Maklumat Kata
Kamus Bahasa Melayu
perjamuan
[per.ja.muan] |
ڤرجاموان
Definisi :
perjumpaan utk makan minum, peralatan: saya rasa patut sungguh kita hadir di ~ itu; ~ suci Id santapan yg diadakan oleh Jesus Christ pd malam sebelum ia disalib (agama Kristian);
(Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata
perjamuan
Juga ditemukan dalam:
Kamus Bahasa Melayu
(15)
Kamus Bahasa Inggeris
(1)
Istilah Bahasa Melayu
(3)
Khidmat Nasihat
(3)
Ensiklopedia
(1)
Buku
(2)
Perkhidmatan +
Korpus
e-Tesis
e-Jurnal
e-Kamus
e-Borneo
e-Seminar
i-Pintar
Peribahasa
Geneng di tengah lebuh,
tahan galah bersijingkat;
geneng di tengah medan (gelanggang),
tahan taruh di ayam kuyu.
Bermaksud :
Menunjukkan gagah kepada orang terpaksalah mengeluarkan wang untuk menolong ataupun untuk perjamuan makan minum. (Bandingkan dengan: Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah [= mulia] bertabur urai, hendak berani berlawan ramai). geneng = gagah.
Lihat selanjutnya...
(2)
Khidmat Nasihat
Soalan
Jawapan
Jenis Soalan
Tarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya ingin memohon pencerahan berkenaan perkataan "memperalat" dan "memperalatkan". Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "memperalat"bermaksud "menggunakan (seseorang atau sesuatu) sbg alat (utk mencapai sesuatu tujuan)", manakala "memperalatkan" bermaksud "mengadakan
perjamuan
adat, mengahwinkan". Namun dalam istilah "kedok" dan "berkedok", salah satu maksud yg diberikan ialah: mempergunakan atau membuat sesuatu utk menyembunyikan tujuan (hal dll) yg sebenar, berselindung (di sebalik sesuatu), menyamar (dgn memperalatkan sesuatu)menyamar (dgn memperalatkan sesuatu). Bolehkah "memperalatkan" juga digunakan untuk maksud "menggunakan (seseorang atau sesuatu) sbg alat (utk mencapai sesuatu tujuan)"? Ini kerana daripada korpus dan banyak penulisan, kelihatannya perkataan "memperalatkan" lebih banyak menjurus kepada maksud "menggunakan (seseorang atau sesuatu) sbg alat (utk mencapai sesuatu tujuan)". Sekian, terima kasih.
Boleh. Data korpus terkini menunjukkan penggunaan "memperalatkan" bagi maksud "menggunakan (seseorang atau sesuatu) sebagai alat untuk mencapai sesuatu tujuan". Sila rujuk
Kamus Dewan Perdana
(DBP, 2020: 58) di bawah entri
alat
1
.
Kata terbitan "memperalatkan" juga dirakamkan bagi maksud mengadakan alat untuk (seseorang) yang diletakkan di bawah entri
alat
2
.
Namun begitu, pengguna disarankan menggunakan "memperalat" berbanding "memperalatkan" bagi maksud "menggunakan (seseorang atau sesuatu) sebagai alat untuk mencapai sesuatu tujuan". Kata "memperalat" bagi maksud ini telah mantap dan terakam sejak
Kamus Dewan
1970.
Makna
22.03.2023
Salam bahagia. Adakah meraikan hari jadi setiap tahun dianggap sebagai suatu perayaan. Contoh soalan : Tuliskan karangan tentang perayaan yang kamu raikan pada setiap tahun. Boleh pelajar menulis pengalamannya meraikan hari jadinya setiap tahun. Sekian dan selamat berpuasa.
Kamus Dewan, edisi keempat, mentakrifkan perayaan sebagai pesta untuk merayakan sesuatu peristiwa, keramaian,
perjamuan
dan lain-lain. Contoh yang diberikan ialah maulud Nabi SAW dan hari kemerdekaan. Daripada takrif dan contoh tersebut, dapatlah dikatakan bahawa perayaan ialah sambutan yang diadakan secara besar-besaran.
Makna
24.07.2012
JABATAN KASTAM SABAN TAHUN MENYAMBUT HARI KASTAM SEDUNIA.TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA KAMI MENGGUNAKAN PERKATAAN " SAMBUTAN" NAMUN TAHUN DEPAN PIHAK PENGURUSAN BERCADANG MENGGUNAKAN PERKATAAN " PERAYAAN HARI KASTAM SEDUNIA".ADAKAH PENGGUNAAN ISTILAH BAHASA "PERAYAAN" ITU BETUL MENGIKUT PANDANGAN DBP.MOHON DIPERJELASKAN KEDUA-DUA ISTILAH BAHASA DI ATAS. TERIMA KASIH
Sambutan bermaksud penerimaan atau cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu (hari raya, tetamu, dan lain-lain), manakala perayaan bermaksud pesta utk merayakan sesuatu peristiwa, keramaian,
perjamuan
, seperti
perayaan hari kemerdekaan.
Berdasarkan makna tersebut, kata perayaan itu betul dan begitu juga dengan sambutan, oleh itu saudara boleh memilih mana satu yang hendak digunakan.
Makna
03.12.2008
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close
Borang Maklum balas Carian PRPM
@DBP
Malaysia
Pelawat PRPM
@DBP
Malaysia yang dihormati,
Kami sedang berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan Carian PRPM
@DBP
Malaysia ini. Komen, pandangan, kritikan dan cadangan tuan/puan sangat kami hargai. Mohon berikan maklum balas seperti berikut :
1. Antara muka pengguna.
2. Domain atau kluster maklumat serta kandungan maklumat.
3. Kepantasan carian.
4. Pandangan dan cadangan keseluruhan.
5. Alamat e-mel atau nombor telefon.
*
Sila tunggu sebentar...