Perjumpaan itu diadakan adalah untuk berbincang tentang segala masalah yang dihadapi oleh persatuan itu | Perjumpaan itu diadakan adalah untuk membincangkan segala masalah yang dihadapi oleh persatuan itu | Tatabahasa | 17.06.2014 |
Tuan, bolehkah menerangkan kepada saya perbezaan penggunaan perkataan penjumpaan dan perjumpaan. Tolong berikan ayat contoh. Sekian, terima kasih. | Penjumpaan ialah perihal atau perbuatan menjumpai; penemuan: Penjumpaan emas di California telah menarik para pelombong ke sana. Perjumpaan pula ialah hal atau perbuatan berjumpa; pertemuan: Perjumpaan itu telah diadakan di Balai Budaya.
| Tatabahasa | 19.05.2013 |
apakah definisi forum? | Makna bagi perkataan forum ialah perjumpaan utk perbincangan terbuka tentang perkara yg menjadi kepentingan awam: Berita Harian akan menganjurkan sebuah majlis ~ dlm bahasa Kebangsaan; 2. perantaraan utk perbincangan terbuka, mis majalah; 3. tempat perjumpaan umum utk perbincangan terbuka. Harap maklum. | Makna | 19.08.2007 |
Assalamualaikum. Saya kurang jelas beza perkataan FORUM dan PERSIDANGAN. Mohon penjelasan. Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat forum ialah perjumpaan untuk perbincangan terbuka tentang perkara yang menjadi kepentingan awam: Berita Harian akan menganjurkan sebuah majlis dalam bahasa Kebangsaan; 2. perantaraan untuk perbincangan terbuka 3. tempat perjumpaan umum untuk perbincangan terbuka. Persidangan merujuk kepada perjumpaan (untuk membincangkan sesuatu), mesyuarat, rapat: masing-masing yang hadir dalam ~ tersebut mempunyai tafsirannya tersendiri terhadap dasar itu; Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menangguhkan ~ yang sedang membahaskan krisis di Timur Tengah; | Makna | 15.10.2015 |
Pengertian ' forum' dan sejarah perkembangannya di Malaysia | Maksud FORUM 1. perjumpaan utk perbincangan terbuka tentang perkara yg menjadi kepentingan awam: Berita Harian akan menganjurkan sebuah majlis ~ dlm bahasa Kebangsaan; 2. perantaraan utk perbincangan terbuka, mis majalah; 3. tempat perjumpaan umum utk perbincangan terbuka. | Lain-lain | 11.02.2008 |
maksud 'persidangan'. secara abstrak. | Perkataan persidangan bermaksud perjumpaan untuk membincangkan sesuatu, mesyuarat, rapat. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 17.07.2008 |
Ayat ang mana lebih gramatis dan betul penggunaannya. 1. Perjumpaan aktiviti kokurikulum akan diadakan seminggu sekali. 2. Perjumpan aktiviti kokurikulum akan diadakan sekali seminggu. | Kedua-dua ayat boleh digunakan. | Tatabahasa | 23.01.2008 |
Salam, apakah perbezaan seminar, kolokium dan wacana? | Seminar dan kolokium ialah perjumpaan untuk menyelidik dan memperbahaskan sesuatu masalah di bawah pimpinan orang-orang yang ahli dalam hal itu. Wacana ialah perbincangan atau pertukaran idea secara lisan. | Makna | 30.10.2014 |
Syawal Aiman 10.04 PAGI Assalam admin, nak bertanya Apakah beza perkataan 'majlis' dan 'istiadat'? | Perbezaan Majlis dan Istiadat menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Definisi Majlis ialah: 1. badan yg dilantik atau dipilih, yg mempunyai kuasa mentadbir, membuat peraturan dan menasihat: M~ Perbandaran; M~ Keselamatan Negeri; 2. perjumpaan (orang ramai), keramaian: dia dikehendaki hadir dlm ~ itu; ~ bahas (perbahasan) perjumpaan tempat atau utk diadakan peraduan bahas; ketua ~ ketua dlm sesuatu perjumpaan; 3. tempat (bangunan dll) persidangan (perjumpaan dll); ~ peguam majlis yg dibentuk atau ditubuhkan di bawah akta kehakiman yg mempunyai bidang kuasa mengawasi para peguam dan pengamal undang-undang. Manakala Istiadat pula ialah 1. peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yg sudah menjadi kebiasaan, adat kebiasaan, resam: dia masih budak, tidak tahu akan ~; adat ~ berbagai-bagai adat dan kebiasaan; 2. majlis rasmi utk menyambut sesuatu peristiwa (spt pertabalan, perkahwinan, dsb), upacara: ~ perkahwinan itu telah dijalankan dgn sempurna; beristiadat mempunyai (mengikut) istiadat: majlis yg penuh ~; mengistiadatkan 1. menjadikan istiadat (adat kebiasaan), membiasakan, melazimkan; 2. mengadakan istiadat (upacara). | Makna | 24.08.2017 |
Mohon pihak tuan untuk membetulkan ayat di bawah: i) Mesyuarat dimaklumkan slip gaji diperlukan bagi mempercepatkan dan memudahkan proses pembayaran tuntutan ii) Mesyuarat mencadangkan supaya kehadiran anggota ke perjumpaan tersebut digiliri. iii) Lagu tersebut telah dipersembahkan oleh Cik Munira atau Cik Munira telah mempersembahkan sebuah lagu di majlis tersebut Pohon pihak tuan supaya dapat menerangkan struktur ayat 'di.....i' dan 'di......kan', 'me/meng/mem....i' dan ' me/mem/meng....kan' kerana terdapat kekeliruan dalam penggunaan kata imbuhan tersebut. Sekian, terima kasih. | i) Mesyuarat dimaklumkan bahawa slip gaji diperlukan bagi mempercepat dan memudahkan proses pembayaran tuntutan. Kata adjektif cepat apabila menerima imbuhan memper... menjadi mempercepat bukan mempercepatkan. ii) Mesyuarat mencadangkan supaya kehadiran anggota ke perjumpaan tersebut dilakukan secara bergilir. iii) Lagu tersebut telah dipersembahkan oleh Cik Munira atau Cik Munira telah mempersembahkan sebuah lagu di majlis tersebut. Kedua-dua ayat terebut betul. Fungsi apitan meN-...i -kan dengan meN-...-i terbahagi tiga: (1) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. (2) Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan. (3) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu. Untuk maklumat lanjut, lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 207. 1. Apitan di-…i ialah bentuk pasif bagi meN-…-i . Contoh: kata kerja aktif mendapati, kata kerja pasifnya didapati. Apitan mempeR-…-i tidak begitu produktif. Kata-kata yang bergabung dengan apitan ini tidak banyak. Setakat ini hanya empat perkataan yang terbentuk dengan apitan ini iaitu memperingati, memperkawani, mempersuami(i), memperisteri(i). Berlaku pengguguran huruf i pada perkataan mempersuami dan memperisteri. Bentuk lazim memperolehi sebenarnya bentuk terbitan yang lewah, untuk membawa pengertian yang lazimnya dikaitkan dengan perkataan di atas. Memperolehi seharusnya menerima awalan memper-. Oleh itu memperolehi seharusnya memperoleh. Sebagaimana hal yang berlaku pada memper-...-i, demikian juga pada bentuk apitan dipeR-...-i. Bentuk yang lazim digunakan iaitu diperolehi, sebenarnya merupakan bentuk terbitan yang lewah. Kata dasar bentuk apitan ini seharusnya menerima awalan diper- , yakni diperolehi seharusnya diperoleh. (Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga hlm. 208, 211 – 217) | Tatabahasa | 21.11.2013 |