Salam sejahtera, Saya mempunyai kemusykilan mengenai tanda baca bagi ayat di bawah. Perempuan tua itu memberi gadis itu sebuah periuk. "Periuk ini akan memasak bubur yang sangat sedap," katanya. "Kau cuma perlu berkata, 'Masaklah, wahai periuk, masaklah!'" Adakah tanda seru (!) berada sebelum atau selepas tanda (')? Terima kasih. | Tanda seru dalam ayat ditulis pada akhir ayat, contohnya "Wah, cantiknya rumah itu!" Tanda seru berada sebelum tanda petik ( " ). | Tatabahasa | 16.04.2013 |
Selamat sejahtera, Yang manakah sesuai digunakan bagi "multi cooker"? "Mltui cooker" ialah peralatan dapur. 1) Periuk pelbagai guna 2) Periuk pelbagai 3) Periuk multi Sekiranya semua jawapan di atas salah, sila berikan pendapat tuan/puan. Terima kasih. | Kami mencadangkan multi-cooker diterjemahkan kepada periuk pelbagai guna. | Tatabahasa | 27.03.2015 |
Perkataan "Sebiji Periuk" adakah perkataan yang betul? Terima kasih. | Penjodoh bilangan yang betul ialah sebuah periuk. | Tatabahasa | 08.04.2010 |
Salam dan selamat pagi. Apakah terjemahan yang sesuai untuk 'Smart cooker'? Adakah 'periuk pintar'? Terima kasih. | Terjemahan yang sesuai ialah periuk pintar. | Lain-lain | 07.10.2015 |
1. makna-acilut, -adat periuk berkerak, adat lesung berdedak 2. perbezaan antara 'menasihatkan orang' dengan 'menasihati orang' | 1. Perkataan acilut - tidak ada dalam sumber rujukan kami, berkemungkinan acilut ialah slanga yang dituturkan dalam kalangan kelompok tertentu sahaja. Peribahasa Adat periuk berkerak, Adat lesung berdedak bermaksud berkehendakkan keuntungan, haruslah susah; 2. Menasihatkan orang bermaksud memberikan sesuatu sebagai nasihat atau sebagai tunjuk ajar; manakala menasihati orang bermaksud memberi nasihat (ajaran, tunjuk ajar, dll) kepada.... Kedua-dua perkataan tersebut hampir sama maknanya tetapi terdapat sedikit perbezaan dalam penggunaannya. Bezanya ialah perkataan menasihati mestilah diikuti dengan orang contohnya, menasihati Ali, manakala menasihatkan mestilah diikuti dengan sesuatu, contohnya menasihatkan berbuat kebaikan | Makna | 26.01.2010 |
Adakah ranjau sama erti dengan periuk api? Jika ya, adakah ranjau padanan sesuai untuk 'landmine'/'mine'? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud ranjau ialah 1. Benda tajam (daripada besi, buluh, dan lain-lain) yg dipasang di tanah dan lain-lain untuk melukai orang. 2. Sejenis alat letupan (peledak) yang ditanam di darat (dipasang di laut). 3. Sesuatu yang dibuat untuk mencelakakan orang atau tipu daya. Manakala maksud land mine pula ialah bermaksud ranjau letupan darat dan maksud mine pula ialah lombong atau periuk api | Makna | 23.10.2018 |
"Double Boiler" ialah Periuk Berlapis. Jadi, apakah istilah yang boleh diterima untuk 'double boiled" atau 'double boiling"? Bolehkah "Dididih Berlapis/Bertindih" atau "Pendidihan Berlapis/Bertindih" diterima? Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "double boiled" atau "double boiling" ialah didihan berlapis. | Istilah | 29.03.2017 |
Bagaimana perkataan-perkataan berikut dipenggalkan mengikut suku kata? rumpair sempoa muzium masyhur piano suria jurutaip cuaca beliung periuk audit atlet akauntan aeronautik Musytari sandwic asparagus ekuestrian triatlon penguin Oleander Rafflesia Aloe vera Willow Asteroid Adakah kata nama khas (khasnya kata pinjaman Inggeris) tidak perlu dipenggalkan? | Suku kata perkataan tersebut dipenggalkan seperti yang berikut: (rum/pa/ir), (sem/po/a), (mu/zi/um), (masy/hur), (pi/a/no), (su/ri/a), (ju/ru/ta/ip), (cu/a/ca), (be/li/ung), (pe/ri/uk), (au/dit(, (at/let), (a/ka/un/tan), (ae/ro/nau/tik), (Musy/ta/ri), (sand/wic), (as/pa/ra/gus), (e/ku/es/tri/an), (tri/at/lon), (pe/ngu/in), (O/le/an/der), (Raff/le/si/a), (A/loe), (ve/ra), (Wi/llow), (As/te/ro/id). Lazimnya dalam tujuan pembelajaran kata jati Melayu yang dipilih sebagai contoh penggalan bagi memudahkan kefahaman pelajar. | Tatabahasa | 19.04.2013 |
Apakah perbezaan kata menanak dan merebus? Adakah kata menanak boleh digunakan pada ubi. Contohnya :Kakak sedang menanak ubi di dalam periuk. | Secara lazimnya menanak hanya digunakan untuk proses memasak nasi conton menanak nasi manakala rebus boleh digunakan selain daripada itu contohnya merebus ubi. | Tatabahasa | 16.09.2007 |
Salam tuan... Ejaan manakah yang betul : 1.seperti mana atau sepertimana 2.ku ambil atau kuambil 3. deraf atau draf 4.skim atau sekim 5.pelaksanaan atau pelaksanaan 6.datok atau dato 7.periok atau periuk 8.enjin atau engin 9.walaupun atau walau pun 10.keset atau kaset 11.professor atau professor 12.trajedi atau tragedi 13.television atau televisyen 14.jawatankuasa kuasa atau jawatankuasa 15. estatika atau estitika 16.geran atau gran 17.logic atau logik 18.sambong atau sambung 19.awet atau awit 20.bataliun atau batalion 21.saikologi atau psikologi | Ejaan yang betul: 1. sepertimana 2. kuambil 3. draf 4. skim 5. pelaksanaan 6. Dato' (kurniaan daripada sultan/raja), Datuk (anugerah daripada Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri) 7. periuk 8. enjin 9. walaupun 10. kaset 11. professor 12. tragedi 13. televisyen 14. jawatankuasa 15. estetika 16. geran 17. logik 18. sambung 19. awet 20. batalion 21. psikologi Pada masa akan datang, sila rujuk kamus atau layari laman web kami www.dbp.gov.my. | Ejaan | 22.12.2015 |