Adakah ada perkataan "diguna pakai" dalam bahasa Malaysia dan adakah boleh digunakan dalam ayat berikut : Sistem tersebut telah diguna pakai oleh agensi perhutanan untuk tujuan pemantauan perubahan hutan. Terima kasih. | Perkataan yang betul ialah diterima pakai, Sistem tersebut telah diterima pakai oleh agensi perhutanan untuk tujuan pemantauan perubahan hutan. | Tatabahasa | 21.09.2012 |
sila berikan format surat kiriman rasmi (untuk karangan spm) yang betul. senaraikan juga panggilan hormat yang sesuai untuk jawatan-jawatan tertentu, misalnya, jabatan perhutanan, saya kurang pasti dengan jawatan tertingginya. terima kasih. | Sila rujuk guru anda atau buku teks yang berkaitan dengan penulisan surat rasmi yang betul. Panggilan hormat untuk pegawai Jabatan Perhutanan hendaklah dirujuk kepada Jabatan berkenaan. | Lain-lain | 10.06.2008 |
Adakah Siri Kamus istilah MABBIM Kamus Perhutanan:Pengurusan Hutan, mempunyai bentuk istilah yang mengandungi pembentukan kata atau tidak? Adakah kamus istilah dalam bidang ini mengandungi bentuk istilah yang digubal secara asli ataupun yang dipinjam? | Saudara, Jawapan kepada soalan ini telah pun dihantar kepada saudara. Sila rujuk jawapan tersebut. | Lain-lain | 12.02.2010 |
Adakah Siri Kamus istilah MABBIM Kamus Perhutanan:Pengurusan Hutan, mempunyai bentuk istilah yang mengandungi pembentukan kata atau tidak? Adakah kamus istilah dalam bidang ini mengandungi bentuk istilah yang digubal secara asli ataupun yang dipinjam? | Saudara, Istilah yang dibentuk menerapkan pedoman pembentukan istilah seperti yang terkandung di dalam buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah hasil sidang MABBIM. Bentuk istilah digubal mengikut kaedah yang ditentukan di dalam buku pedoman tersebut , iaitu istilah bahasa Inggeris diberi padanan kata bahasa Melayu jati atau padanan kata tersebut dipinjam dan disesuaikan bentuk ejaannya mengikut pedoman sedia ada. | Lain-lain | 12.02.2010 |
Salam. Saya ingin bertanya apakah terjemahan terbaik untuk 'crown shyness'. Ia berkaitan dengan istilah perhutanan. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "crown shyness". Walau bagaimanapun, terdapat istilah bahasa Melayu untuk "crown", iaitu silara. Oleh itu, terjemahan yang dicadangkan untuk "crown shyness" ialah ruang antara silara. | Istilah | 19.10.2013 |
biodiversity meaning | 'Biodiversity' dalam bahasa Melayu di eja 'Biodiversiti'. Mengikut kamus Dewan Edisi keempat, maksud 'Biodiversiti' ialah kewujudan berbagai-bagai spesies tumbuhan dan haiwan dalam persekitaran semula jadi mereka. Sila rujuk Kamus Dewan untuk rujukan. Walau bagaimanapun, dalam istilah perhutanan, 'biodiversiti' merujuk kepada kepelbagaian hayat. Harap maklum. | Makna | 28.12.2006 |
Mohon semak ayat yang mana lebih tepat dan sesuai bagi penggunaan tema berikut: "Kelestarian Komoditi Menjamin Masa Depan" atau "Kelestarian Komoditi Untuk Masa Depan Yang Lebih Terjamin | Untuk makluman saudara lestari bermaksud kekal dan lazimnya digunakan dalam konteks alam sekitar dan perhutanan. Namun begitu penggunaan perkataan lestari boleh diperluaskan kepada bidang yang lain selagi bertepatan dengan maksud "kekal"nya itu. Dalam hal ini kami berpandangan frasa kelestarian komoditi tidak sesuai kerana komoditi sesebuah negara mesti ditingkatkan atau bertambah dari semasa ke semasa dan bukannya dikekalkan. Sila gantikan dengan perkataan lain yang lebih tepat maknanya. Dalam konteks perkataan yang lain tema yang pertama lebih sesuai kerana lebih ringkas dan mudah diingati
| Tatabahasa | 26.02.2013 |
"Ingin tahu terjemahan dalam Bahasa Melayu 1)outlet (bahagian struktur di mana air keluar ) 2) outfall( bahagian struktur dimana air keluar tapi paras nyamenurun) 3) tail water (paras air di sebelah hilir struktur) 4) invert level (aras sasuatu tapak atau lokasi) 5) downstream boundary condition Harap dapat bantu saya." | 1. outlet - saluran keluar 2. outfall - betung alur keluar (Istilah Perhutanan) 3. invert level - dasar (Istilah Geografi) 4. downstream boundary - cadangan: Sempadan hilir Mohon hubungi DBP untuk perbincangan lanjut sekiranya istilah tidak menepati konsep yang diperlukan. | Istilah | 28.05.2013 |