Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri.gi] | ڤريݢي

Definisi : lubang (yg digali dlm tanah) utk men­dapatkan air, sumur: kerana tidak ada bekalan air paip, mereka bergantung pd ~ sahaja utk mendapat air; ~ buta perigi yg tidak mengandungi air lagi; ~ wakaf perigi utk digunakan oleh orang ramai; lopak (men)jadi ~ prb naik darjat (menjadi kaya dll); orang yg menunggu ~ itu, bilakah ia mati dahaga? prb orang yg hampir dgn orang yg berilmu (kaya dll) tidak mungkin menjadi bodoh (susah dll); sebab berkelahi dgn ~ akhirnya mati dahaga prb jangan menentang orang yg berkuasa nanti kita juga yg mendapat kesusahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri.gi] | ڤريݢي

Definisi : lubang yg digali di tanah utk mendapatkan air; telaga: ~ buta perigi yg tidak berair lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perigi (kata nama)
Bersinonim dengan sumur, telaga, luak.,

Puisi
 

Gali perigi di tengah padang,
     Boleh saya menumpang mandi;
Ingat saya umur panjang,
     Bulan depan ke mari lagi.


Lihat selanjutnya...(59)
Peribahasa

Jangan diperlelarkan timba ke perigi,
     kalau tak putus genting.

Bermaksud :

Perbuatan yang jahat jangan dibiasakan. (Bandingkan dengan: Dilelar timba ke perigi; tak sekali, sekali pecah juga).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Adik kegigilan mandi air perigi yang sejuk. adakah ayat ini betul? sekian terima kasih.Ayat yang betul ialah adik menggigil kerana mandi air perigi yang sejuk. Tatabahasa16.12.2009
apakah maksud 'seperti enau ditarik songsang','seperti anjing menyalak bukit','seperti semut di tepi perigi','menangguk di air keruh'yang terakhir sekali'berpatah arang berkerat rotan'Maksud peribahasa berpatah arang berkerat rotan ialah memutuskan tali persahabatan (persaudaraan). Untuk mengetahui makan peribahasa yang lain sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu yang disusun oleh Abdullah Hussain dan Kamus Peribahasa Kontemporari yang di susun oleh Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. Harap maklum.Lain-lain19.06.2008
mencari perkataan selaian (lorong dan denai) untuk digunakan ,yg memgambarkan suasana kampong lama

Sawah bendang,  pepohon nyiur, atap rumbia, wakaf, tok penghulu, perigi, jamung, manjung, dan banyak lagi. Saudara boleh merujuk KD4 pada entri yang berlabel sl (sastera lama).

 

Lain-lain05.10.2009
Apakah maksud yang tepat untuk dangkal dan contoh penggunaannya di dalam ayat. Bila dan bagaimana untuk menggunakan perkataan "kenapa" dan "mengapa" dalam ayat. Kenapa/mengapa perkataan "ramai" digantikan "banyak" untuk orang? Terima kasih.

Dangkal bermaksud: 1. tidak dalam (bkn perigi, sungai, dll), cetek, tohor: sungai yg dangkal; 2. tidak faham benar, tidak mempunyai pengetahuan yg mendalam (tentang sesuatu), tidak luas atau tidak dalam (bkn pengetahuan seseorang), cetek: pengetahuan yg dangkal tentang politik.

Kenapa dan mengapa sama makna,oleh itu tiada perbezaan dalam penggunaan kedua-dua kata itu.

Banyak (banyak orang) penggunaannya tidak menggantikan kata ramai (ramai orang),tetapi sebagai pilihan sama ada menggunakan ramai orang atau banyak orang. 

Tatabahasa21.06.2008
1. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "segar" dengan betul. I. Peristiwa lucu itu masih segar dalam ingatannya. II. Ayah suka makan buah-buahan segar untuk mengalas perut. III. Udara di kaki bukit pada waktu pagi sungguh nyaman dan segar. IV. Badan Ali kembali segar setelah dia mandi di perigi itu. A. I dan IV sahaja B. I, II dan III sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV 2. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "mencecah" dengan betul. I. Cikgu Ujang menegur Saidin kerana rambutnya mencecah telinga. II. Adik mencecah hujung jari telunjuknya pada permukaan air yang sejuk itu. III. Datuk mencecah biskut dengan air kopi sewaktu minum petang. IV. Air sungai itu telah mencecah paras bahaya. A. I dan III sahaja B. I, II dan IV sahaja C, II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

Sdr. Ong,

Bagi soalan pertama jawapannya ialah D, semuanya betul. Manakala soalan kedua pula jawapannya ialah B, i,ii,dan iv.

Tatabahasa08.04.2010
dia langsung tidak bimbang tentang risiko yang bakal dihadapinya. Munsyi, adakah langsung betul digunakan? TK

Saudara/saudari,

Langsung menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud, 1. terus dan tidak berantara; lantas:Dia mencapai tuala mandi ~ ke perigi. 2. tidak tergendala; jadi: Pertandingan itu tidak ~ kerana hari hujan. 3. tepat dan tidak menyimpang:Dlm pertikaian ini, kami terlibat secara ~. 4. sedikit pun; sama sekali:Dia tidak mengambil berat ~ ttg hal rumah tangganya.

Merujuk pada konteks ayat di atas, penggunaan perkataan langsung merujuk kepada 'sedikit pun, sama sekali'. Oleh itu, penggunaan perkataan langsung dalam ayat di atas adalah betul.

Tatabahasa01.09.2012

Kembali ke atas