Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.rin.tis] | ڤرينتيس

Definisi : 1. = ~ jalan orang dll yg pertama sekali mengusahakan (mengerjakan) sesuatu, pembuka jalan, pemuka, penganjur: ~ ke­merdekaan; 2. Id pasukan polis (tentera) yg bergerak dahulu atau yg membuat serangan yg mula-mula. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rin.tis] | ڤرينتيس

Definisi : , = ~ jalan orang dll yg mula-mula sekali mengerjakan sesuatu usaha; pelopor: ~ kemerdekaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rintis
Kata Terbitan : rintisan, merintis, perintis,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pihak kami akan melaksanakan Sistem XX secara rintis. Jabatan perintis yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut:..... Adakah betul penggunaan jabatan perintis? Atau jabatan rintis?Penggunaan yang betul ialah Jabatan perintis.Tatabahasa28.12.2021
Apakah terjemahan yang terbaik untuk "groundbreaking". COntoh ayat: "...groundbreaking research into fertility problems"Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk "groundbreaking" ialah perintis, "...penyelidikan perintis dalam masalah kesuburan" berdasarkan frasa "...groundbreaking research into fertility problems". Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan berdasarkan kesesuaian konteks ayat.  Makna08.11.2019
Saya mendapat soalan tatabahasa sebegini: Mereka bakal menjadi perintis bagi doktor-doktor Melayu _______ (lulus) Universiti Kebangsaan. Adakah jawapannya lulusan atau kelulusan, atau kedua-duanya diterima pakai? Terima kasih.Jawapan yang lebih sesuai ialah lulusan.Tatabahasa08.10.2015
Ingin mendapat Sijil Pengesahan Bahasa untuk papan iklan PEJABAT URUSAN GARUDA PERINTIS SDN. BHD.Selamat pagi.

Mohon pihak puan melayari www.prpm.dbp.gov.my dan klik menu e-perkhidmatan untuk proses mendapatkan pengesahan bahasa bagi iklan. Sekian, terima kasih.
Lain-lain31.05.2016
Tuan/Puan, Saya ingin bertanya sekiranya wujudkah perkataan "mengenengahkan" dalam mana-mana edisi Kamus Dewan Bahasa? Jika ada, adakah contoh ayat di bawah betul dari segi tatabahasa? Contoh: "Tabung Haji telah menjadi perintis dalam mengenengahkan mengetengahkan pelbagai inovasi dalam kewangan Islam" Saya berpendapat "mengetengahkan" lagi sesuai dalam ayat ini. Nasihat anda amat dihargai.Ejaan yang betul ialah mengetengahkan. Oleh yang demikian, penggunaan dalam ayat yang betul ialah Tabung Haji telah menjadi perintis dalam mengetengahkan pelbagai inovasi dalam kewangan Islam.Ejaan24.08.2021
Salam, Saya ada soalan. Untuk perkataan "change-maker", apakah perkataan/istilah dalam Bahasa Melayu yang paling bersesuaian?Kami mencadangkan change-maker diterjemahkan kepada perintis perubahan, pelaksana perubahan atau pencetus perubahan bergantung pada konteks ayat yang digunakan.Penyemakan dan penterjemahan17.02.2016
Salam, Saya sedang menyediakan satu karya berbentuk puisi. Saya tidak pasti untuk mengkategorikannya. Saya turunkan sebahagian daripadanya di bawah ini: Kami perantau dari desa Menjejak kota mengisi dada Menimba ilmu mengasuh minda Menjadi perintis bahasa ibunda Menyahut seruan negara tercinta Membina jenerasi anak bangsa Kami perantau tiada nama Hidup susah serba sederhana Beranikan diri meredah dunia Mengejar cita-cita sampai jaya Membina hidup yang lebih selesa Membalas budi ibubapa dan negara Kami kini meniti usia Banyak bersyukur dengan yang ada Muhasabah diri membersih dada Mengenang yang lalu mengambil iktibar Memandang ke depan mengumpul bekal Mengisi usia yang masih tinggal Mohon bantun. Terima kasih.Setelah meneliti karya saudara, ia memang sebuah karya puisi moden, iaitu sajak tentang kehidupan. Hanya cadangan saya, saudara perlu menulis puisi tersebut mengikut format yang betul, iaitu memecahkannya kepada baris demi baris supaya ia dapat  dihayati oleh pembaca dengan baik. Syabas atas usaha saudara dan teruskan menulis.Lain-lain10.11.2011
Sdr budiman, Sebuah antologi puisi berjudul Pelopor akan diterbitkan bagi memperingati dua orang tokoh yang telah berjasa kepada masyarakat. Antologi berkenaan memuatkan puisi kedua-dua tokoh serta beberapa puisi penyair lain yang mengungkapkan tema yang selari dengan perjuangan dua tokoh berkenaan. Berpandukan maklumat di atas, saya telah memberikan judul untuk antologi seperti berikut: Pelopor: Antologi Puisi Sempena Memperingati A dan B Apakah judul yang saya berikan itu tepat dari segi nahu dan memadai untuk mengungkapkan maksud yang dinyatakan di atas? Diharap tuan memberikan judul yang bersesuaian berpandukan maksud yang dinyatakan di atas. Terima kasih atas khidmat nasihat yang tuan berikan. Yang benar, Chong Merujuk makna 'pelopor' ialah  orang yang mula-mula mengusahakan atau mewujudkan sesuatu; pengasas ; perintis. Manakala 'sempena' bermaksud berkat atau tuah ; atau mimpi. Bagi memberi judul buku antologi ini, sila pastikan kedua-dua tokoh tersebut sememangnya merupakan pelopor atau pengasas sesuatu aliran atau tema. Oleh yang demikian, tajuk antologi ini hendaklah menepati  fokus dan kandungannya. Berdasarkan  tajuk yang diberikan, dicadangkan supaya kata 'sempena' digugurkan.  Cadangan tajuk : Pelopor : Antologi Memperingati Tokoh A dan B.Lain-lain26.05.2010

Kembali ke atas