| Perkakas meja 'Lazy Susan' bolehkah diterjemahkan menjadi 'peputar meja'? | Kami mencadangkan "lazy Susan" diterjemahkan sebagai "dulang putar". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 10.04.2022 |
| Salam sejahtera, Adakah "perkakasan" boleh digunakan sebagai terjemahan "appliances"? Dalam pangkalan data DBP, antara satu terjemahan "appliance" adalah "perkakas". Idea ini adalah untuk merapikan terjemahan. Mohon pendapat pihak tuan/puan. Terima kasih. | "perkakasan" boleh digunakan. perkakasan bermaksud bermacam-macam perkakas. | Ejaan | 22.02.2019 |
| 1. kitchenware 2. utensil | 1. peralatan dapur 2. perkakas dapur | Lain-lain | 21.11.2008 |
| Salam tuan, apa terjemahan bagi istilah 'seasoning' dalam mengilatkan(?) alat perkakas memasak? Terima kasih, tuan. | Waalaikumussalam... Maksud istilah seasoning dalam bidang kesenian, sosiologi dan kejuruteraan ialah pengeringan; perasa; pembiasaan. | Makna | 16.03.2018 |
| APAKAH MAKSUD ARTIFAK, MONUMEN DAN FOSIL? | Artifak ialah barang-barang buatan manusia (terutamanya alat perkakas, senjata) yg merupakan peninggalan sesuatu zaman. Monumen ialah bangunan (patung dll) yg dibina utk memperingati seseorang atau sesuatu peristiwa penting, tugu. Fosil pula ialah tinggalan (sisa) jasad haiwan atau tumbuhan zaman purba (prasejarah) yg kini mengeras dan tertanam di dlm bumi (batuan dsb). | Makna | 13.08.2008 |
| Jika "nya" ialah kata ganti nama diri ke-3, apakah fungsi "nya" dalam ayat "Keterangan alat ialah unsur yang menerangkan perkakas atau benda yang digunakan yang bentukNYA terdiri daripada frasa sendi nama. Kata sendi namaNYA ialah dengan". Ayat ini dipetik daripada Tatabahasa Dewan Edisi ke-3. | Kata ganti nama diri orang ketiga –nya digunakan untuk merujuk manusia. Selain itu, dalam bahasa Melayu terdapat satu bentuk pascakata yang hadir selepas perkataan. Bentuk itu ialah –nya yang berfungsi sebagai penekan atau pembenda. Kata penekan ialah bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama. Oleh itu, fungsi –nya dalam ayat pertama ialah kata penekan dan ayat kedua ialah kata pembenda. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2013), halaman 104 dan 295-296. | Tatabahasa | 06.12.2025 |
| Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: - jumper - harness - flange-mounted receptacle - optical flying leads (OFL) - mate/de-mate tool - mateable - wet-mate - fiber marshalling unit (FMU) - 1out harness - nominal - mated/unmated - stab - diver - Retrievable Electrical Distribution Unit - bulkhead Bidang teks ialah alat elektronik penerokaan dasar laut. Sekian terima kasih. | Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: jumper - jumper harness - abah-abah flange-mounted receptacle - reseptakel bebibir lekap optical flying leads (OFL) - plumbum terbang optikal mate/de-mate tool - perkakas penyambung/perkakas nyahsambung mateable - boleh sambung wet-mate - penyambung basah fiber marshalling unit (FMU) - unit penyusunan fiber 1out harness - 1out harness nominal - nominal mate/unmated - sambung/tak sambung stablizer jacket or stab - jaket penstabil; jaket pengimbang diver - penyelam Retrievable Electrical Distribution Unit - Unit Agihan Elektrik Boleh Cabut bulkhead - dinding sekatan Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. Pihak kami juga amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memberikan huraian konsep bagi istilah tersebut agar kami dapat memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Lain-lain | 22.06.2021 |
Ejaan yang betul: artifak atau artefak? (Merujuk kepada barang buatan manusia) | Ejaan yang betul ialah artifak, yang bermaksud barang-barang buatan manusia (terutamanya alat perkakas dan senjata) yang merupaan peninggalan sesuatu zaman. | Ejaan | 21.11.2025 |
| selamat malam.boleh berikan contoh-contoh perbendaharaan kata? | Perbendaharaan kata ialah khazanah kata dalam sesuatu bahasa atau sesuatu bidang (leksikon). Antara contohnya ialah nama tubuh badan seperti bahu, kepala, muka dan rupa; barang perdagagan seperti neraca, laba, dan kedai; alat perkakas seperti jala, bajan, dan pili; tumbuh-tumbuhan seperti cempaka, cendana dan delima. | Makna | 06.03.2008 |
| Selamat tengah hari. Apakah cadangan terjemahan untuk dua jenis tingkap ini, iaitu "Hinged Mullion Window" dan "Double Hung Window"? Terima kasih | Kedua-dua istilah tidak ada dalam sumber rujukan kami. Mohon kerjasama saudara menghubungi kami semula dan menyertakan contoh gambar kedua-dua perkakas untuk kami cadangkan istilah yang sesuai. | Istilah | 13.06.2012 |