Assalamualaikum,saya ingin bertanya tentang perihalan tatabahasa.Dalam bidang Morfologi bahasa Melayu,kata majmuk dikategorikan kepada 2 iaitu kata majmuk mantap dan kata majmuk biasa.Adakah perkataan 'Pulau Pinang'dikategorikan sebagai kata majmuk atau kata tunggal.perkataan tersebut dalam kategori golongan memang menunjukkan perkataan 'Pulau Pinang merupakan kata nama.namun dalam kategori bentuk kata,apakah kategori perkataan tersebut. | Untuk makluman, Pulau Pinang merupakan kata nama khas yang tidak boleh digolongkan dalam kata majmuk atau kata tunggal. | Tatabahasa | 20.01.2018 |
apakah terjemahan Interface Description Document atau ringkasnya IDD? Istilah Teknologi Maklumat. | Istilah Interface Description Document tidak ada dalam sumber rujukan kami. Berdasarkan contoh lain yang ada seperti page description language, padanannya ialah bahasa perihalan halaman, kami cadangkan istilah Interface Description Document padanannya ialah Dokumen Perihalan Antara Muka. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.12.2010 |
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan bunting padi? Apakah bentuk betis yang cantik sekali? Bolehkah DBP berikan perihalan bentuk bunting padi? | Menurut Kamus Dewan, bunting padi bermaksud bentuk betis yang cantik sekali. Untuk lebih jelas berkenaan bentuk bunting padi, tuan/puan boleh merujuk kepada visual padi yang telah matang. | Lain-lain | 22.06.2018 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin tahu, bilakah istilah padanan rasmi bagi String Theory akan dimasukkan dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM)? Terlalu banyak terjemahan yang digunakan untuk memerihalkan String Theory dalam bahasa Melayu seperti Teori Tetangsi, Teori Dawai, Teori Tetali dan Teori Rentetan. Tanpa adanya istilah rasmi dalam PRPM, susahlah untuk ahli sains Malaysia untuk menulis berkaitan topik ini kerana tiada penggunaan seragam bagi String Theory. Bolehkah saya mencadangkan Teori Tetangsi dijadikan istilah rasmi kerana istilah lain kurang tepat. Dawai boleh disalah tafsir menjadi Wire Theory, Teori Tetali terlalu umum dan boleh membawa maksud tali yang tebal (rope) dan Teori Rentetan mungkin boleh disilap terjemah sebagai Sequence Theory. Teori Tetangsi merupakan perihalan yang agak baik buat masa kini kerana terbentuk daripada gandaan separa perkataan tangsi yang membawa maksud tali yang dilumas dengan lilin (untuk tali kail dan lain - lain). Tali tangsi halus sesuai untuk perihalkan teori ini yang ada penggunaan objek satu dimensi yang "halus". | Istilah yang dicadangkan akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk dibincangkan. Tuan juga boleh menghubungi Bahagian Peristilahan dan Leksikologi melalui talian 03-21479161/21479165. | Istilah | 25.01.2017 |