Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ju.dian] | ڤرجودين

Definisi : 1. hal atau perbuatan berjudi; 2. tempat berjudi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ju.dian] | ڤرجودين

Definisi : 1 perbuatan atau hal berjudi. 2 tempat berjudi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perjudian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan untuk perkataan "gaming" yang membawa makna permainan digital, realiti maya, video dan sebagainya dan bukan bermaksud perjudian. Contohnya "...an expert in gaming and software development."Cadangan terjemahan gaming sebagai "permainan digital" boleh diterima.Penyemakan dan penterjemahan11.01.2016
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Apakah terjemahan yang betul untuk "Non-Sports Intrastate Internet Gambling"? Adakah "Petaruhan Bukan Sukan Antara Negeri Internet " atau "Petaruhan Internet Antara Negeri Bukan Sukan"? Adakah terdapat susunan/peraturan tertentu apabila terdapat lebih daripada satu adjektif dalam satu frasa? Terima kasih.Waalaikumsalam,

Saudari,

Terjemahan yang betul bagi perkataan "Non-Sports Intrastate Internet Gambling" ialah Perjudian Internet bukan sukan dalam negeri. Tidak terdapat susunan atau peraturan tertentu apabila terdapat lebih daripada satu adjektif dalam satu frasa kerana penterjemahan frasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu memerlukan kepekaan dan rujukan yang meluas, lebih-lebih lagi jika sesuatu frasa itu bersifat idiomatik, seperti klise, peribahasa, slanga dan ungkapan umum.
Makna13.07.2020
Apakah terjemahan perkataan yang bersesuaian bagi perkataan 'sweepstake'? Dalam Kamus Dwibahasa DBP perkataan tersebut diterjemahkan sebagai 'cepu lumba kuda'. Walau bagaimanapun dalam terjemahan 'Racing Club (Public Sweepstakes) Act 1965' perkataan 'sweepstakes' diterjemahkan sebagai 'ambil tagan' Adakah tepat menggunakan perkataan 'ambil' di hadapan perkataan 'tagan' atau adakah perkataan 'tagan' boleh berdiri dengan sendiri?Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, "sweepstake" diterjemahkan sebagai cepu lumba kuda.

"Tagan" pula bermaksud  wang (barang dan lain-lain) yang dipertaruhkan dalam perjudian, pertaruhan (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Perkataan "tagan" boleh berdiri sendiri atau menggunakan perkataan "ambil" di hadapannya.
Lain-lain14.02.2019

Kembali ke atas