan antara dua ayat 3) penambahan maklumat/idea. Terima kasih | Dalam Bahasa Melayu, terdapat sekurang-kurangnya lima jenis penanda wacana. Antaranya, penanda penghubung, penanda rujukan, penanda penggantian, penanda leksikal dan penanda elipsis atau pengguguran. Malahan, tambahan pula, di samping itu, tetapi, sebaliknya, namun, maka, walau bagaimanapun antara contoh penggunaan penanda wacana yang betul dan tepat. Untuk memudahkan saudari/saudara sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (hlmn. 525). | Tatabahasa | 25.03.2013 |
apakah maksud perumpamaan SEPERTI HATI DAN HEMPEDU | Perhubungan yang sangat akrab. | Makna | 08.09.2009 |
Assalamualaikum, Saya Kapten Ali Mohamad, Pegawai Media di Bahagian Perhubungan Awam TUDM. saya ingin mendapatkan pandangan serta khidmat nasihat dari pihak tuan berhubung dengan penerbitan buku berkaitan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Pejabat saya telah menerima permohonan dari seorang individu yang berhasrat untuk menulis dan menerbitkan sebuah buku berkaitan kerjaya dalam pasukan TUDM. Penulis berkenaan telah memohon kebenaran dari pihak TUDM bagi menerbitkan buku tersebut. Untuk makluman pihak tuan, pengisian/kandungan buku tersebut adalah menjurus kepada maklumat/informasi yang ingin disampaikan kepada pembaca berkenaan kerjaya dalam TUDM yang boleh disertai oleh masyarakat malaysia. Kos penerbitan adalah ditanggung sepenuhnya oleh individu terbabit.Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak TUDM ingin mendapatkan nasihat dari pihak tuan khususnya berkaitan perundangan, hak dan royalti bagi penerbitan buku tersebut. | Lazimnya penerbit akan menyediakan suatu kontrak dengan penulis yang akan memperturunkan segala syarat dan terma penerbitan sebelum sesebuah buku itu diterbitkan. Kontrak atau perjanjian ini hendaklah dipersetujui bersama (penerbit dan penulis), ditandatangani oleh kedua-dua pihak dan disetemkan agar menjadi suatu dokumen yang sah dari segi undang-undang. Hak dan tanggungjawab penulis dan penerbit akan termaktub di dalam kontrak yang disediakan. Setiap buku atau karya yang diterbitkan akan diberi ganjaran oleh penerbit sama ada dalam bentuk honorarium atau bayaran royalti mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh penerbit yang berkenaan. Kadar peratus royalti untuk penulis dan kaedah bayarannya tertakluk pada dasar penerbitan penerbit tersebut. | Lain-lain | 16.10.2013 |