Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ja.wa.tan] | ڤرجاوتن

Definisi : (segala sesuatu) yg berhubungan dgn jawatan (pelantikan, pemegangan, dsb, jawatan): Bahagian P~ Jabatan Perkhid­matan Awam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ja.wa.tan] | ڤرجاوتن

Definisi : sesuatu atau hal yg berhubung dgn jawatan (pelantikan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perjawatan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin mengetahui perkataan 'jawat'. Adakah PERJAWATAN ATAU PENJAWATAN boleh digunakan. cth ayat adalah spt berikut: Jumlah perjawatan/penjawatan seramai 2000 orang. Sekian terima kasihJawapan yang betul ialah perjawatan. Contoh ayat : jumlah perjawatan seramai 2000 orang.Tatabahasa11.02.2011
Dimaklumkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menerima cadangan penambahbaikan ejaan/ istilah dalam penulisan Waran Perjawatan/ Surat Kelulusan Perjawatan (WP/SKP) seperti berikut: 1. Ejaan Sekarang : Bahagian Penguatkuasa Cadangan :Bahagian Penguatkuasaan (Dalam konteks Organisasi/ Bahagian/ Sektor/ Cawangan) 2. Ejaan Sekarang :Penguatkuasa Cadangan :Penguat Kuasa (Dalam konteks Jenis-jenis Jawatan dan Gelaran Jawatan) Contoh penulisan waran perjawatan adalah seperti di Lampiran. Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan/puan untuk memberikan maklum balas ejaan sebenar bagi perkara yang dinyatakan di atas. Sekian, terima kasih.Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) kata penguat kuasa bermaksud orang atau pihak yang menguatkuasakan peraturan, undang-undang dan sebagainya, manakala penguatkuasaan ialah perbuatan atau proses menguatkuasakan peraturan, undang-undang dan sebagainya.

Lantaran makna tersebut, jika nama jawatan perlulah menggunakan kata penguat kuasa, misalnya Pegawai Penguat Kuasa Maritim dan Penolong Pegawai Penguat Kuasa Trafik.

Bagi nama unit/bahagian/jabatan dan sebagainya yang melibatkan proses atau tanggungjawab menguatkuasakan sesuatu, perlulah menggunakan kata penguatkuasaan misalnya Bahagian Penguatkuasaan Maritim, Unit Penguatkuasaan, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik.
Makna06.01.2025
TATACARA/PENGGUNAAN SINGKATAN PENEMPATAN & PERJAWATAN. Saya ditugaskan untuk menyelaraskan perkara tersebut dan bertujuan untuk mendapatkan panduan dari pihak DBP. Kerjasama pihak tuan amat dihargai. TqBagi pembentukan singkatan, tuan boleh merujuk Gaya Dewan Edisi Ketiga halaman 95.Lain-lain03.08.2023
Permohonan semakan penggunaan perkataan bagi Tema Perhimpunan Anjuran Bahagian Perjawatan dan Organisasi, JPA. Tema Perhimpunan: Larai Stratifikasi Maksud Tema Perhimpunan: Perjalanan/Proses Membentuk Hierarki/Struktur Organisasi Soalan 1: Adakah dua perkataan "Larai Stratifikasi" boleh dicantumkan seterusnya membawa maksud yang dinyatakan atau memerlukan penambahan imbuhan?

“Larai stratifikasi” tidak sesuai digunakan kerana gabungan perkataan ini tidak menggambarkan maksud yang ingin disampaikan.  “larai” ialah perkataan dalam bahasa Kedayan Brunei yang membawa maksud bidang kain, kanvas, plastik dan lain-lain, yang dipasang pada tiang layar dan dikembangkan untuk menampung angin supaya perahu atau kapal dapat bergerak di air, [Rujukan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 1252]. Perkataan “stratifikasi” pula membawa maksud pembahagian masyarakat kepada beberapa tingkatan atau taraf kedudukan mengikut hierarki yang biasanya ditentukan oleh asal usul keturunan, kekayaan dan sebagainya,[Rujukan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 2153].

 

            Cadangan kami, gunakan perkataan dan ayat yang senang difahami oleh semua lapisan masyarakat selaras dengan saranan Perdana Menteri.

            Tidak salah hendak menggunakan perkataan dalam bahasa Melayu yang menarik, namun beberapa perkara perlu diambil kira antaranya termasuklah kesesuaian laras bahasa yang berkait rapat dengan penerimaan khalayak. Contohnya, Kementerian Pendidikan lebih cenderung untuk menggunakan perkataan jati dalam bahasa Melayu untuk memudahkan pemahaman masyarakat. Penggunaan bahasa Melayu yang baik, betul dan sesuai perlu diutamakan.

Lain-lain20.02.2026
Manakah satukah yang benar penjawatan atau pejawatan (kata nama)?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan yang betul ialah perjawatan dan penjawat. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Ejaan14.11.2008
Askum dan salam sejahtera. Tuan/Puan, 1) mohon pencerahan tentang penggunaaan perkataan 'perwujudan' @ 'pewujudan' @ 'mengwujudkan' Contoh ayat : Cadangan untuk perwujudan/pewujudan/mengwujudkan perjawatan gred u40 di jabatan ini (adakah ayat ini betul @ tidak?) 2) panggilan Tuan/Puan dlm ayat surat rasmi kerajaan di pertengahan ayat..adakah huruf besar di awal perkataan @ kecil.. Contoh ayat : Kerjasama daripada pihak Tuan/Puan @ tuan/puan amat kami hargai. Saya sangat berbesar hati sekiranya dapat maklumbalas daripada pihak tuan/puan. Sekian, terima kasih.
1. Ejaan yang betul ialah pewujudan.
2. Perkataan tuan/puan ditulis dengan huruf kecil pada pertengahan ayat. 
Tatabahasa19.04.2021
DI BAHAGIAN MANA YANG TERDAPAT PERINCIAN MENGENAI JAWATAN-JAWATAN YANG ADA KEKOSONGANBahagian Pengurusan Personel merupakan bahagian yang dipertanggungjawabkan dalam urusan perjawatan DBP. Pemakluman untuk mengisi jawatan kosong akan dibuat melalui iklan di akhbar tempatan berbahasa Melayu dan juga melalui laman web DBP.Lain-lain16.05.2008
Salam, boleh admin share perkembangan terbaru iv Perancang Bahasa DBP? Bila tarikh pengumuman keputusan iv trsebut ya? TqSalam sejahtera,

Maklum balas perjawatan

Dimaklumkan  bahawa keputusan temu duga jawatan Perancang Bahasa Gred S41 masih diperingkat kelulusan Pihak Berkuasa Melantik dan keputusan sama ada calon temu duga berjaya  atau simpanan atau tidak berjaya, akan dimaklumkan dalam tempoh 2 minggu selepas mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Melantik. Keputusan temu duga juga akan dimaklumkan melalui e-mel tuan/puan.

Terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama.
Lain-lain16.06.2021
Perkataan yang sesuai bagi menjelaskan tentang maksud amalan biasa pengisian jawatan atau bolehkah diguna perkataan keperjawatanan bagi menjelaskan maksud tersebutPerkataan pengambilan atau perjawatan boleh digunakan  bagi maksud pengisian jawatan.Lain-lain13.03.2008
Selamat Pagi, Saya ingin mengetahui berkenaan nama unit di jabatan saya. Adakah nama unit "Unit Pengurusan Perhubungan Pelanggan" atau "Unit Pengurusan Hubungan Pelanggan" yang betul menurut untuk penggunaan dalam Bahasa Melayu. Semoga pihak tuan/puan dapat menjelaskan berkenaan perkara ini. Sekian, terima kasih.

Kata hubungan dan perhubungan mempunyai makna yang sama, walau bagaimanapun dalam bidang perjawatan ungkapan yang lazim digunakan ialah perhubungan seperti Pegawai Perhubungan Awam dan Pengurusan Perhubungan Pelanggan.

Tatabahasa09.09.2011
12

Kembali ke atas