Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri.nga.tan]/[per.i.nga.tan] | ڤرايڠتن

Definisi : 1. nasihat (teguran dll) utk diingati: saya telah beberapa kali mengingatkan dia tentang kecuaiannya itu tetapi ~ saya tidak dipedulikannya; 2. catatan, keterangan: semua perkara besar yg berlaku tiap-tiap hari dicatatnya dlm sebuah buku ~; 3. sesuatu yg digunakan utk memperingati atau mengenang sesuatu, kenang-kenangan: ia membeli sebuah lencana kecil tanda ~ menyambut kemerdekaan; tugu ~; 4. ingatan: ~ manusia hanya singkat sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri.nga.tan]/[per.i.nga.tan] | ڤرايڠتن

Definisi : 1 hal memberi ingat, memberi nasihat dll utk mengingatkan: Dia telah menerima surat ~ dr pejabat tanah. 2 sesuatu yg mesti diingat: Kejadian itu menjadi ~ kpd kita semua. 3 sesuatu yg digunakan utk memperingati; kenang-kenangan: tugu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ingat (kata kerja)
1. Bersinonim dengan sedar: tahu, terkenang,

2. Bersinonim dengan bercadang: berhajat, berniat,

3. Bersinonim dengan fikir: rasa, agak,

Kata Terbitan : beringat-ingat, mengingatkan, memperingati, memperingatkan, teringat-ingat, ingatan, ingat-ingatan, peringatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon bantuan. Sesuai atau tidak saya menggunakan perkataan 'Peringatan Mesra' bagi surat-surat peringatan yang saya hendak keluarkan kepada jabatan/agensi lain"Peringatan" telah memadai untuk menyatakan tujuan surat itu dikeluarkan, namun bukanlah suatu kesalahan untuk menggunakan frasa "Peringatan Mesra".Tatabahasa17.11.2014
Apakah padanan yang sesuai dengan terjemahan perkataan "gentle reminder" dan mengapa? A. Peringatan lembut. B. Peringatan mesra.

Padanan perkataan bahasa Melayu yang sesuai untuk  frasa “gentle reminder” ialah  “peringatan mesra”. Perkataan “mesra” bermaksud  bercampur benar-benar, menyerap benar-benar, berpadu, bersebati, erat atau karib benar (Kamus Dewan Perdana, mukasurat 1458) lebih sesuai digunakan dan secara lazimnya frasa ini digunakan untuk padanan “gentle reminder”.

Makna23.07.2024
Peringatan ini adalah cetakan komputer atau Peringatan ini ialah cetakan komputer?Ayat yang betul ialah "Peringatan ini ialah cetakan berkomputer"Lain-lain05.07.2023
Kejadian itu wajar menjadi peringatan kepada semua orang. Kejadian itu wajar dijadikan peringatan kepada semua orang. adakah "menjadi" dan "dijadikan" juga betul diguna? terima kasih.Ayat yang betul ialah "Kejadian itu wajar menjadi peringatan kepada semua orang".Tatabahasa15.04.2013
Apakah perbezaan antara surat peringatan dan surat amaran? Perlukan perkataan "Tuan,Puan Tuan/Puan dan Syarikat" ditaip dengan huruf besar dipangkal perkataan.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Peringatan ialah hal memberi ingat, memberi nasihat dll utk mengingatkan. Manakala amaran membawa maksud perintah, suruhan; 2. peringatan (yg keras). Di sini dapat dilihat perbezaan antara surat peringatan dengan surat amaran.

Di pangkal perkataan wajib ditulis dengan huruf besar bagi permulaan ayat. manakala di tempat lain hanya huruf kecil. Syarikat pula kalau ditulis bersama nama syarikat perlu huruf besar tetapi huruf kecil jika syarikat sahaja.
Ejaan04.08.2012
TAMAN PERINGATAN NIAN EN تامن ڤرايڠتن نيان اين SILA SEMAK EJAAN, TERIMA KASIH.Ejaan ini betul: تامن ڤرايڠتن نيان اين . SILA pastikan EN di sini bunyi "e" seperti endah, jika bunyi "e" seperti encik ejaan yang betul ialah ان
.
Ejaan08.08.2017
terima kasih di atas peringatan atau terima kasih di atas pengingatanTerima kasih atas peringatan.Lain-lain09.03.2023
Sebagai penjawat awam kami sering diberikan peringatan mengenai tatacara berpakaian, dengan tajuk "ETIKA PEMAKAIAN". Contoh peringatan seperti di lampiran. Saya ingin mendapatkan pengesahan mengenai penggunakan frasa yang betul - "ETIKA PEMAKAIAN" @ "ETIKA BERPAKAIAN" @ "ETIKA PAKAIAN". Terima kasih.

Istilah yang tepat ialah Etika Berpakaian yang membawa maksud prinsip moral atau nilai-nilai akhlak berpakaian.

Tatabahasa05.01.2024
“Sembahyanglah kalian sebelum kalian disembahyangkan”,suatu peringatan tertera di hadapan masjid. munsyi, adakah ayat ini gramatis? pendapat saya ialah “Bersembahyanglah kalian sebelum kalian disembahyangi”,suatu peringatan tertera di hadapan masjid. TQUngkapan "Bersembahyanglah kalian sebelum kalian disembahyangi" adalah gramatis namun ungkapan "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan" telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa07.02.2012
Mohon semak ayat di bawah: Walau bagaimanapun, sebagai peringatan tuan/puan dipohon untuk menyemak sekali lagi bagi memastikan bahan pihak ketiga yang digunakan dalam laman tuan/puan tiada perlanggaran hak fipta.Sebagai peringatan tuan/puan dimohon untuk menyemak sekali lagi bahan pihak ketiga yang digunakan dalam laman tuan/puan bagi memastikan  tidak berlaku perlanggaran hak cipta.Tatabahasa15.05.2013
12345

Kembali ke atas