Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.rit] | ڤريت

Definisi : 1. rasa sakit (spt luka kena ubat dll), pedih, perih: luka di mukanya masih pedih dan ~; 2. ki sangat dukacita (kecewa dll), sakit hati, pilu: ia berasa amat pahit dituduh demikian, ~ dan sayu; 3. susah payah, sukar: penulis cuba menggambarkan bagaimana ~nya hidup seorang pengemis; memeritkan menyebabkan (sesuatu) perit: cahaya matahari yg ~ kulit badan; keperitan perihal perit, kepedihan, kesusah­an, kesukaran: ia menghadapi segala ~ hidup dgn sabar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rit] | ڤريت

Definisi : Kl jera, serik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rit] | ڤريت

Definisi : Kl; terperit-perit terkedip-kedip, terkelip-kelip (mata), terkenyit-kenyit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rit] | ڤريت

Definisi : 1 (be)rasa sakit spt yg dirasai ketika ditampar kuat-kuat dll. 2 ki tidak senang; susah: Alangkah ~nya kehidupan mereka sejak kematian ayah dan ibu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perit
Rujuk :pedih


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kata-kata Ali yang tajam dan _________ menyinggung perasaan Aisyah. a. pedih b. perit c. pedas terima kasihKedua-dua perkataan pedih dan pedas boleh digunakan dalam ayat tersebut.Lain-lain22.07.2019
Apakah maksud MERIDIP BADAI, dan boleh kah ia digunakan sebagai tajuk penceritaan tentang perit maung beberapa orang menghadapi kehidupan yang mencabar?Tidak ada maklumat tentang kata meridip dalam pangkalan data kami. Kata ridip bermaksud sirip di belakang ikan dan tidak tepat dari segi semantiknya untuk ditambah imbuhan me-... dan digabungkan dengan perkataan badai yang bermaksud taufan.Tatabahasa22.07.2011
oleh itu betul ke oleh sebab itu betul? merasakan keperitan betul ke? ke berasa keperitan?

Frasa 'oleh itu' dan 'oleh sebab itu' kedua-duanya betul. Kata keperitan sahaja sudah membawa maksud rasa/peri hal perit, maka tidak perlu lagi berasa keperitan.

Tatabahasa22.03.2011
b. Kenal pasti kesalahan penggunaan kata yang terdapat dalam ayat. Kemudian, betulkan kesalahan tersebut. Demi Keda 1. Buah-buahan yang telah masak ranum itu jatuh bergelimpangan di atas tanah. 2. Ibu memasukkan telur kuning ke dalam mangkuklalu memukulnya hingga kembang. 3. Penyakit aneh yang dideritai datuk memerlukan perhatian dan kajian doktor pakar. 4. Faiz menemukan barang kemas yang tidak ternilai harganya itu secara tidak sedar. 5. Adegan pihak polis kejar-mengejar perompak itu telah dirakam oleh orang ramai. 6. Ibu menegur abang yang memakai pakaian compang-camping ke majlis kenduri. Syarikat ternama itu berjaya kerana mengutamakan penghasilan dalam setiap bidang. 7. 8. Adik amat gembira sekali kerana dihadiahkan rantai kunci yang berumbai-rumbai. 9. Saya suka hati terhadap kanak-kanak itu kerana keletahnya yang manja dan bersahaja. 10. Kulitnya terasa amat perit sekali apabila terkena air kerana lukanya masih belum pulih sepenuhnya. Minta semak kegramatisan ayat di atas

Untuk penyemakan dokumen atau teks yang panjang, DBP menyediakan khidmat penyemakan dokumen/teks dalam bahasa Melayu secara berbayar.

Untuk pertanyaan tuan/puan, kami menggalakkan tuan/puan membuat penyemakan langsung dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015) halaman 432 hingga 575. Walau bagaimanapun, kami memberikan dua contoh penambahbaikan terhadap pertanyaan tersebut:

  1. Ibu memasukkan kuning telur ke dalam mangkuk, lalu memukulnya hingga kembang.
  2. Saya gembira melihat keletah kanak-kanak yang manja.
Tatabahasa22.01.2026

Kembali ke atas