sila periksa banner yang sudah diubahkan. terima kasih | Simbol & perlu dieja dan. Sila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa untuk kelulusan. | Tatabahasa | 12.06.2013 |
SILA PERIKSA BANNER INI, UNTUK MEMOHOM LESEN | Sila buat pembetulan perkataan HP kepada TB, simbol & perlu dieja penuh menjadi dan, Pelekat Dinding kepada Kertas Hias Dinding. Sila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa untuk kelulusan setelah membuat pembetulan. | Tatabahasa | 12.06.2013 |
Tuan, sila periksa konklusi saya sama ada konklusi saya adalah betul atau salah. Berikut merupakan konklusi pertama saya. Sebentar lagi ada beberapa konklusi lagi. Tolong bantu saya. Terima Kasih! 1. negara Malaysia (betul) Negara Malaysia (salah) 2. negeri Pahang (betul) Negeri Pahang (salah) 3. sungai Tigris (betul) Sungai Tigris (salah) 4. tamadun Mesopotamia (betul) Tamadun Mesopotamia (salah) 5. hospital Pakar Malaysia (betul) Hospital Pakar Malaysia (salah) 6. program Kecemerlangan Pelajar (betul) Program Kecemerlangan Pelajar (salah) | Salam Sejahtera. Secara umumnya, jika contoh-contoh frasa yang diberikan merupakan permulaan ayat, maka semua huruf pertama pada pangkal ayat perlu menggunakan "huruf besar". Bagi kata nama khas, seperti nama negara, nama negeri, nama tamadun dan nama lengkap yang khusus bagi program atau aktiviti perlu digunakan "huruf besar". Berdasarkan contoh frasa saudara, saya perlu membuat penentuan awal, iaitu semua contoh merupakan frasa di tengah-tengah ayat bukan di permulaan ayat. Oleh itu, 1.negara Malaysia 2.negeri Pahang 3. Sungai Tigris 4.Tamadun Mesopotamia 5.hospital pakar Malaysia 6.program kecemerlangan pelajar. | Ejaan | 29.04.2014 |
Salam sejahtera, Bolehkah pihak tuan/puan terangkan penggunaan frasa "semak" dan "periksa"? Bila dan bagaimana penggunaan yang betul untuk kedua-duanya? Mohon pencerahan dan bantuan pihak DBP. Terima kasih. | Perkataan "semak" - (sémak); menyemak 1. mendengar-kan atau memerhatikan (percakapan, bacaan orang) dgn teliti: murid mesti ~ kalau guru mengajar; 2. mengkaji, meneliti: murid-murid hendaklah ~ jawaban yg ada di dlm jadual ini; 3. memeriksa atau meneliti kembali (supaya tidak ada yg salah dll), memerhatikan baik-baik: sukatan pelajaran yg digunakan pd zaman penjajah dahulu perlu disemak semula; semakan catatan (angka, kependekan, dll) utk dirujuk, rujukan: sampul surat yg me-ngandungi permohonan hendaklah ditanda dgn nombor ~ jawatan yg tertentu; penyemakan perbuatan (kerja dsb) menyemak: setelah ia berpuas hati dgn kebolehan orang-orang bawahnya, dia tidaklah melaku-kan ~ lagi; penyemak orang yg menyemak, peneliti, pemeriksa. Perkataan "periksa" - selidik, penyelidikan, siasat; kurang (tiada) ~ a) (saya) tidak tahu, entah; b) kurang hati-hati (teliti); salah ~ agak lambat (perbuatan); usul ~ penyelidikan (penyiasatan, penelitian); | Makna | 05.06.2019 |
Selamat sejahtera. Mohon periksa jika terjemahan berikut boleh diterima dan digunakan dan jika tidak, mohon berikan terjemahan yang boleh digunakan. Berikut merupakan istilah-istilah dalam bidang perubatan. Terima kasih. Live surgery - Pembedahan langsung Pipeline - Pelencong aliran darah Clipping - Menyepit Giant Aneurysm - Aneurisme besar | Senarai padanan istilah yang puan senaraikan tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Sehubungan dengan itu, ketepatan padanan istilah yang tersebut atau padanan lain tidak dapat kami berikan di sini. Untuk makluman puan, penggubalan istilah memerlukan maklumat konsep dan konteks penggunaan istilah dalam bidang khusus yang ditanya. Mohon puan dapat membekalkan maklumat konsep dan konteks penggunaan istilah yang disenaraikan kepada Encik Azahari bin Edin, Ketua Bahagian Penguatkuasaan melalui e-mel azahari@dbp.gov.my atau sila hubungi 03-21479111. | Istilah | 21.08.2017 |
Boleh tak tolong periksa ayat-ayat di bawah sama ada betul dari segi tatabahasa? 1. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk memasang alat penapis walaupun asap-asap yang dibebaskan mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon yang mampu menjejaskan kualiti udara. 2.Mereka terlalu malas untuk menanam apatah lagi membawa sampah-sarap ke tempat pelupusan sampah atau pusat kitar semula. 3.Pencemaran udara berpunca daripada pembebasan asap dari kawasan perindustrian, | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk memasang alat penapis udara walaupun asap yang dibebaskan mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon yang mampu menjejaskan kualiti udara. 2. Mereka terlalu malas untuk menanam sampah sarap apatah lagi membawanya ke tempat pelupusan sampah atau ke pusat kitar semula. 3.Pencemaran udara berpunca daripada pembebasan asap dari kawasan perindustrian. | Tatabahasa | 10.07.2014 |
Salam & selamat pagi, Tolong periksa ayat ini. "Bendahara, panggilkan Laksamana mengadap baginda sekarang juga," titah Sultan Melaka. 'Laksamana' patut ditulis huruf besar atau kecil? Terima kasih kerana meluangkan masa dan sudi menjawab. | Selamat pagi. Perkataan laksamana dalam konteks ayat di atas menggunakan huruf kecil kerana tanpa kata nama khas hadir selepasnya. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 21.06.2016 |
Slm. Boleh bantu saya untuk periksa ayat-ayat di bawah ini sama ada betul atau tidak? 1. Dalam perjalanan pulang, Ibu Angsa tidak nampak Si Ketam yang duduk di tepi tasik. 2. Setelah memerikda sangkar Dodo, baru;ah pengawal keselamatan itu menyedari bahawa Dodolah beruang yang terlepas dari sangkar itu. Pengawal itu menyesali perbuatannya yang cuai. Jika Dodo terlepas dan bertindak ganas terhadap manusia, pasti sesuatu yang buruk akan berlaku. 3.Gunting ini boleh digunakan untuk menggunting banyak benda," kata bapa arnab sambil memotong/memangkas bunga. 4. Keesokan hari/keesokan harinya 5. Jom kita main baling-baling buah? ajak Si Tupai Kelabu. 6. Sedang Si Buaya termenung, tiba-tiba dia nampak seekor monyet sedang bergayut dari sebatang pokok ke pokok yang lain. 7. Tiba-tiba, Si Buaya berenang masuk ke dalam air sehingga air melepasi kepala Si Monyet pula. 8. Ha...ha...ha..kamu telah ditipu, wahai Si Buaya yang jahat! Hati saya tidak pernah tanggalkan badan saya,"kata Si Monyet. | Ayat nombor 1 betul. Ayat nombor 2 perlu diperbetulkan seperti yang berikut: Setelah memeriksa sangkar Dodo, barulah pengawal keselamatan itu menyedari bahawa Dodo terlepas dari sangkar itu. Pengawal itu menyesali perbuatannya yang cuai. Jika Dodo terlepas dan bertindak ganas terhadap manusia, pasti sesuatu yang buruk akan berlaku. Ayat nombor 3 perlu dimasukkan tanda " " kerana merupakan dialog. "Gunting ini boleh digunakan untuk menggunting banyak benda." Kata bapa arnab sambil memangkas bunga. Ayat nombor 4 perlu diperbetulkan seperti yang berikut: Pada keesokan hari/harinya Ayat nombor 5 perlu dimasukkan tanda " " kerana merupakan dialog. "Jom kita main baling buah." Ajak Si Tupai Kelabu. Ayat nombor 6 perlu diperbetulkan seperti yang berikut: Sedang Si Buaya termenung, tiba-tiba Si Buaya ternampak seekor monyet sedang bergayut dari sebatang pokok ke pokok yang lain. Ayat nombor 7 dan nombor 8 tidak difahami dan tidak jelas. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.12.2018 |
Slm. Boleh bantu saya untuk periksa ayat-ayat di bawah ini sama ada betul atau tidak? 1. Pada suatu malam selepas mencari makanan, mereeka bergantung pada sebatang dahan pokok lalu berbual-bual. 2. najis kelawar dikenali sebagai 'guano". satu pemetik kata atau dua?) | Cadangan jawapannya yang betul adalah seperti yang berikut: - Pada suatu malam selepas mencari makanan, mereka bergantung pada sebatang dahan pokok lalu berbual-bual.
- Najis kelawar dikenali sebagai "guano".
| Tatabahasa | 06.12.2018 |
Slm. Boleh bantu saya untuk periksa ayat-ayat di bawah ini sama ada betul atau tidak? 1. Buku cerita yang baikialah buku yang dapat merangsang pemikiran pembaca menerusi penceritaanya. Inilah matlamat yang kami sasarkan kepada pembaca. 2. Banyak lagi nilai murni yang boleh kamu dapati daripada buku ini. 3. Jiran kita ini pemalas. Sudah pagi pun asihbelum bangun. 4. Bangun burung hantu! Bangun!"jerit anak burung kenari. Namun, burung hantu masih lena. 5. burung hantu haiwan yang aktif pada waktu malam. 6. dia membahagikan tugasnya kepada mereka supaya kerja lebih cepat disiapkan. 7. bagaimanakah saya mampu menyiapkan kerja ini seorang diri? lebih baik saya berehat. esok sahaja sy buat! 8. saya seorang diri tidk akan sempat kumpulkan semua jerami ini. lebih baik saya tidur dan merehatkan diri. | Cadangan jawapannya yang betul adalah seperti yang berikut: - Buku cerita yang baik ialah buku yang dapat merangsang pemikiran pembaca menerusi penceritaannya. Inilah matlamat yang kami sasarkan kepada pembaca.
- Banyak lagi nilai murni yang boleh kamu dapati daripada buku ini.
-
Jiran kita ini pemalas. Sudah pagi pun masih belum bangun. -
Bangun burung hantu! Bangun!"jerit anak burung kenari. Namun, burung hantu masih lena. -
burung hantu haiwan yang aktif pada waktu malam. -
Dia membahagikan tugasnya kepada mereka supaya kerja lebih cepat disiapkan. -
bagaimanakah saya mampu menyiapkan kerja ini seorang diri? lebih baik saya berehat. esok sahaja sy buat! - saya seorang diri tidk akan sempat kumpulkan semua jerami ini. lebih baik saya tidur dan merehatkan diri.
| Penyemakan dan penterjemahan | 06.12.2018 |