Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri.ba.ha.sa] | ڤريبهاس

Definisi : ayat atau kelompok kata yg mem­punyai susunan yg tetap dan mengandungi pengertian yg tertentu, bidal, pepatah: pegangan mereka yg teguh kpd ~ “biar mati anak jangan mati adat”, sudah cukup menerangkan kebudayaan mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri.ba.ha.sa] | ڤريبهاس

Definisi : bidalan, pepatah, ayat atau kelompok kata yg tetap susunannya dan mempunyai maksud tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Bagai jelongak kerbau rampung.

Bermaksud :

Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hidung sudah rampung diatur orang). jelongak = selalu menengadah; rampung = rosak cuping hidungnya.

 

Lihat selanjutnya...(1000)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera Saya ingin bertanya tentang peribahasa-peribahasa lain yang sama maksud dengan peribahasa berikut: i/ bagai isi dengan kuku ii/ kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya iii/ rambut sama hitam, hati lain-lain Terima kasihSaudara boleh merujuk buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu yang disusun oleh Abdullah Hussain, buku Peribahasa Sekolah Menengah, susunan Asiah Abdul Rahman untuk tujuan tersebut.  Lain-lain03.10.2009
Bolehkan tuan cuba jelaskan maksud peribahasa atau ungkapan 'rumah satu tiang seribu'? Saya sudah menyemak peribahasa ini dalam kamu peribahasa termasuk kamus Peribahasa Abdullah Hassan tetapi tidak dapat menyemaknya. Sekian, terima kasih.Dalam sumber rujukan kami tidak ada peribahasa 'rumah satu tiang seribu', dalam pengetahuan kami ungkapan ini merupakan tajuk sebuah drama dan bukan peribahasa.Makna28.05.2010
apakah peribahasa yang sama erti dengan 1. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih? 2.mencurah garam ke laut?Dalam buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, peribahasa yang betul ialah "Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya", walau bagaimanapun tidak dinyatakan peribahasa yang sama makna dengannya. Peribahasa yang kedua ialah "Memberi garam kepada laut" dan peribahasa yang sama makna ialah "Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja".Lain-lain08.09.2011
apakah peribahasa yang sesuai bagi orang yang suka menyusahkan diri orang lain?Kamus Peribahasa rujukan kami, Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (Abdullah Hussein) dan Kamus Peribahasa (Abdullah Hassan) disusun mengikut frasa peribahasa, bukan mengikut makna. Saya telah melihat beberapa helai buku-buku tersebut tetapi tidak menjumpai  peribahasa yang diperlukan.Lain-lain23.06.2008
SAYA INGIN BERTANYA TENTANG JENIS-JENIS PERIBAHASA MELAYU. ADAKAH PERIBAHASA TERMASUK SEKALI DENGAN SIMPULAN BAHASA. APAKAH SEBENARNYA PERANAN PERIBAHASA DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT TERUTAMANYA MASAYARAKAT GLOBAL HARI INI.Peribahasa dan simpulan bahasa melayu adalah berbeza antara keduanya. Sdr bolehlah merujuk KAWAT, Pusat Dokumentasi Bahasa Melayu, melalui laman DBP, untuk keterangan lanjut. Terima kasih.Makna12.08.2007
apakah yang dimaksudkan dengan umpama orang mengantuk disorongkan bantal?Menurut Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, peribahasa umpama orang mengantuk disorongkan bantal bermaksud memperoleh apa yang diingininya. Peribahasa lain yang sama makna: a. Orang haus diberi air, b. Orang lapar diberi nasi.Lain-lain13.03.2007
Apakah definisi peribahasa?Peribahasa bermaksud ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu.Makna25.09.2009
Kami akan mengadakan forum sempena seminar kecemerlangan pekerja. Saya ingin mendapatkan cadangan peribahasa yang sesuai untuk pekerja perlu memberikan khidmat sesuai dengan kenaikan gaji @ kerja perlu setimpal dengan kenaikan gajiKamus Peribahasa disusun mengikut entri peribahasa dari abjad A hingga Z, dan barulah diperoleh maksud peribahasa tersebut. Oleh itu, puan perlu melihat satu per satu entri peribahasa untuk mendapat yang sesuai dengan maksud yang dikehendaki. Sila rujuk, Kamus Istimewa Peribahasa Melayu dan boleh juga menyemak melalui laman web kami www.prpm.gov.my dan taipkan kata kunci makna peribahasa tersebut dalam Carian Spesifik dan klik "Peribahasa".Tatabahasa20.04.2012
TERANGKAN SEJARAH PERIBAHASA MELAYU?Sepanjang yang diketahui, peribahasa berasal daripada tiga sumber. Sumber pertama ialah rakyat jelata yang mencipta peribahasa melalui pengalaman hidupnya, sumber kedua ialah orang-orang arif bijaksana, yang mengeluarkan ungkapan kata-kata hasil daripada renungannya, dan sumber ketiga ialah kitab suci. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang peribahasa sila rujuk buku peribahasa, contohnya Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (Abdullah Hussain). Lain-lain25.03.2009
Apakah itu peribahasa selapis dan peribahasa berlapis?

Untuk pengetahuan tuan/puan, tiada peribahasa selapis atau berlapis. Yang ada hanya ayat selapis dan ayat berlapis.

Makna06.09.2008
12345678910...

Kembali ke atas