Salam sejahtera. Terima kasih di atas pertolongan tuan/puan mengenai keutuhan wacana yang saya kehendaki tempoh hari. Di sini, saya ingin mendapatkan lebih lanjut mengenai: 1. Apakah yang dimaksudkan perkaitan Makna Perkaitan daripada sesi leksikal: Sinonim, Antonim, Hiponim dan Polisemi? 2. Apakah jenis-jenis teori pemerolehan bahasa. Adakah teori pemerolehan bahasa ini terdiri daripada teori Behavioris, Teori Mentalis, Teori Interaksionalis dan Teori koda kognitif? | Soalan saudara melangkaui skop khidmat nasihat bahasa, sila rujuk profesor atau buku yang berkaitan kaedah tersebut. terima kasih. | Tatabahasa | 03.08.2008 |
Apa perkaitan antara hukum DM dan frasa/ayat songsang ? | Peraturan atau Hukum DM ialah rumus tatabahasa yang bermaksud, D=diterangkan dan m= menerangkan. Dalam peraturan ini, unsur yang diterangkan itu hadir pada kedudukan pertama dan unsur yang menerangkan hadir pada kedudukan kedua. Contohnya: Restoran Hasanah, kereta Proton, guru bahasa. Kekecualian boleh berlaku akibat kebiasaan penggunaan, terutama pada jawatan. Contohnya:Perdana Menteri. (rujuk Ayat songsang ialah susunan ayat yang berlawanan dengan pola ayat biasa. Ayat biasa ialah subjek + predikat. Contohnya: Kucing itu comel. Ayat songsang mempunyai susunan predikat + subjek. Contohnya: Comel kucing itu. | Tatabahasa | 09.05.2011 |
Rajah 1.1 menunjukkan teori perkaitan di antara sebab dan syarat-syarat wajib zakat bagi zakat yang berasaskan harta perolehan. Soalan: Sesuaikah penggunaan perkataan "perkaitan" di situ, atau ada perkataan lain yang lebih sesuai? Kemudian perlukah diletakkan perkataan "di" sebelum "antara" atau cukup dengan "antara" sahaja tanpa "di (di antara) dalam konteks ayat di atas? Terima kasih. | Rajah 1.1 menunjukkan kaitan antara sebab dan syarat wajib zakat bagi zakat yang berasaskan harta perolehan. - perkaitan bermaksud hal atau keadaan yang berkaitan, manakala kaitan bermaksud hubungan. Kata kaitan lebih sesuai dalam ayat ini. Perkataan di antara lazimnya digunakan bagi perkataan yang menunjukkan ada ruang/jarak antara kedua-duanya, oleh itu kata antara lebih sesuai dalam ayat ini. | Tatabahasa | 12.05.2011 |
apa itu ciri-ciri penanda wacana? | Dalam penulisan surat rasmi terdapat penggunaan ungkapan yang menunjukkan perkaitan fikiran yang dengan sendirinya membayangkan perkaitan peristiwa yang berlaku. Ungkapan ini dinamai penanda wacana kerana wujudnya itu sudah merupakan isyarat bagi berlakunya sesuatu peristiwa. Penanda wacana adalah seperti penanda rujukan,penanda perintah,penanda penyertaan,penanda makluman, penanda sebab-musabab, penanda perwakilan, penanda matlamat, penanda pendapat dan sebagainya. Untuk rujukan lanjut dan bacaan tambahan sila dapatkan buku Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi Bahasa dalam Komunikasi oleh Prof. Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar yang diterbitkan oleh DBP. 1 | Tatabahasa | 13.02.2007 |
BOLEH SAUDARA/SAUDARI JELASKAN DENGAN LEBIH MENDALAM TENTANG: 1. POLESEMI DAN HOMONIMI BAHASA MELAYU: PERKAITAN MAKNA YANG SERING MENGELIRUKAN PENGGUNA BAHASA. 2. SINONIM BAHASA MELAYU : PERKAITAN ANTONIM DALAM BAHASA MELAYU: PENELITIAN TERHADAP KATA KERJA, KATA NAMA DAN KATA ADJEKTIF. 3. SINONIM BAHASA MELAYU: PERBANDINGAN ANTARA DIALEK DENGAN BAHASA MELAYU BAKU DENGAN MENFOKUS KEPADA KATA KERJA DAN KATA ADJEKTIF. SEKIAN, TERIMA KASIH. | POLISEMI: Satu kata yang mempunyai makna lebih dari satu. HOMONIM: Dua kata yang bentuk penulisan dan pengucapannya sama tetapi ertinya berbeza. SINONIM: (Lin) kata yg sama atau hampir sama maknanya dgn kata lain, mis cantik dgn indah dan cepat dgn pantas, kata seerti; ANTONIM: (Lin) kata yg berlawanan maknanya dgn kata lain, mis tinggi lwn rendah.
Persoalan yang dikemukakan memerlukan kajian yang lanjut. Sila rujuk sendiri ke Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau Perpustakaan yang berdekatan. | Lain-lain | 28.03.2009 |
TERANGKAN DENGAN LEBIH LANJUT TENTANG PENANDA WACANA? | Dalam penulisan surat rasmi terdapat penggunaan ungkapan yang menunjukkan perkaitan fikiran yang dengan sendirinya membayangkan perkaitan peristiwa yang berlaku. Ungkapan ini dinamai penanda wacana kerana wujudnya itu sudah merupakan isyarat bagi berlakunya sesuatu peristiwa. Penanda wacana adalah seperti penanda rujukan,penanda perintah,penanda penyertaan,penanda makluman, penanda sebab-musabab, penanda perwakilan, penanda matlamat, penanda pendapat dan sebagainya. Untuk rujukan lanjut dan bacaan tambahan sila dapatkan buku Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi Bahasa dalam Komunikasi oleh Prof. Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar yang diterbitkan oleh DBP. | Tatabahasa | 17.03.2007 |
penanada wancana yg hebat 1.berikan contoh 2.kegunaaan | Dalam penulisan surat rasmi terdapat penggunaan ungkapan yang menunjukkan perkaitan fikiran yang dengan sendirinya membayangkan perkaitan peristiwa yang berlaku. Ungkapan ini dinamai penanda wacana kerana wujudnya itu sudah merupakan isyarat bagi berlakunya sesuatu peristiwa. Penanda wacana adalah seperti penanda rujukan,penanda perintah,penanda penyertaan,penanda makluman, penanda sebab-musabab, penanda perwakilan, penanda matlamat, penanda pendapat dan sebagainya. Untuk rujukan lanjut dan bacaan tambahan sila dapatkan buku Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi Bahasa dalam Komunikasi oleh Prof. Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar yang diterbitkan oleh DBP. 1 | Tatabahasa | 09.09.2006 |
ADAKAH METAFORA MEMPUNYAI PELBAGAI JENIS. BERIKAN CONTOHNYA. BAGAIMANAKAH PERKAITAN METAFORA DALAM KEHIDUPAN HARIAN. | Metafora merupakan gaya bahasa kiasan atau perbandingan yang membawa maksud lain daripada makna biasa kata atau frasa tersebut atau makna sebenar perkataan berkenaan sebagai perbandingan atau kiasan yang biasa terdapat dalam sajak/ puisi. Sifat gaya bahasa ini ringkas, padat, tersusun rapi dan biasanya terdiri daripada 2 perkataan. Jenis-jenis Metafora: 1. metafora implisit pengucapan yang mengandungi unsur-unsur bandingan yang memang tersirat sifatnya. 2. metafora rancu - penggunaan /percampuran dua atau lebih unsur metafora dalam sesuatu pernyataan 3. metafora usang - metafora atau kiasan yang tidak lagi mempunyai keaslian penyairnya, contoh 'merpati putih' dan 'bendera putih'. Perkaitan metafora dalam kehidupan ialah penggunaan metafora digunakan untuk menyampaikan pemikiran, perasaan, tindakan secara tidak langsung dan berhemah, malah mampu mendidik pendengar untuk memikirkan maksud di sebalik kata-kata yang ditulis/diucapkan. | Sastera | 01.04.2012 |
saya mahasiswa ingin pertanya? Apakah perkaitan puisi | Bagi menjawab pertanyaan sdr itu, sila rujuk atau dapatkan buku terbitan DBP (2005) berjudul Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden - Puisi, pengkaji oleh Sahlan Mohd. Saman. Sdr juga boleh layari laman sesawang DBP iaitu http://www.dbp.gov.my dan klik ikon INGIN MEMBELI BUKU. Dalam hal ini sdr boleh memilih judul-judul buku yang sesuai untuk maksud tersebut. Sekian, terima kasih dan selamat berjaya! | Lain-lain | 14.07.2010 |
maksud simbiosis | Istilah dalam bidang Biologi. Bermaksud perkaitan hidup antara dua spesies yang berlainan. | Makna | 27.02.2008 |