Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri.ka.nan]/[per.i.ka.nan] | ڤرايکنن

Definisi : urusan (penangkapan, pemeliharaan) ikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri.ka.nan]/[per.i.ka.nan] | ڤرايکنن

Definisi : urusan mengenai ikan: Jabatan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perikanan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jabatan Perikanan Malaysia telah mencipta satu inovasi yang dipanggil Malaysian Acetes Efficiency Device. Alat ini merupakan peranti yang dipasang pada pukat untuk menangkap udang baring. Alat ini akan menyisih atau menyediakan lalauan untuk anak-anak ikan kelauar dari pukat. Di mana ia hanya memerangkap udang baring sahaja. Jadi apakah istilah yang sesuai dalam Bahasa Malaysia?Soalan saudara akan kami ajukan kepada bahagian Peristilahan.  Kemungkinan proses mendapatkan jawapan yang sesuai akan mengambil masa.  Jawapan akan dikirim melalui e-mel.  Terima kasihIstilah26.06.2014
kedudukan perkataan "juga" dalam ayat perlu diletakkan di tengah ayat atau di akhir ayat. Contohnya : 1. Selain berperanan sebagai jalan perhubungan, laut penting "juga" dalam industri perikanan dan aktiviti ekonomi yang lain. atau 2. Selain berperanan sebagai jalan perhubungan, laut penting dalam industri perikanan dan aktiviti ekonomi yang lain "juga".Selain berperanan sebagai jalan perhubungan, laut juga penting dalam industri perikanan dan aktiviti ekonomi yang lain.Tatabahasa02.04.2015
industri perikanan membawa sumbangan yang semakin penting dalam pertumbuhan ekonomi negara kita. mengapakah kesalahan tatabahasa ialah membawa? apakah perkataan yang sesuai menggantikan perkataan membawa jika membawa adalah salah.Merujuk Kamus Dewan antara maksud membawa ialah mendatangkan, mengakibatkan, menyebabkan: masa tiga tahun belumlah membawa perubahan sebanyak itu. Berdasarkan keterangan makna dan contoh tersebut, ayat industri perikanan membawa sumbangan yang semakin penting dalam pertumbuhan ekonomi negara kita, betul cuma jarang digunakan. Yang biasa digunakan ialah memberi, padahal memberi juga bermaksud mendatangkan, mengakibatkan, menyebabkan.Tatabahasa08.07.2008
Salam, bolehkah saudara menjelaskan apakah maksud brush pile dalam kontesk perikanan bahasa melayu? Adakah ia bermaksud longgokan kayu?Padanan brush pile ialah tumpuk berus, iaitu istilah yang digunakan dalam bidang Biologi.Istilah15.08.2016
Salam tuan/puan, Apakah terjemahan bahasa Inggeris untuk 'ikan todak'? Terima kasih.Dalam istilah bidang Perikanan, padanan bahasa Inggeris untuk "todak" ialah shortbill spearfish.Istilah19.12.2014
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut dari bidang Perikanan: 1. Fry counter 2. Smolt counter 3. Fish Farm Paddlewheel Sekian, terima kasih.Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. fry counter - penghitung benih ikan
2. smolt counter - penghitung smolt
3. fish farm paddlewheel - kincir penternakan ikan
Istilah05.04.2016
adakah sama maksud dua perkataan ini? 'antimakan' dan 'repelan'Dalam pangkalan data kami, repelan digunakan dalam bidang pentadbiran perniagaan dan perikanan yang membawa maksud bahan penjauh. Tidak ada maklumat dalam data yang menunjukkan antimakan dan repelan mempunyai maksud yang sama.Istilah18.05.2014
Adakah perkataan "mengisar gigi" bersesuaian dengan perkataan "teeth grinding"Hasil carian dalam data PRPM kami, istilah yang wujud dalam bidang biologi dan perikanan ialah grinding teeth yang bermaksud gigi kisar manakala dalam bidang veterinar pula ialah teeth grinding yang bermaksud pengertakan gigi.Makna25.10.2018
Apakah nama ikan-ikan berikut dalam bahasa Melayu? 1) fusilier 2) scad 3) travelly 4) bream Terima kasih.saudara dinasihati merujuk Jabatan Perikanan atau Majuikan untuk perkara tersebut. Lain-lain13.05.2008
Salam sejahtera, apakah padanan kata bagi istilah "stalk, stalking & stalker" dalam konteks penggunaan media sosial? Sekian, terima kasih.Padanan kata bagi stalk ialah tangkai (biologi), gagang (perubatan), pangkal (perikanan) atau hendap manakala stalking ialah menghendap dan stalker pula menurut Kamus Inggeris - Melayu Dewan ialah pemburu atau pengintai maya(Teknologi Maklumat dan Komunikasi)Makna03.10.2019
12

Kembali ke atas