Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
perihal
1. Bersinonim dengan keadaan
( hal, perkara, peristiwa, kejadian, peri, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan mengenai
( berkenaan, tentang, fasal, akan, terhadap, darihal, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : memerihalkan, keperihalan, pemerihalan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah erti atau definisi PENGETAHUAN?Pengetahuan membawa beberapa makna iaitu, 1. perihal mengetahui, apa-apa yg diketahui 2. perihal tahu, kepandaian 3. = ilmu ~ segala yg (akan) diketahui atau dipelajari bkn sesuatuMakna11.08.2007
Mengikut Kamus Dewan, apa yang dimaksudkan dengan Penerbitan dan Nafas Baruenerbitan 1. perihal (perbuatan dll) menerbitkan: dua pola ~ kata yg tidak produktif; ~ asas ayat; 2. urusan atau pekerjaan menerbitkan (majalah dll): pihak berkuasa telah mengharamkan ~ kedua-dua buah novel tersebut; manakala nafas baru ialah menghidupkan semula atau memberi idea baru supaya sesuatu itu dapat memberi saingan kepada produk atau hasil yang dikeluarkan.Tatabahasa11.09.2007
soalan 1 1)Apakah beza petempatan dan penempatan.Berikan contoh ayat.Petempatan bermaksud kawasan yg baru dibuka utk didiami orang, manakala penempatan bermaksud perihal menempati atau menempatkan, contohnya: Kawasan ini ialah tempat penempatan semula orang yang pindah dari kampung-kampung yang jauh terpencil.Makna02.07.2012
definisi perkhidmatan dan definisi kaunter?Terima kasih soalan yang dikemukakan. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat- perkhidmatan 1. perihal berkhidmat (bertugas) 2. kerja (usaha, kemudahan, dll.) manakala kaunter ialah meja panjang tempat melayani pertanyaan tetamu, tempat urusniasa dijalankan atau tempat barang yang dipamerkan.Lain-lain25.08.2008
apakah perbezaan penggunaan dan kegunaan? apakah perbezaan mempersona dan mempersonakan? bolehkah kita guna"sampai ke" harap beliau beri penjelasan dan satu contoh

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat penggunaan bermaksud 1.perihal(perbuatan,kegiatandll.) menggunakan sesuatu.2. Pemakaian (barang-barang, hasil perusahaan, bahan makanan,dll.). Kegunaan bermaksud 1.faedah,guna.2. yang digunakan.

 Mempesona bermaksud 1. memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian.Mempesonakan bermaksud mengenakan pesona.(sihir).

Kata sendi nama sampai digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu atau tempat. penggunaannya tidak diikuti dengan ke. Contoh: Pegawai itu berjaga sampai pagi. Anaknya belajar sampai peringkat universiti.   

Makna01.08.2008
A,kum, saya nak tanya perkataan 'perlanggaran ' dgn pelanggaran ada beza? Boleh tuan berikan contoh.r.kasih.Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, perlanggaran ialah perihal (kejadian dsb) berlanggar (antara kenderaan, kenderaan dgn orang, dll): kereta itu terlibat dlm ~ dgn sebuah lori di batu empat jalan Kuantan-Gambang. Pelanggaran pula ialah 1. perihal melanggar (menyerang, menyerbu, dsb): ~ orang kafir terhadap orang Islam itu telah dapat dipatahkan; 2. perihal menentang perbuatan dsb atau tidak mematuhi (undang-undang, peraturan, adat, dll): ~ disiplin berlaku kerana murid-murid tidak menghormati peraturan sekolah; Makna15.08.2010
Saya ingin bertanya sama ada penggunaan ayat ini betul atau salah. "Kad Kredit dan Kepenggunaannya"Untuk makluman 'kepenggunaan' dalam Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud segala hal mengenai pengguna (barang-barang dll). Penggunaan pula bermaksud 1. perihal (perbuatan, kegiatan dll),  menggunakan sesuatu 2. pemakaian (barang-barang, hasil perusahaan, bahan makanan dll).  Dalam konteks ini, kami berpendapat maksudnya merujuk kepada penggunaan kad kredit tersebut.  Oleh itu, frasa yang betul ialah Kad Kredit dan Penggunaannya.Makna02.11.2011
1.apakah perbezaan antara penambahan dan pertambahan?penambahan bilangan sekolah sedang diusahakan oleh pihak tertentu.adakah ayat ini betul?kalau betul mengapa? 2.apakah perbezaan antara imbuhan mem...i atau mem...kan. terima kasih

Saudara Khoo,

1. Perkataan pertambahan bermaksud perihal bertambah: penduduk luar bandar sedang mengalami ~ besar;

Perkataan penambahan bermaksud 1. perihal menambah (menambahi, menambahkan), perihal memberi tambahan pd; 2. perihal memberi imbuhan pd kata pokok.  Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Dalam hal ini ayat yang betul ialah 'Penambahan bilangan sekolah sedang diusahakan oleh pihak tertentu. 

2.  Imbuhan meN...kan dan meN...i  berbeza dari segi fungsinya. MeN...kan menandakan kausatif manakala meN...i menandakan lokatif. Contohnya,

a. Pak Osman menghadiahkan sebuah basikal kepada Ahmad. 

b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, halaman 197-207.  

Tatabahasa25.08.2009
Perkataan terbitan: 1. Pelantikan 2. Perlantikan Wujudkan kedua-dua kata terbitan tersebut?1. Kata terbitan yang betul ialah "pelantikan" , iaitu perihal melantik. Dari kata dasar lantik, terbit kata melantik dan perihal melantik ialah pelantikan. Lazimnya apabila awalan ber- diimbuhkan kepada kata dasar seperti  jalan menerbitkan kata berjalan, dan baharulah wujud perjalanan, iaitu perihal berjalan. Tidak ada kata berlantik, maka tidak ada wujud kata perlantikan.Tatabahasa28.06.2013
adakah maksud kesempatan sama dengan maskud kelapangan?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kesempatan bermaksud peluang untuk, waktu yang terluang untuk. Contoh ayat: Rejab mengambil kesempatan itu untuk melarikan diri.  

Kelapangan bermaksud:

1. perihal lapang (tanah, padang, dll), keluasan, kesenangan. Contoh ayat: Dia semata-mata minta kelapangan pada tempat yang sempit. 

2. keluangan waktu, masa yang terluang (tidak sibuk). Contoh ayat: Tiap-tiap kali ada masa kelapangan, dia akan menemui Nahidah.

3. kelegaan (fikiran,kedudukan, dll) kemudahan. Contoh ayat: Masyarakat selama-lamanya mencari kelapangan dan kebebasan.

Makna16.04.2011
12345678910...

Kembali ke atas