1. Yang mana satukah betul untuk digunakan di papan tanda a) Taman Perindustrian Makanan Halal Pasir Mas atau Taman Industri Makanan Halal Pasir Mas b) Taman Industri Gambang atau Taman Perindustrian Gambang? c) Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan atau Taman Industri Malaysia- China Kuantan. Terima Kasih. | Jawapan yang betul: a. Taman Industri Makanan Halal Pasir Mas b. Taman Industri Gambang c. Taman Industri Malaysia-China Kuantan | Istilah | 11.02.2014 |
Memohon bantuan pihak tuan untuk menyemak ejaan jawi bagi 'Kawasan Perindustrian' seperti lampiran berikut. Terima kasih. | Tiada lampiran yang dikemukakan. Walau bagaimanapun, ejaan jawi untuk "Kawasan Perindustrian" ialah (kawasan Perindustrian) کاوسن ڤرايندوسترين | Tatabahasa | 31.12.2015 |
TANAH PERINDUSTRIAN UNTUK DIJUAL/DISEWA Industrial Land for Sale (BESIDE BILLION SUPERMARKET, BANDAR SRI ISKANDAR) Mr Sella:019-4334864 Ms Michelle:016-5205271 | Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 06.07.2015 |
Saya ingin makluman mengenai status penerbitan manuskrip saya bertajuk 'reka bentuk perindustrian: Realisasi projek reka bentuk automotif secara praktikal' Rujukan DBP/428/100-1/1/1/90 K.11(123). | Salam tuan budiman, manuskrip bertajuk 'reka bentuk perindustrian: Realisasi projek reka bentuk automotif secara praktikal' telah selesai disunting, dan telah diemelkan kepada penulis untuk semakan dan pengesahan penulis. Sebarang pertanyaa berhubung perkara di atas, bolehlah menghubungi: Puan Raba’ah Jaffar, Penolong Editor, Bahagian Buku Umum melalui talian telefon 03-21479429 atau e-mel rabaah@dbp.gov.my | Lain-lain | 03.12.2019 |
Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Melayu Selangor | Tidak ada soalan yang dikemukakan. Untuk pengesahan nama tempat dan bangunan, sila klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. | Lain-lain | 06.01.2014 |
penamaan tempat yang sebenarnya telah diwartakan. | "Kawasan Perindustrian Temasya" | Tatabahasa | 18.12.2013 |
Mohon terjemahan bagi yang frasa Inggeris dalam ayat berikut: Bagi mendepani Revolusi Perindustrian Keempat, institusi perlu menguasai 11 'enabling technologies' yang berikut: 1. Big Data Analytics (Analisis Data Raya?) 2. Artificial Intelligence (Kecerdasan Buatan) 3. Augmentd Reality (Realiti Terimbuh) 4. Additive Manufacturing (Pembuatan Bahan Tambah) 5. Cybersecurity (Keselamatan Siber) 6. Systems Integration (Integrasi Sistem / Sistem Bersepadu?) 7. Internet of Things (Internet Benda) 8. Simulation (Simulasi) 9. Advanced Materials (Bahan Canggih?) 10. Autonomous Robots (Robot Berautonomi) 11. Cloud Computing (Pengkomputeran Awam) Terima kasih | Terjemahan yang sesuai bagi perkataan bahasa Inggeris yang diberikan ialah: 1. Big Data Analytics - Analisis Data Raya 2. Artificial Intelligence - Kecerdasan Buatan 3. Augmentd Reality - Realiti Terimbuh 4. Additive Manufacturing - Pembuatan Bahan Tambahan 5. Cybersecurity - Keselamatan Siber 6. Systems Integration - Sistem Bersepadu 7. Internet of Things - Internet Benda 8. Simulation - Simulasi 9. Advanced Materials - Bahan Termaju 10. Autonomous Robots - Robot autonomi 11. Cloud Computing - Pengkomputeran Awam 12. enabling technologies - Teknologi pemboleh Terima kasih
| Makna | 03.10.2018 |
Faktor-faktor campurtangan British di Tanah Melayu | Kedatangan British ke Tanah Melayu adalah kerana faktor ekonomi, agama dan ingin mencari kemasyhuran. Berikutan Revolusi Perindustrian, England memerlukan bekalan bahan mentah seperti bijih timah, rempah dan getah. Dari segi agama pula, berikutan Perang Salib di Eropah, kuasa - kuasa Barat cuba melemahkan perkembangan agama Islam walau di mana juga pusat perkembangannya. Selain itu, kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba mencari tanah jajahan bagi mendapatkan kemasyhuran sebagai satu kuasa dunia yang gagah. Tanah jajahan juga menjadi tempat memasarkan barangan keluaran mereka. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Sejarah Malaysia Sepintas Lalu oleh Zainal Abidin Abdul Wahid et.al., buku Malaysia oleh Rupert Emerson, dan lain-lain. | Lain-lain | 01.03.2008 |
perkataan seerti bagi 'perkembangan' | Maknanya ialah perihal (proses dsb) berkembang (menjadi maju atau tersebar, membiak, meluas, dsb), pertumbuhan, kemajuan: ~ bahasa dan kesusasteraan Melayu; dgn ~ perindustrian, banyaklah lagi hasil perusahaan yg dapat dikeluarkan; ~ politik; ~ ilmu pengetahuan; | Makna | 15.04.2010 |
Apakah jenis ayat di bawah. 1. Sedar atau tidak bahasa Melayu ketinggalan sebagai medium utama dalam dua revolusi terdahulu, iaitu Revolusi Pertanian (8000 sebelum Masehi) dan Revolusi perindustrian ( 1765 Masehi) 2.Kini dunia mengalami gelombang ketiga menerusi Revolusi Teknologi Maklumat yang dikatakan bermula seawal 1955. 3. Revolusi ini mempercepatkan lagi proses globalisasi, mencorakkan semula ekonomi serta mempengaruhi cara hidup dan cara manusia bekerja. 4.Sejak awal lagi bahasa Inggeris sudah diterima sebagai bahasa komunikasi utama di internet. 5. Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara di internet dan transaksi e-dagang sangat dominan. 6. Apabila perniagaan di internet mula berkembang di Barat dan menular ke serata dunia, bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa komunikasi pemasaran. | Kesemua contoh ayat yang diberikan boleh dikategorikan dalam kumpulan ayat penyata, iaitu ayat yang yang mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal. | Tatabahasa | 07.04.2013 |