dalam bidang perisikan apakah terjemahan untuk "safe House". Terima kasih | Padanan bagi perkataan "safe house" dalam bahasa Melayu belum ada. Pihak kami mencadangkan padanan yang sesuai ialah "rumah selamat" | Makna | 22.11.2015 |
Kursus Business Intelligence bolehkah kita tafsirkan sebagai kursus Pakar Perniagaan? Apakah pendapat tuan? Terima kasih | Untuk makluman, istilah "business intelligence' tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "market intelligence" yang padanan bahasa Melayunya ialah perisikan pasaran. Oleh itu, cadangan istilah bahasa Melayu untuk "business intelligence" ialah perisikan pasaran dan kursus tersebut boleh diterjemahkan sebagai Kursus Perisikan Pasaran. | Istilah | 12.09.2012 |
1)standardization 2)adaptation 3)market intelligence | 1)standiardisasi )adaptasi 3)perisikan pasaran | Ejaan | 18.01.2011 |
Istilah Bahasa Melayu untuk Security Intelligence | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "security intelligence" ialah perisikan keselamatan. | Istilah | 01.09.2016 |
Mohon cadangkan ke dalam Bahasa Malaysia "Intelligence Based Warfare" di mana "Intelligence" yang di maksudkan bukan bererti perisikan tetapi dari konsep "cognitive" atau kepintaran selain dari 'Peperangan Berasaskan Kepintaran'. | Encik Mohd Shahril, Cadangan saya kita boleh juga gunakan peperangan kepintaran namun untuk lebih tepat sila rujuk buku istilah angkatan tentera yang diusahakan bersama antara Dewan Bahasa dan Pustaka dan Jawatankuasa Istilah Angkatan Tentera. | Istilah | 18.05.2010 |
Mohon pandangan untuk terjemahan perkataan Business Intelligence dalam konteks teknologi maklumat. Dalam penulisan tesis saya mengunakan terjemahan 'risikan bisnes'. Berikut adalah antara cotoh definisi Business Intelligence, "risikan bisnes merupakan satu set alat bersepadu, teknologi dan produk yang diprogramkan, yang digunakan untuk mengumpul, mengintegrasikan, menganalisis dan mengubah data kepada maklumat. Maklumat ini kemudiannya digunakan untuk membolehkan pembuatan keputusan bisnes yang efektif (Yeoh & Koronios 2010)." Terima kasih. | Untuk makluman, istilah "business intelligence' tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "market intelligence" yang padanan bahasa Melayunya ialah perisikan pasaran. Oleh itu, cadangan istilah bahasa Melayu untuk "business intelligence" ialah perisikan perniagaan. | Istilah | 08.10.2012 |