Jelaskan kebaikan dan keburukan sebutan baku bahasa melayu? | Untuk melihat kebaikan dan keburukan sebutan baku saudara perlu membuat kajian mendalam dan bacaan yang perinci tentang buku/ kertas kerja dan makalah yang berkaitan, antaranya buku Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, DBP, 1994. | Lain-lain | 05.07.2010 |
SLM, SAYA INGIN BERTANYA TENTANG PERBEZAAN ANTARA KINAYAH DAN KONOTASI DALAM BALAGHAH, TIME KASIH. | Kinayah bermaksud contoh yang tersembunyi pengertian atau maksudnya, yang dapat difahami tanpa keterangan lain. Untuk mendapatkan maklumat perinci termasuklah perbezaan antara kinayah dengan aspek lain dalam bahasa Arab, sila rujuk buku yang berkaitan. | Makna | 24.07.2010 |
sy ingin tahu..maksud istilah 'mat rempit ' dan sipa yg mengutarakannya.. | Mat rempit atau lumba haram merujuk orang yang terlibat dalam kegiatan berlumba motosikal yang tidak dibenarkan dan di tempat laluan awam. Untuk maklumat perinci sila rujuk makalah yang berkaitan, terima kasih. | Istilah | 27.07.2009 |
saya hendak melihat bentuk-bentuk imbuhan dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris, dan satu perbandingan struktur | Bentuk-bentuk imbuhan bahasa Melayu dibincangkan dengan jelas dalam buku tatabahasa danuntuk melihat perbandingan antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam kes tersebut memerlukan kajian dan rujukan yang lengkap dan perinci, sila rujuk buku/makalah yang berkaitan. Terima kasih. | Lain-lain | 12.01.2009 |
TERANGKAN TENTANG KEINDAHAN BAHASA DALAM PERIBAHASA MELAYU? | Peribahasa merupakan salah satu cabang sastera lama yang tak lapuk di hujan dan tak lekang di panas. Setiap peribahasa terdiri daripada bait-bait kata yang mengandungi makna tersirat yang menggambarkan betapa luasnya renungan, fikiran danpengalaman hidup penyusunnya. Perkara ini memerlukan penelitian dan kajian yang perinci. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku yang berkaitan serta kertas-kertas kerja yang dibentangkan dalam pelbagai seminar. | Lain-lain | 25.03.2009 |
MAKSUD TERPERINCI TENTANG 'TEKANAN KERJA' | Tekanan kerja membawa kesan positif dan juga negatif. Tekanan kerja yang sedikit perlu untuk meningkatkanproduktiviti. Manakala tekanan kerja yang berlebihan boleh mendatangkan kesan negatif. Suasana di tempat kerja yang kurang memuaskan boleh mendatangkan tekanan mental termasuklah perhubungan sesama rakan sekerja dan perhubungan dengan majikan. Untuk maksud yang perinci sila rujuk buku/makalah yang berkaitan. | Lain-lain | 20.01.2009 |
saya ditugaskan membuat satu pembentangan subjek bahasa melayu komunikasi mengenai tajuk komunikasi penulisan teks. beberapa aspek telah ditentukan oleh pensyarah iaitu penggunaan bahasa yang dramatis, pemilihan aksi, format yang sesuai, pemilihan aksi dan kesedaran khalayak. saya tidak memahami aspek-aspek penulisan yang telah diberi. | Penggunaan bahasa yang gramatis (bukan dramatis) merujuk penggunaan bahasa yang mengikut prinsip tatabahasa, pemilihan aksi ialah pemilihan tingkah laku yang dibuat, format yang bersesuaian dengan tajuk dan situasi, dan kesedaran khalayak (pendengar atau pembaca). Untuk maksud yang lebih perinci sila rujuk buku yang berkaitan. | Makna | 10.10.2010 |
Terima kasih, Tuan. Minta penjelasan lanjut. Kerajaan menghadapi pelbagai masalah dalam mengawal kebanjiran pekerja asing ke negara ini. Bincangkan. Kerajaan menghadapi pelbagai halangan dalam mengawal kebanjiran pekerja asing ke negara ini. Bincangkan. Kerajaan menghadapi pelbagai cabaran dalam mengawal kebanjiran pekerja asing ke negara ini. Bincangkan. Soalan 1. Adakah penggunaan perkataan masalah, halangan dan cabaran pada 3 ayat di atas betul? 2. Adakah masalah yang ujud akan menjadi halangan dan jika tidak dapat diselesaikan ia akan menjadi cabaran? Contoh : Kerajaan menghadapi masalah kewangan dalam mengawal kebanjiran pekerja, dengan kata lain kerajaan menghadapi halangan iaitu sumber kewangan terhad. Maka, dengan sumber kewangan yang terhad, cabaran kerajaan ialah mendapatkan wang untuk mengawal kebanjiran pekerja asing 3. Bolehkah tuan kemukakan beberapa contoh situasi yang mendatangkan cabaran kepada negara atau individu supaya saya lebih jelas tentang maksud cabaran untuk dibezakan daripada halangan dan masalah. contoh 1 Apa cabaran seorang pendaki gunung? Jawapan faktor cuaca Apa masalah yang dihadapi oleh pendaki gunung? Jawapan faktor cuaca Apakah halangan yang dihadapi oleh pendaki gunung? Jawapan faktor cuaca Faktor cuaca adalah cabaran, juga merupakan masalah, juga merupakan halangan kepada seorang pendaki. Jadi, apa bezanya? | Untuk makluman tuan, huraian makna yang diberikan adalah merujuk Kamus Dewan dan Kamus Dewan tidak menghuraikan secara perinci tahap makna perkataan tersebut. Pada pandangan kami ayat yang paling tepat ialah Kerajaan menghadapi pelbagai cabaran dalam mengawal kebanjiran pekerja asing ke negara ini. Kerja mengawal kebanjiran pekerja asing dianggap sebagai cabaran yang menguji kemampuan negara kita untuk menanganinya. Walau bagaimanpun tidaklah salah jika "mengawal kebanjiran pekerja asing" dianggap sebagai masalah atau halangan kepada negara kerana hal ini juga memerlukan penyelesaian (masalah) dan juga menjadi rintangan kepada negara. Hal ini demikian kerana kita boleh melihat ayat itu daripada pelbagai aspek sama ada masalah atau halangan atau cabaran. Untuk melihat contoh lain penggunaan kata cabaran, layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cabaran&d=9. | Makna | 07.06.2012 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang aspek kata penguat di bawah ; - benar sekali - terlalu amat - sungguh nian - terlalu paling Adakah keempat-empat kata penguat ini dapat digunakan sebelum kata adjektif? Terima kasihl. | Terdapat tiga jenis kata penguat: A. kata penguat hadapan, iaitu yang terletak di hadapan frasa atau kata adjektif. Contoh: terlalu, paling, agak, cukup; contoh ayat: pokok itu terlalu tinggi; masakannya paling enak;pemandangan di tasik itu cukup indah; harga emas makin mahal; jawapannya kurang tepat;B. Kata penguat belakang, iaitu kata yang letaknya di belakang kata adjektif. Contohnya: sekali, benar, betul dan nian. Contoh ayat: kelakuannya baik sekali; lambat benar dia datang; indah nian istana bunian; keputusan peperiksaannya buruk betul; C. Kata penguat bebas, iaitu letaknya boleh di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh: amat, sangat, dan sungguh. Contoh ayat: Pakaiannya amat kemas=kemas amat pakaiannya; harganya sangat mahal=mahal sangat harganya; sungguh sedih kisahnya= kisahnya sungguh sedih. Kata penguat "paling" dan "ter-" tidak boleh digunakan serentak dengan "sekali". Sila rujuk maklumat yang diberikan untuk penggunaan kata penguat dan maklumat perinci boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 22.07.2010 |